Now Reading
UNIQLO Lancar Koleksi Pakaian Musim Sejuk Bersama MARNI Buat Kali Kedua

UNIQLO Lancar Koleksi Pakaian Musim Sejuk Bersama MARNI Buat Kali Kedua

Koleksi pakaian musim sejuk kolaborasi antara UNIQLO dan MARNI ini diinspirasikan daripada warna-warna dari fesyen 1960an.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jenama pakaian terkenal dari Jepun ini mengumumkan koleksi kedua UNIQLO bersama MARNI dengan menggabungkan dua falsafah reka bentuk yang boleh memberi keselesaan pada musim sejuk.

Koleksi pakaian ini bukan sahaja memberi kehangatan pada musim sejuk, malah orang ramai juga masih boleh bergaya dengan pelbagai warna yang ceria seperti merah, biru, hijau, dan coklat.

Pegawai Eksekutif Kanan Kumpulan Peruncitan dan Ketua R&D UNIQLO iaitu Yukihiro Katsuta menyatakan koleksi pertama sebelum ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Kami lihat ramai yang memakai pakain daripada koleksi pertama UNIQLO dan MARNI ini pada musim sejuk. Mungkin inilah apa yang dimahukan oleh pengguna selama ini. UNIQLO juga sinonim dengan teknologi pakaian HEATTECH yang memberikan kehangatan dalam cuaca bersuhu rendah.

Pegawai Eksekutif Kanan Kumpulan Peruncitan dan Ketua R&D UNIQLO Yukihiro Katsuta.

Yukihiro berharap agar koleksi UNIQLO dan MARNI pada kali ini dengan lebih banyak kesenian yang ditampilkan menjadi pakaian harian mereka pada musim sejuk.

MARNI Ambil Inspirasi Fesyen Dari Tahun 60an

Pengarah Kreatif MARNNI iaitu Francesco Risso menjelaskan proses kreatif mereka telah berjaya mengekalkan falsafah reka bentuk UNIQLO dan mengubah estetik MARNI dalam menghasilkan pakain LifeWear.

Sumber: Murni Azman/TRP

Ideao penghasilan koleksi bersama MARNI pada tahun ini juga diambil inspirasi daripada fesyen serta warna-warna yang menjadi trend pada tahun 1960an.

Susulan daripada 22SS, kami sangat teruja untuk melancarkan koleksi musim sejuk pada tahun ini. Kami cuba menampilkan kelainan untuk pakaian sejuk kali ini dengan memasukkan elemen seni dalam pakaian.

Pengarah Kreatif MARNNI Francesco Risso.
Sumber: Murni Azman/TRP

Koleksi pakaian musim sejuk ini datang dalam pelbagai variasi lengkap dari baju, seluar, skirt, jaket, stokin dan skarf.

Antara keistimewaaan pakaian pada koleksi kali ini adalah skarf yang 100% diperbuat daripada sutera jenis furoshiki. Yang lebih menarik adalah corak serta seni pada skarf ini dilukis sendiri menggunakan tangan ya!

Sumber: Murni Azman/TRP

Nak berikan koleksi pakaian ini sebagai hadiah musim Krismas pun sesuai juga.

Koleksi pakaian musim sejuk UNIQLO dan MARNI ini boleh didapati di Fahrenheit 88 dan laman web UNIQLO pada 9 Disember 2022.

BACA JUGA: UNIQLO Tampil Kolaborasi Dengan Jenama Tempatan, ana tomy

BACA JUGA: UNIQLO Perkenal LifeWear 2022 Fall/Winter Collection Yang Lebih Mesra Alam


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd