Now Reading
UNIQLO Lancar Koleksi Pakaian Musim Panas & Bunga Untuk Tahun 2023. Not Bad!

UNIQLO Lancar Koleksi Pakaian Musim Panas & Bunga Untuk Tahun 2023. Not Bad!

Koleksi UNIQLO Spring/Summer 2023 ini boleh didapati di beberapa cawangan UNIQLO dan laman web rasmi mereka pada 10 Februari 2023.

UNIQLO Lancar Koleksi Pakaian Musim Panas & Bunga Untuk Tahun 2023

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Musim bunga dan musim panas akan tiba tidak lama lagi!

Oleh itu, jenama pakaian terkenal dari Jepun iaitu UNIQLO tidak ketinggalan untuk melancarkan koleksi pakaian mereka sempena musim tersebut dengan memperkenalkan UNIQLO Spring/Summer 2023.

Koleksi pakaian musim panas dan musim bunga pada kali ini mempersembahkan fesyen lebih ringkas tetapi masih moden dan ‘versatile’ bagi memastikan keselesaaan anda ketika perubahan cuaca ini.

Pemilihan warnanya juga agak menyeronokkan dan mempunyai kepelbagaian dari warna pastel sehinggalah warna yang terang seperti oren, kuning, hijau dan lain-lain.

Dari ‘outerwear’ kepada baju, seluar dan juga aksesori, semuanya lengkap dalam koleksi UNIQLO Spring/Summer 2023 untuk lelaki dan juga wanita pada kali ini.


Pelbagai Pakaian Dari Jenis Berbeza Dari Koleksi UNIQLO Spring/Summer 2023

Berkonsepkan ‘The Art of Everyday Life’, koleksi UNIQLO Spring/Summer 2023 ini mempunyai pelbagai pakaian dari bahan yang berbeza dan berkualiti tinggi.

Antara pakaian yang terdiri daripada koleksi ini tentunya adalah t-shirt grafik UT yang telah diperbaharui seiring dengan pelantikan baharu Pengarah Kreatif Kosuke Kawamura.

Bagi koleksi ini, t-shirt grafik UT ini akan diperkenalkan dalam saiz lebih besar bagi membolehkan seni grafik dipaparkan sepenuhnya dalam pakaian ini.

Grafik yang dipersembahkan pada T-shirt UT kali ini diinspirasikan daripada budaya pop pelbagai artis termasuklah manga, anime dan juga permainan yang digemari dari pelbagai peringkat umur. Koleksi kali ini akan pemakai mengekspresikan personaliti mereka menerusi pakaian dari LifeWear ini.

Pengarah Kreatif Kosuke Kawamura.

Dalam pada itu, Pengarah Artistik Christophe Lemaire dan kumpulan R&D UNIQLO di Paris juga berjaya melancarkan koleksi Uniqlo U 2023 Spring/Summer dengan tema ‘A Sense of Ease’.

Dalam koleksi ini, terdapat 26 pakaian untuk wanita, 20 pakaian untuk lelaki dan tujuh aksesori diperkenalkan dalam UNIQLO Spring/Summer 2023.


Pakaian Dari Koleksi UNIQLO Spring/Summer 2023

Antara pakaian yang ditawarkan dalam koleksi musim panas dan musim bunga pada kali ini adalah:

Outerwear

  • Long Gilet
  • Warm-Padded Vest
  • Coach Jacket

Linen

  • Linen Blend Jacket & Wide Pants 
  • Linen Blend Gather Camisole Dress
  • Premium Linen Long Sleeve Shirt

Seluar

  • Two Types of Utility Work Pants (Painter/Cargo)
  • Corduroy Shorts 

Jeans

  • Boyfriend Tapered Jeans
  • Wide Fit Jeans
  • Uniform Blue
  • Utility Denim Jacket (Cotton Linen)
  • Denim Work Pants (Cotton Linen)

AIRism

  • AIRism Tank Top (Silk Blend)
  • AIRism Bra Camisole 
  • AIRism Crew Neck 
  • AIRism Anti Odor Mesh T-Shirt/Tank Top

UV Protection

  • AIRism UV Protection Mesh Parka
  • UV Protection Cardigan (Crew Neck/V Neck Long) 
  • DRY-EX UV Protection Full-Zip Parka 

Koleksi UNIQLO Spring/Summer 2023 ini telah mula ditawarkan kepada para pelanggan di outlet UNIQLO terpilih dan juga di laman web rasmi.

BACA JUGA: UNIQLO Lancar Koleksi Pakaian Musim Sejuk Bersama MARNI Buat Kali Kedua

BACA JUGA: UNIQLO Perkenal LifeWear 2022 Fall/Winter Collection Yang Lebih Mesra Alam

BACA JUGA: UNIQLO Tampil Kolaborasi Dengan Jenama Tempatan, ana tomy


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd