Now Reading
Ini Panduan Lengkap Daftar Sekolah Anak Darjah 1 Sesi 2024/2025. Ibu Ayah, Take Note!

Ini Panduan Lengkap Daftar Sekolah Anak Darjah 1 Sesi 2024/2025. Ibu Ayah, Take Note!

Permohonan untuk pendaftaran murid Darjah Satu menerusi Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) dibuka dari 1 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023.

Ini Panduan Untuk Ibu Bapa Daftar Sekolah Anak Darjah Tahun 1 Sesi 2024

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Buat ibu bapa yang pertama kali menguruskan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan Darjah Satu, pastinya banyak perkara yang perlu dipelajari.

Antara persiapan yang perlu dilakukan adalah seperti membeli pakaian sekolah, pembayaran yuran, penyediaan salinan dokumen penting dan sebagainya.

Tetapi sebelum anda membuat persiapan tersebut, ada satu perkara yang paling penting dan perlu dilakukan terlebih dahulu iaitu permohonan pendaftaran sesi persekolahan Darjah Satu di sekolah yang diingini.

Perkara ini sering diambil mudah oleh ibu bapa sehingga mula timbulnya masalah apabila anak mereka mendapat sekolah yang jauh dengan rumah.

Bayangkan kalau rumah anda di Setia Alam tapi anak pula dapat sekolah di Shah Alam Seksyen 7. Memang kena bangun awal untuk pergi ke sekolah, kalau tidak teruk juga perlu hadap kesesakan jalan raya.

BACA JUGA: Pakar Pendidikan Cadang KPM Mulakan Sesi Sekolah Jam 8 Pagi


Panduan Permohonan Pendaftaran Murid Sekolah Darjah Satu Di Sekolah Rendah

Kepada ibu bapa yang masih kurang pengetahuan dan keliru dengan proses untuk mendaftarkan anak mereka yang bakal memulakan sesi persekolahan Darjah Satu pada tahun 2024, jom kami kongsikan panduan untuk memudahkan urusan anda.

Sumber gambar: Harakah Daily

Langkah-langkah pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran pertama kali melalui Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) oleh ibu bapa atau penjaga kepada anak jagaan.
  2. Ibu bapa atau penjaga perlu klik pada pautan [DI SINI].
  3. Pilih modul pengurusan awam.
  4. Isi atau kemaskini Pengurusan Profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan.
  5. Klik Tambah anak atau jagaan dan kemaskini (jika belum wujud).
  6. Setelah selesai di modul Pengurusan Profil, pilih Permohonan Kemasukan.
  7. Klik Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 KPM Tahun 2024.

Pautan di atas hanya untuk pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi akademik 2024/2025 dan permohonan dibuka bermula 1 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023.

Permohonan ini adalah untuk kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018 sahaja.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang sudah membuat permohonan pendaftaran anak mereka dua tahun awal bagi mendapatkan lokasi sekolah yang diingini.

Namun, segelintir mereka mengalami masalah apabila sistem yang digunakan sudah diubah suai dan menyebabkan permohonan yang dibuat sudah hilang.

Untuk lebih selamat, sentiasa semak semula permohonan anda di dalam laman web.

Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu bapa di luar sana untuk menguruskan pendaftaran persekolahan anak Darjah Satu.

BACA JUGA: Guru Beri Cadangan Letak Bilik Darjah Tahun 1 & 2 Di Tingkat Bawah

BACA JUGA: Ibu Bapa Luah Rasa Risau, Dakwa Buku Teks ‘Super Minds’ Murid Tak Sesuai Untuk Anak-Anak Sekolah Rendah

BACA JUGA: [Video] Ibu Terharu Lihat Murid Baik Hati Bantu Anaknya Angkat Beg Sekolah


7 Persiapan Persekolahan Untuk Murid Sekolah Rendah

Sebagai ibu bapa terutamanya mereka yang pertama kali mengendalikan anak bersekolah rendah, ada pelbagai persiapan yang perlu dilakukan bagi memastikan pembelajaran cahaya mata anda berjalan lancar.

Antaranya:

  • Menyediakan senarai dokumen yang perlu dibuat salinan bagi memudahkan urusan pendaftaran dan pengisian borang maklumat.
  • Menyediakan fail untuk menyimpan segala dokumen persekolahan yang penting.
  • Mengajar anak-anak untuk tidur awal supaya mereka dapat membiasakan diri bangun di awal pagi untuk ke sekolah.
  • Menulis nama pada setiap kelengkapan anak seperti beg sekolah, bekas pensil, botol air dan sebagainya supaya tidak mudah tercicir.
  • Mengajar anak-anak tentang pengiraan asas bagi memudahkan mereka untuk belajar membeli makanan sendiri di kantin ketika waktu rehat.
  • Mengajar anak untuk mengenali huruf dan membaca walaupun sedikit.
  • Memberi tunjuk ajar kepada anak tentang cara pengunaan tandas dengan betul.

Awal-awal anak nak masuk sekolah rendah memang agak leceh sedikit tapi tak apa kerana lama-kelamaan mereka sudah dapat membiasakan diri menggalas tanggungjawab sebagi murid sekolah.

Percayalah, pejam celik nanti tahu-tahu anak kita sudah menyambung pengajian di universiti pula. Kejap je masa berlalu.

Kepada ibu bapa di luar sana, good luck! 😊


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd