Now Reading
UNIQLO Perkenal LifeWear 2022 Fall/Winter Collection Yang Lebih Mesra Alam

UNIQLO Perkenal LifeWear 2022 Fall/Winter Collection Yang Lebih Mesra Alam

Untuk koleksi musim luruh dan sejuk kali ini, UNIQLO memperkenalkan teknologi BlueCycle dan perkhidmatan Repair Studio.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


UNIQLO Malaysia baru-baru ini telah melancarkan LifeWear 2022 Fall/Winter Collection dengan tema Today’s Classic.

Bila sebut tentang pakaian klasik, mesti ramai yang terfikir jaket tweed atau baju sejuk kasmir. Perubahan zaman pastinya akan mempengaruhi evolusi pakaian juga, betul tak?

Bagi musim luruh dan sejuk ini, UNIQLO memperkenalkan jaket yang lebih ringan dan memberi kehangatan buat si pemakai. Bukan itu sahaja, pakaian untuk koleksi kali ini juga mempunyai teknologi WHOLEGARMENT serta kalis air.

UNIQLO turut menggunakan bahan kitar semula untuk mencipta koleksi pakaian kali ini bagi menyokong ke arah yang lebih mesra alam.

Sumber: UNIQLO

UNIQLO memperkenalkan koleksi baju, seluar dan pakaian sukan

Koleksi UNIQLO LifeWear 2022 Fall/Winter Collection ini memperkenalkan beberapa jenis teknologi baharu pada baju, seluar dan pakaian sukan. Antaranya:

Baju knitwear

UNIQLO memperkenalkan pakaian knitwear mereka menggunakan teknologi tenunan lebih canggih bagi menghasilkan pakaian berkualiti. Antara kualiti baharu yang terdapat pada pakaian berkenaan adalah seperti:

  • Pakaian knitwear ini menggunakan kain jenis cashmere dengan menggunakan teknologi WHOLEGARMENT untuk padanan yang lebih selesa.
  • Menggunakan benang Souffle licin.
  • Potongan pakaian ‘clean-cut’ dan lengan separuh panjang.

Seluar

Untuk musim kali ini, UNIQLO fokus kepada pakaian yang ‘trendy’ dan ‘fresh’. Terdapat pelbagai jenis pilihan termasuklah gaya kemas kepada seluar jeans bersaiz besar dan kasual.

Antara seluar bagi wanita yang diperkenalkan dalam koleksi musim ini adalah seperti berikut:

  • Pleated Wide Pants
  • Baggy Jeans
  • Drape Flare Pants

Manakala untuk lelaki pula:

  • Wide Fit Work Pants
  • Pleated Tapered Pants

Pakaian sukan

Pakaian sukan pada hari ini juga sentiasa berubah-ubah untuk memberi fungsi yang lebih maksimum daripada aktiviti sukan kepada pakaian harian. Yang pastinya pakaian berkenaan dapat memberi keselesaan serta sesuai dengan gaya hidup.

Antara pakaian sukan yang diwujudkan untuk wanita bagi koleksi UNIQLO musim luruh dan sejuk adalah seperti:

  • DRY Sweat Cropped Full Zip Parka & Pleated Tapered Pants
  • DRY Sweat Relax Crew Neck Shirt
  • HEATTECH Warm Easy Pants

Untuk pakaian lelaki pula adalah:

  • Windproof Outer Fleece Parka & Jacket
  • Stretch DRY Sweat Pull Parka & Pants

Koleksi LifeWear Fall/Winter lebih mementingkan kelestarian alam sekitar

Sumber: UNIQLO

Inisiatif untuk menjaga kelestarian adalah perkara penting dalam pegangan LifeWear dan akan semakin berkembang pada setiap musim.

1. Maksimumkan penggunaan bahan kitar semula

Ketika koleksi ini diperkenalkan pada tahun 2021, hanya 30% pakaian mereka mengunakan kain polyester kitar semula. Pada tahun ini pula, UNIQLO telah meningkatkan penggunaan tersebut kepada 100%.

2. Repair Studio

Pada masa yang sama, Repair Studio juga menyediakan perkhidmatan untuk memanjangkan hayat pakaian berkenaan dengan mewujudkan Repair Studio. Sehingga kini, Repair Studio telah berada diwujudkan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan bakal dibuka di negara-negara lain.

3. BlueCycle Jeans

UNIQLO juga komited untuk menjaga planet ini dengan menghasilkan seluar denim daripada bahan kitar semula dan mengurangkan 99% penggunaan air dalam pembuatannya mengikut proses BlueCycle.


Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut tentang koleksi pakaian ini, boleh layari laman web UNIQLO.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd