Ibu Bapa Luah Rasa Risau, Dakwa Buku Teks ‘Super Minds’ Murid Tak Sesuai Untuk Anak-Anak Sekolah Rendah
Hasil tinjauan mendapati bahawa ia adalah aktiviti ‘cut-outs’ di bahagian belakang pada halaman 119 sehingga 123.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sejak akhir-akhir ini, isu berkaitan akidah umat Islam menjadi topik hangat yang dibualkan selepas satu filem berjudul ‘Mentega Terbang’ dihasilkan.
Filem ‘Mentega Terbang’ mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat Malaysia termasuklah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana ia dianggap bertentangan dengan akidah dan cara hidup penganut beragama Islam yang mengikut Mazhab Syafie.
BACA JUGA: Filem Mentega Terbang Bertentangan Dengan Akidah & Cara Hidup Umat Islam di Malaysia – JAKIM
Buku Teks ‘Super Minds’ Didakwa Ajar Unsur Perayaan Luar Negara?
Isu akidah sekali lagi menjadi kebimbangan apabila ada ibu bapa yang mendakwa buku teks sekolah anak mereka mengajar tentang perayaan penganut bukan beragama Islam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang ibu bapa di laman Facebook miliknya (Diana Zainudin), wanita dikenali sebagai Diana ini terkejut apabila buku teks sekolah darjah 1 anaknya mempunyai bahagian tentang perayaan seperti Krismas, Easter dan Halloween.
Risau dengan intipati buku berkenaan, mereka bertanya kepada guru dan katanya buku itu adalah berkaitan ‘superhero’.
Dakwa wanita itu lagi, isu mengenai buku teks ‘Super Minds’ ini sebenarnya sudah menjadi pertikaian dalam kalangan ibu bapa sejak tahun 2018 lagi. Namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan dari pihak kementerian berkaitan.
Ibu Bapa Yang Lain Juga Luah Rasa Bimbang Dengan Intipati Buku Teks ‘Super Minds’
Hantaran yang dimuat naik berkaitan buku teks ‘Super Minds’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Rata-rata daripada mereka juga bimbang dengan beberapa halaman muka surat yang terkandung dalam buku teks berkenaan.
Ada juga yang kurang bersetuju dengan jawapan guru berkenaan bahawa ia hanyalah ‘buku teks superhero’.
Malah seorang guru Bahasa Inggeris turut tampil menafikan bahawa buku tersebut memesongkan akidah.
Jelasnya, pengalaman selama 5 tahun mengajar menggunakan buku tersebut langsung tidak menimbulkan masalah kepada beliau dan anak-anak muridnya.
Dari Mana Buku Teks ‘Super Minds’ Ini Dihasilkan?
Untuk pengetahuan anda, buku teks Super Minds Student’s Book 1 ini adalah terbitan Cambridge University Press yang ditulis oleh Herbert Puchta, Günter Gerngross dan Peter Lewis-Jones.
Buku teks ini telah menggantikan bahan pengajaran Tahun 1 pada tahun 2018 dan mengandungi 24 units yang diajar oleh guru Bahasa Inggeris di sekolah.
Hasil tinjauan kami terhadap buku teks ini yang dikatakan ‘menyelitkan’ tentang perayaan agama Kristian dalam pembelajaran, sebenarnya ia hanyalah sekadar aktiviti ‘cut-outs’ di bahagian belakang pada halaman 119 sehingga 123.
Anda boleh rujuk buku teks ‘Super Minds’ dengan klik [DI SINI].
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.