Now Reading
Russell Taylors Adalah Jenama Dari Malaysia, Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Russell Taylors Adalah Jenama Dari Malaysia, Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Jenama peralatan elektrik Russell Taylors telah diasaskan oleh seorang anak muda bernama Satish Kumar Raguchandran pada tahun 2016.

latar belakang russel taylors (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya bila kita mahu membeli barangan elektrik, mesti ramai yang akan melihat dari segi kualiti dan ketahanan dari jenama yang popular seperti Samsung, Panasonic, LG, Toshiba, Philips dan banyak lagi.

Tetapi kalau anda perasan, kebanyakan jenama yang terkenal datang dari luar negara dan harganya agak mahal.

Tahu tak sebenarnya Malaysia juga mempunyai jenama peralatan elektrik yang setanding dengan produk antarabangsa? Kalau sebut namanya mesti semua orang tahu.


Russell Taylors Adalah Jenama Dari Malaysia

Mesti ramai yang ingat jenama Russell Taylors itu adalah jenama barat kerana namanya dalam bahasa Inggeris kan?

Jangan terkejut kerana jenama ini telah diasaskan oleh seorang anak muda warga Malaysia iaitu Satish Kumar Raguchandran pada tahun 2016 yang mempunyai latar belakang kejuruteraan kimia.

Sebelum memulakan perniagaan ini, Satish telah bekerja dalam bidang minyak dan gas (Oil and Gas) di tengah lautan selama setahun dan membuatkan dirinya berasa ketinggalan dengan perkara yang berlaku di sekeliling.

Saya bagitahu ibu bapa saya yang saya nak berhenti kerja dan memberikan tempoh masa setahun untuk saya memulakan perniagaan secara atas talian.

Pengasas jenama Russell Taylors Satish Kumar Raguchandran.
Sumber: WargaBiz

Bagaimana Jenama Russell Taylors Bermula?

Disebabkan tidak mempunyai kedai fizikal pada awal perniagaan, Satish menggunakan platform Lazada untuk memulakan perniagaannya secara atas talian dengan mengambil barangan dari China untuk dijenamakan semula di Malaysia.

Barangan tersebut kemudiannya telah melalui proses pemeriksaan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) sebelum dihantar ke gudang Lazada.

Sumber: Harian Metro

Memetik sumber EY, Satish memulakan perniagaan ini seorang diri termasuklah dari segi mencari sumber, ereka bentuk produk, pembungkusan dan memindahkan barangan.

Malah, Satish juga telah mencipta grup WhatsApp dan Facebook untuk pengguna Russell Taylors bagi menerima sebarang maklum balas mengenai produknya.


Perkembangan Perniagaan Jenama Russell Taylors

Antara kenangan yang diingati oleh Satish sepanjang pengalamannya menjual produk Russell Taylors adalah ketika kempen 11.11 dan 12.12 Lazada yang berjaya menaikkan jualan harian sehingga 20 kali ganda.

Kini, jenama Russell Taylors telah berkembang maju pada tahun 2020 dan menjadi pilihan masyarakat untuk membeli barangan rumah.

Untuk pengetahuan anda, pendapatan syarikat ini pada tahun 2021 telah meningkat sehingga RM49 juta!

Sumber: Russell Taylors

Bukan itu sahaja, Russell Taylors juga telah mempunyai beberapa cawangan kedai di seluruh Malaysia bertempat di:

  • Setia City Mall
    • LG-103, Setia City Mall, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
  • Empire Shopping Gallery
    • Unit LG-09, Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, SS 16, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
  • Mitsui Outlet Park
    • G90, Mitsui Outlet Park, Persiaran Komersial, 64000 KLIA, Selangor Darul Ehsan.
  • Pavilion Bukit Jalil
    • Unit 1.74.00, Pavilion Bukit Jalil, Persiaran Jalil 8, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Central I-City
    • LG-K06, Central I-City, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, Jalan Plumbum 7/102, 40000 Shah Alam, Selangor.
  • Design Village
    • Unit G85A, Design Village, 733, Jalan Cassia Barat 2, Bandar Cassia, 14110 Simpang Ampat, Pulau Pinang.
  • Ikea Batu Kawan
    • Unit L1.10A, Ikea Batu Kawan, 752, Persiaran Cassia Selatan 8, Bandar Cassia, 14110 Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Russell Taylors Bercita-cita Untuk Menjadi Jenama Global

Pihak syarikat juga akan memastikan semua pembekal menjalani Inisiatif Pematuhan Sosial Perniagaan (BSCI) bagi menilai standard tempat kerja mereka dan mengutamakan kepelbagaian dalam tenaga kerja.

Selaras dengan aspirasi Satish untuk menjadikan Russell Taylors sebagai jenama global, sudah pastinya beberapa aspek penting akan dijaga seperti kualiti produk, perkhidmatan pelanggan yang cekap dan produk yang inovatif.

Russell Taylors juga sedang meluaskan jejak mereka untuk berkembang memasuki pasaran di beberapa negara Asia seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd