Now Reading
Lelaki Ikut Diet Puasa Gula Cara Shaheizy Sam & Ramai Kongsi Perubahan Dalam Kehidupan

Lelaki Ikut Diet Puasa Gula Cara Shaheizy Sam & Ramai Kongsi Perubahan Dalam Kehidupan

Dalam sehari, kita cuma boleh ambil gula tidak melebihi 50 gram sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila cakap pasal diet, mesti semua fikir dua tiga kali kerana perbuatan ini bukanlah sesenang yang anda sangkakan.

Waktu nak diet tiba-tiba kawan pula nak belanja makan. Susah tu nak tolak bila orang dah offer.

Sebenarnya senang je nak start diet. Yang penting kena konsisten. Barulah berhasil!

BACA JUGA: MCO Making You Chubby? Here’s KKM’s Guide To A Diet Meal

Sumber: Buzzfeed

Ikut diet Shaheizy Sam

Antara diet yang anda boleh amalkan adalah puasa gula.

Tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter (Husin) ini adalah nasihat tentang diet yang diambil oleh seorang pelakon iaitu Shaheizy Sam ketika dia sedang bersedia untuk memegang watak dalam Polis Evo.

Katanya Shaheizy mencadangkan untuk potong pengambilan gula tambahan selama seminggu sebagai diet.

Seminggu je kan? Apa salahnya kalau kita cuba.

Disebabkan terinspirasi dengan diet yang diamalkan oleh pelakon itu, lelaki yang dikenali sebagai Husin itu pun cuba puasa gula dan agak kagum dengan hasilnya.

Puasa gula tak bermaksud tak boleh ambil gula langsung. Gula masih perlu dalam badan sebagai bekalan tenaga untuk kehidupan seharian.

Mengikut kajian, jumlah pengambilan gula yang sihat adalah tidak melebihi 50 gram atau 10 sudu teh dalam sehari.

Ramai dah cuba puasa gula juga

Rupa-rupanya, ramai juga netizen yang pernah puasa gula.

Katanya bila dah terbiasa kurangkan pengambilan gula berlebihan, automatik takkan minum atau makan benda-benda manis dah!

Wah, ramai yang kongsi feedback positif selepas amalkan puasa gula. Mungkin ini petanda untuk korang mula diet juga dari sekarang.

Jom sama-sama amalkan!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd