Now Reading
Salah Transfer Duit Ke Akaun Lain? Ini Cara Untuk Dapatkan Semula Wang Anda

Salah Transfer Duit Ke Akaun Lain? Ini Cara Untuk Dapatkan Semula Wang Anda

Sekiranya pemilik akaun itu tidak mahu memulangkan semula wang anda, boleh bawa kes ini ke mahkamah ya!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini kalau nak transfer duit, ada macam-macam cara seperti perbankan atas talian (online banking) dan juga menggunakan mesin Cash Deposit Machine (CDM).

Nak transfer duit sambil baring pun tak ada masalah kerana semuanya di hujung jari sahaja. Senang! Namun, kecanggihan ini juga boleh menyebabkan beberapa masalah berlaku seperti wang ‘dicuri’ oleh scammer.

Tetapi anda tak perlu risau kerana setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

BACA JUGA: Duit ‘Lesap’ Dari Akaun Bank? Ini 5 Langkah Untuk Dapatkan Semula Wang Anda

Apa nak buat jika tersalah masukkan duit ke akaun orang tidak dikenali?

Hanya kerana tersilap satu nombor akaun sahaja, segalanya boleh berubah kerana anda berkemungkinan telah memasukkan wang ke dalam akaun yang salah. Jadi, boleh ke nak dapatkan balik duit tersebut?

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter (anisssurayaaa), ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan semula duit anda sekiranya tersilap memasukkan wang ke dalam akaun orang lain.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Buat laporan polis

Ketika anda membuat laporan polis tentang kesilapan memasukkan wang ke dalam akaun lain, beberapa maklumat perlu diberikan. Antaranya:

  • Masa transaksi.
  • Nombor akaun yang tersalah dimasukkan wang.
  • Jumlah duit yang dimasukkan.
  • Maklumat lain yang berkaitan.

2. Pergi ke cawangan bank yang digunakan

Jika anda tersalah memasukkan wang menggunakan akaun Maybank, jadi pergilah ke mana-mana cawangan Maybank berdekatan. Begitu juga jika anda menggunakan bank yang lain.

3. Dapatkan persetujuan daripada pemilik akaun bank yang dimasukkan wang tersebut

Walaupun itu adalah duit anda, tetapi anda juga perlu meminta persetujuan daripada pemilik akaun tersebut untuk memulangkan semula wang berkenaan. Sekiranya mereka bersetuju, individu tersebut perlu datang ke bank untuk mengisi borang khas.

Tapi macam mana kalau individu berkenaan tidak mahu memulangkan semula wang anda? Salah satu caranya adalah dengan membawa kes ini ke mahkamah.


Semoga informasi yang dikongsikan dapat membantu anda yang sedang menghadapi situasi ini. Ikuti langkah-langkah di atas dengan teliti dan semoga anda boleh mendapatkan semula wang dengan selamat dan lancar.

Mungkin kesilapan tersebut boleh menjadikan anda lebih berhati-hati dan peka apabila melakukan segala transaksi bank selepas ini.

BACA JUGA: Pengguna Twitter Ajar Cara Keluarkan Duit Dari Maybank Tanpa Kad ATM. Guna MAE Je!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd