Pengguna Twitter Ajar Cara Keluarkan Duit Dari Maybank Tanpa Kad ATM. Guna MAE Je!
Anda perlu aktifkan pilihan ‘ATM Cash-out’ di aplikasi Maybank E-Wallet (MAE) sebelum aktiviti pengeluaran duit tanpa kad boleh dilakukan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Dunia kini semakin lama semakin canggih. Anda setuju tak?
Antara teknologi yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia adalah kemudahan untuk membuat transaksi tambah nilai kad Touch ‘n Go secara atas talian tanpa sebarang caj dengan teknologi NFC.
BACA JUGA: Touch ‘n Go Lancar Kad Boleh Tambah Nilai Guna Telefon Je. Lagi Senang!
Bukan itu sahaja, sekarang ini anda juga boleh menyimpan duit di Tabung Haji tanpa caj dengan online transfer sahaja. Memang cepat dan menyenangkan!
BACA JUGA: Ini Cara Simpan Duit Ke Tabung Haji Tanpa Caj. Senang Setel!
Boleh keluarkan duit guna aplikasi MAE
Menerusi tweet dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (Munawwir As’ari), rupa-rupanya anda turut boleh mengeluarkan duit dari akaun Maybank tanpa kad ATM dan hanya menggunakan aplikasi Maybank E-Wallet (MAE) sahaja. Canggih kan?
Nak tahu macam mana? Berikut adalah cara-caranya:
- Buka aplikasi MAE dan pilih ‘manage’.
- Gantikan satu Quick Action dengan pilihan ‘ATM Cash-out’.
- Pilih ATM Cash-out di homepage. Kemudian, masukkan kata laluan serta tandakan setuju pada kotak terma dan syarat.
- Masukkan nombor OTP yang diterima.
- Tunggu dalam tempoh 24 jam sebelum anda boleh keluarkan duit tersebut.
1. Bukak apps mae dan pilih 'manage'
— Munawwir As'ari (@munawwirasari) May 17, 2022
2. Ganti satu quick action dengan 'ATM Cash-out' dan save
3. Pilih ATM Cash-out dkt homepage then masukkan password and agree to T&C
4. Masukkan OTP, siap. Just tunggu 24 jam before boleh withdraw pic.twitter.com/85fhFx0HKA
Selepas tempoh 24 jam, anda akan menerima notifikasi bahawa pilihan untuk ‘ATM Cash-out’ bakal diaktifkan tidak lama. Jadi, anda tak perlu risau lagi kalau tiba-tiba terlupa bawa kad ATM bila nak keluarkan duit nanti.
NOTA KAKI: Langkah ini hanya boleh dilakukan menggunakan aplikasi MAE sahaja dan tidak boleh dilaksanakan menerusi aplikasi Maybank2U.
24 hours lepas apply🔽 excited jugak nak try ni pic.twitter.com/18NdiDL6cv
— Munawwir As'ari (@munawwirasari) May 18, 2022
Aplikasi Maybank E-Wallet (MAE)
Aplikasi Maybank E-Wallet (MAE) merupakan dompet digital yang menawarkan perkhidmatan ‘cashless’ yang bersesuaian dengan teknologi pada alaf baru ini.
Dengan aplikasi MAE, pengguna boleh membuka akaun dan melakukan pelbagai transaksi perbankan serta pembayaran daripada telefon mudah alih.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengasingkan wang untuk dimasukkan ke dalam tabung digital dengan mengaktifkan ciri ‘auto-deduct’.
Selain itu, anda juga boleh menyemak semula segala perbelanjaan bulanan menggunakan akaun Maybank dalam bentuk pie chart yang menarik. Mana tahu boleh insaf bila tengok banyak shopping bulan itu.
BACA JUGA: Ada Duit Lebih? Ini Cara Menyimpan Di Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i)
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.