Now Reading
PMKS & Jenama Tempatan Catat Jualan Cecah Jutaan Ringgit Sehari Pada Lazada 11.11!

PMKS & Jenama Tempatan Catat Jualan Cecah Jutaan Ringgit Sehari Pada Lazada 11.11!

Pembeli meningkat sebanyak 24 kali ganda pada dua jam pertama Jualan 11.11. Manakala hampir satu daripada setiap dua penjual baharu mendapat jualan pertama dalam tujuh hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jenama tempatan terkemuka Malaysia menjana 25 kali lebih banyak jualan berbanding hari biasa pada Jualan 11.11 Lazada dengan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terunggul mencatat jualan mencecah satu juta ringgit.

Sambil ekonomi tempatan pulih secara beransur-ansur, PMKS tempatan terus membangun pada kadar yang pantas dengan hampir 1 daripada setiap 2 perniagaan baharu menerima pelanggan dalam talian pertama mereka dalam masa kurang daripada 7 hari selepas menyertai Lazada, menjelang musim beli-belah Lazada 11.11 baru-baru ini.

Kami teruja melihat PMKS dan jenama tempatan melaksanakan pendigitalan dan menunjukkan trend pertumbuhan yang kukuh, daripada penubuhan kedai dalam talian sehingga ke jualan pertama dan seterusnya, seperti yang dilihat pada Jualan 11.11 baru-baru ini. Kami kagum dengan kecekalan yang ditunjukkan dan akan terus menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan dengan menghubungkan mereka kepada komuniti pembeli dalam talian kami.

Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi, Lazada Malaysia.
Kredit: MalaysiaKini

Menurut laporan Indeks Keyakinan Perdagangan Digital (DCCI) Lazada yang terkini, 76% daripada penjual dalam talian di Asia Tenggara menyatakan bahawa mereka yakin terhadap pertumbuhan masa depan walaupun menghadapi persekitaran operasi yang mencabar.

Penemuan ini juga menunjukkan bahawa sebelum pesta beli-belah dalam talian hujung tahun seperti 11.11 dan 12.12 – syarikat-syarikat sudah merancang untuk menambah inventori dan bilangan kakitangan.

Mereka melihat persiapan mereka membuahkan hasil apabila Lazada Malaysia menyaksikan peningkatan 24x dalam jumlah pembeli tempatan di platformnya pada 2 jam pertama Jualan 11.11 tahun ini berbanding hari biasa dalam tempoh yang sama.

Ini menunjukkan trend jelas bahawa terdapat ramai orang yang mencari tawaran hebat pada tengah malam dengan niat ikhlas untuk membeli.

Perniaga-perniaga tempatan menggunakan peningkatan ini sebagai batu loncatan untuk menarik pelanggan baharu dan menggiatkan pertumbuhan digital mereka.

Jana lebih 1 juta dalam masa 24 jam pada 11.11

Johnson, pemilik The Hopz Sdn. Bhd., berkata “Walaupun kedai kami hanya dibuka di Lazada dua bulan lepas, kami amat gembira kerana berjaya untuk menjana jualan lebih satu juta ringgit dalam masa 24 jam pada 11 November.

Bukan itu sahaja, pengikut kedai kami meningkat lebih daripada 26% selepas Jualan Lazada 11.11.

“Kami bersyukur kerana rakyat Malaysia terus menyokong PMKS tempatan di Lazada dan kami berterima kasih kepada Lazada kerana memberi sokongan untuk usahawan tempatan membangunkan perniagaan dalam talian.”

Tahun ini merupakan tahun ke-5 kami menyertai Jualan 11.11 Lazada dan jenama kami terus menawarkan nilai hebat kepada pelanggan. Pada 11.11 baru-baru ini, kami bukan sekadar mencatatkan peningkatan jualan luar biasa sebanyak 25x berbanding hari biasa, tetapi juga mengukuhkan kesedaran jenama kami dengan memenangi pelanggan baharu di LazMall.

Koo Ye Fei, pengasas jenama tilam tempatan popular, NeckPro.

11.11 ialah acara beli-belah yang paling dinanti-nantikan dan sering dianggap sebagai jualan terbesar dalam talian.

Diperkenalkan oleh Lazada ke Asia Tenggara pada 2013, ‘Impak 11.11’ Lazada telah menjadi piawaian industri, dengan mempopularkan jualan mega dua angka dan membina komuniti beli-belah dalam talian secara meluas di seluruh negara – memacu aktiviti ekonomi dalam dunia digital.

Sebagai salah satu daripada peserta eDagang utama pertama di Malaysia yang bantu membentuk ekonomi digital yang kini pesat berkembang, Lazada memainkan peranan penting untuk memacu transformasi digital bagi PMKS dan juga syarikat-syarikat besar.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Lazada, boleh klik: https://lzd.co/MegaSale 


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd