Now Reading
PRU15: Kenali Calon-calon Bakal Perdana Menteri Malaysia

PRU15: Kenali Calon-calon Bakal Perdana Menteri Malaysia

Rakyat Malaysia akan mengundi antara empat gabungan yang diketuai oleh perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob, ketua pembangkang Anwar Ibrahim, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, dan perdana menteri dua kali Tun Mahathir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijadualkan pada 19 November ini akan menyaksikan pertembungan empat gabungan.

Ianya diketuai oleh Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketua pembangkang lama Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan perdana menteri dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad yang bakal bertanding untuk Putrajaya.

Tiga daripada empat pemimpin yang dicalonkan sebagai bakal perdana menteri pernah memegang jawatan tersebut sebelum ini.

Buat para pengundi kali pertama, anda boleh baca artikel ini untuk mengenali siapakah keempat-empat individu ini.

Kita mulakan dengan calon Barisan Nasional, Ismail Sabri Yaakob

(Kredit: Malay Mail)

Pakatan Barisan Nasional (BN) yang telah memenangi semua kecuali satu pilihan raya umum dalam sejarah Malaysia, menjadikan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ untuk jawatan perdana menteri.

Pada Ogos tahun lalu, Ismail Sabri menjadi perdana menteri kesembilan selepas mendapat sokongan majoriti daripada ahli Parlimen, berikutan peletakan jawatan Muhyiddin.

“Kontroversi”

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kontroversi sepanjang perjalanan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sementara yang juga menyebabkan sesetengah pihak tidak berpuas hati terhadapnya.

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2015, beliau mendesak orang Melayu memboikot perniagaan Cina bagi menekan mereka menurunkan harga mereka.

Menurut laporan MalaysiaKini, Ismail Sabri seterusnya menuduh perniagaan Cina memalsukan sijil halal.

Dia mempertahankan kenyataannya, sambil menambah bahawa gesaan boikotnya semata-mata bertujuan untuk menyasarkan “ahli perniagaan Cina yang bodoh.”

Apa yang dijanjikan oleh Ismail Sabri?

  • Memastikan kerajaan yang stabil dan meningkatkan ekonomi.
  • Kebajikan penjaja dan peniaga kecil akan diutamakan.
  • Peruntukan di bawah bajet 2023 akan digunakan untuk melaksanakan inisiatif yang dirancang.

Calon Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin

(Kredit: Malay Mail)

Muhyiddin berkhidmat sebagai perdana menteri kelapan dan merupakan pemimpin tertinggi paling singkat dalam sejarah Malaysia.

Beliau dilantik selepas peletakan jawatan Dr Mahathir secara mengejut. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai menteri dalam negeri.

Muhyiddin sebelum ini adalah orang UMNO tetapi kritikannya yang lantang semasa skandal 1MDB mengakibatkan beliau disingkirkan daripada jawatannya dalam kabinet perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai 2015.

Cara Perikatan Nasional kendali Covid-19 dikritik oleh rakyat Malaysia

Sejak memegang jawatan pada Mac 2020 sebagai ketua Perikatan Nasional yang baru ditubuhkan berikutan rampasan kuasa dalam pentadbiran terdahulu, Muhyiddin berada di bawah tekanan berterusan.

Beliau meletak jawatan selepas berbulan-bulan berada dalam konflik dan saat rakyat Malaysia sedang berang terhadap kekacauan politik ketika kes Covid-19 semakin meningkat, menurut Aljazeera.

Apa yang dijanjikan oleh Muhyiddin Yassin?

  • Pemulihan ekonomi.
  • Mengutamakan individu yang terjejas oleh pendapatan rendah, kehilangan pekerjaan dan peningkatan kos sara hidup.
  • Kelantan diberi royalti minyak lima peratus penuh.

Calon Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim

(Kredit: FMT)

Anwar, juga bekas orang UMNO, adalah Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 dan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998 di bawah BN.

Pemecatan dari BN dan lahirnya PKR

Anwar dipecat daripada BN semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1998. Beliau kemudiannya membentuk PKR yang dilancarkan pada 4 April 1999.

Walaupun beliau adalah seorang banduan, Pakatan Harapan – sebuah gabungan yang terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir telah mencipta sejarah apabila mereka menggulingkan BN pada pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018.

Beberapa hari selepas pilihan raya, beliau dibebaskan dari penjara dan diberi pengampunan penuh. Pada masa itu dijangka beliau akan memegang jawatan perdana menteri dalam tempoh dua tahun akan datang selepas Dr Mahathir berundur, seperti yang dijanjikan.

Kenapa Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara?

Anwar dipecat pada September 1998 dan selepas itu beliau mengetuai bantahan awam terhadap Dr Mahathir. Reformasi; iaitu gerakan reformasi yang akan memberi impak kepada generasi penyokong demokrasi Malaysia telah bermula.

Beliau ditahan dan akhirnya disabitkan dengan kesalahan liwat dan rasuah.

Apa yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim?

  • Memulihkan ekonomi.
  • Mengurangkan gaji dan elaun perdana menteri dan anggota kabinet.
  • Melantik dua timbalan perdana menteri, seorang dari Semenanjung Malaysia dan seorang lagi dari Malaysia Timur.

Calon GTA, Dr Mahathir Mohamad

(Kredit: Malay Mail)

Sememangnya seorang tokoh yang paling dikenali di Malaysia, Dr Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri selama 24 tahun.

Sejak tahun 1980-an, beliau dikreditkan untuk sebahagian besar dalam kemajuan dan perubahan ekonomi Malaysia yang berjaya.

Beliau adalah perdana menteri di bawah BN dari 1981 hingga 2003.

Pada 2018, beliau keluar daripada persaraan dalam usaha untuk menjatuhkan Najib, yang dituduh menyalahgunakan ratusan juta dolar dalam kewangan awam, menurut BBC News.

Mahathir telah dipilih semula sebagai perdana menteri negara dengan sokongan bekas pesaing Anwar, manakala Najib dituduh dan kemudiannya dipenjarakan atas dakwaan penyelewengan dana SRC International.

Memandangkan keadaan tidak menyebelahi di bawah Pakatan Harapan, Dr Mahathir meninggalkan Bersatu dan menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air yang merupakan sebahagian daripada gabungan Gerakan Tanah Air (GTA).

Apa yang dijanjikan oleh Dr Mahathir?

  • Untuk memastikan keluhuran undang-undang dan tiada penyalahgunaan kuasa.
  • Beliau hanya akan berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama setahun.
  • Memberi tumpuan kepada isu-isu yang melibatkan masyarakat, termasuk kemiskinan.

BACA JUGA: Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Keluar Mengundi Ketika Pilihan Raya

BACA JUGA: PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna

BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd