Now Reading
Pameran Ulangtahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Dilancarkan Di Malaysia Buat Pertama Kali

Pameran Ulangtahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Dilancarkan Di Malaysia Buat Pertama Kali

Harga tiket untuk pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia dijual bermula dari RM68.

pameran NARUTO Malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia yang dinanti-nantikan para peminat siri anime NARUTO telah dilancarkan Pavilion Bukit Jalil pada hujung minggu lepas, menandakan pelancaran hebat yang menghidupkan siri anime ikonik itu.

Acara tersebut dilancarkan oleh Mohamed Amin bin Yahya, Pengarah Kanan, dan Jeffri bin Munir, Timbalan Pengarah Kanan Domestik & Acara, di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bersama-sama barisan media, penganjur, dan rakan kongsi.

Pameran ini meraikan sambutan dua dekad siri anime NARUTO dan menghimpunkan para peminat siri anime tersebut dari seluruh Malaysia, baik golongan muda hinggalah yang berusia.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Meraikan 20 Tahun Bersama NARUTO

Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-20 siri anime NARUTO, para peminat NARUTO dari seluruh Malaysia hadir memakai pakaian yang mengambil inspirasi daripada watak kegemaran mereka.

Kehadiran para peminat disambut oleh Kurama, Rubah Sembilan Ekor yang merupakan salah satu watak paling berkuasa dalam siri tersebut.

Selain dapat menyaksikan persembahan istimewa Wadaiko (gendang Jepun) semasa acara pembukaan, para peminat yang hadir juga dapat menikmati peluang untuk menjadi kumpulan terawal di Malaysia memasuki kawasan pameran.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

“Kami sangat berterima kasih atas kasih sokongan yang ditunjukkan oleh peminat yang berdedikasi. Kesabaran dan semangat yang dipamerkan oleh peminat-peminat ini sepanjang penglibatan mereka dalam dalam dunia NARUTO itu benar-benar menggembirakan”.

“Kami tidak sabar untuk semua rakyat Malaysia untuk melalui pengalaman pameran ini dengan mata mereka sendiri. Kami mempunyai pasukan yang berdedikasi untuk memastikan peminat mempunyai masa seronok dan ini semua adalah hasil kerjasama rakan kongsi sokongan kami, Biz Trend Media, Sozo, I am Start Entertainment, Pavilion Bukit Jalil, dan Book My Show,” kata Pengasas MMIC Entertainment Group Datuk Brian Lim.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Pameran ulangtahun ke-20 siri anime NARUTO membuat penampilan sulungnya di Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah Asia yang kini dibuka kepada orang ramai akan berlangsung dari 7 Oktober – 31 Disember 2023.

Menjanjikan pengembaraan yang mengasyikkan ke dunia NARUTO, Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia menghidupkan siri anime melalui pengalaman termasuk set 3D, galeri alatan ninja, dan pengalaman VR yang menggembirakan generasi NARUTO seterusnya membolehkan mereka berinteraksi dengan watak kegemaran mereka dari alam semesta NARUTO dan BORUTO.

Peminat juga dihiburkan dengan lawatan selama 45 minit ke 21 zon tema ikonik anime NARUTO di kawasan pameran seluas 10,000 kaki persegi.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Butiran Tiket

Tiket boleh didapati secara dalam talian atau di pintu hadapan pameran, bermula dari RM68 atau RM98 untuk pakej (Tiket Pameran + Tiket VR). Tiket untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh didapati pada harga RM28 atau RM48 untuk pakej (Tiket Pameran + Tiket VR).

Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan tiket, boleh klik [DI SINI]. Harga yang tertera tidak termasuk yuran tempahan sebanyak RM4. 

Kepada peminat NARUTO, korang kena pergi sini!

  • Lokasi: Lot 2.87, Level 2 Orange Zone, Pavilion Bukit Jalil.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd