Now Reading
PRU15: Kertas Undi Pos Lambat Sampai, Rakyat Malaysia Di Luar Negara Mula Bengang

PRU15: Kertas Undi Pos Lambat Sampai, Rakyat Malaysia Di Luar Negara Mula Bengang

Dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung pada Sabtu ini, sebahagian daripada rakyat Malaysia di luar negara mendakwa mereka mendapat makluman hanya akan menerima kertas undi pos pada hari mengundi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mendakwa masih belum menerima kertas undi mereka.

Dengan Pilihan Raya Umum (PRU15) yang bakal berlangsung Sabtu ini, (19 November) terdapat beberapa individu mendakwa diberitahu bahawa mereka hanya akan menerima kertas undi pos pada hari mengundi.

Sebilangan daripada mereka membuat aduan menerusi Twitter bahawa walaupun telah mendaftar sebagai pengundi pos, mereka masih belum menerima kertas undi mereka.

Seorang pengguna Twitter mendakwa dia hanya akan menerima kertas undi pada hari mengundi nanti.

S. Prem Kumar, seorang lagi pengguna Twitter; mendakwa dia tidak mendengar apa-apa berita mengenai statusnya sebagai pengundi pos daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Saya belajar di India dan telah mendaftar sebagai pengundi pos tetapi belum menerima kertas undi.

Pengguna Twitter, S. Prem Kumar.

Prem juga menyatakan bahawa dia akan mengundi di kawasan parlimen Port Dickson.

Rakyat Malaysia Tidak Mahu Sejarah Berulang Lagi

(Kredit: @izzaizelan di Twitter)
Rakyat Malaysia protes kelewatan kertas undi di London semasa PRU14.

Majoriti individu mendesak SPR mengambil tindakan supaya sejarah tidak berulang lagi.

Pada tahun 2018, beberapa pengundi pos terpaksa berkejaran demi memastikan kertas undi mereka dikembalikan semula ekoran kelewatan menerima kertas berkenaan.

Menurut Malaysiakini, sekumpulan kecil rakyat Malaysia telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memastikan undi pos berjaya dibawa pulang.

Ramai juga yang menyuarakan kekecewaan kerana perkara ini tidak sepatutnya berlaku lagi. Mereka menjelaskan hanya menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, tetapi SPR mensia-siakan peluang mereka untuk mengundi.

Seorang lagi pengguna Twitter menyatakan bahawa SPR harus menyemak semula langkah pengundian pos mereka.

Walau bagaimanapun, pihak SPR masih belum memberikan jawapan kepada soalan mengenai isu tersebut.

Global Bersih – yang menyediakan kemas kini tetap mengenai undi pos berkata usaha itu adalah berdasarkan maklumat orang ramai.

BACA JUGA: PRU15: Kenali Calon-calon Bakal Perdana Menteri Malaysia

BACA JUGA: Positif Covid-19? Ini SOP Dari KKM Untuk Keluar Mengundi Pada PRU15

BACA JUGA: Selangor Isytihar Cuti Pada 18 November, Sehari Sebelum Hari Mengundi


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd