Duit Rosak Akibat Banjir? Ini Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Tukar Di Bank
Nilai pertukaran dan tempoh ganti pula bergantung kepada keadaan wang yang sudah rosak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Banjir yang berlaku di beberapa negeri di seluruh Malaysia sememangnya memberi kesan kepada mangsa kerana segala harta benda tidak sempat diselamatkan. Ketika itu, nyawa lebih penting.
Ada juga yang tidak sempat menyelamatkan dokumen-dokumen penting seperti sijil lahir, sijil nikah, dan sebagainya.
BACA JUGA: [Video] Jawapan Sempoi Wanita Tentang Gambar Kahwin Yang Rosak Buat Ramai Terhibur
Wang kertas yang ditinggalkan di rumah juga pastinya sudah rosak.
Kriteria wang kertas yang rosak
Walaupun wang kertas tersebut sudah rosak, jangan dibuang lagi kerana sebenarnya anda boleh menukarnya di mana-mana cawangan bank.
Bank yang anda tidak memiliki akaun pun boleh juga. Tiada masalah.
Namun sebelum anda ingin menukar wang kertas yang rosak, beberapa kriteria perlu dikenal pasti terlebih dahulu.
Antaranya:
- Terdapat tompokan kotoran dan cecair pada sebahagian atau menyeluruh.
- Warna luntur.
- Tekstur lembik.
- Hilang ciri-ciri keselamatan pada wang kertas.
- Wang kertas berlubang.
Nilai pertukaran dan tempoh ganti pula bergantung kepada keadaan wang yang sudah rosak.
Jika nilai wang yang rosak itu jelas, maka anda boleh mendapatkan ganti pada hari yang sama.
Tetapi jika nilainya kurang jelas akibat rosak teruk, maka gantian akan diberikan pada hari lain selepas dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM).
Anda juga boleh melayari laman web bnm.gov.my/MataWangMalaysia untuk mengetahui maklumat lanjut tentang wang kertas yang sudah rosak.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.