Kawan Bangsa Cina Jemput Pergi Wedding? Jom Kami Bantu Pilih Hadiah Sesuai
Antara hadiah yang boleh diberi adalah seperti set mangkuk merah, patung pengantin dan Ang Pao.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Boleh dikatakan hampir tiap-tiap minggu dapat jemputan kenduri kahwin.
Maklumlah, usia makin meningkat. Kawan-kawan pun sudah mula memasuki fasa alam perkahwinan.
Sebagai tanda tahniah, kita mesti nak berikan sesuatu kepada pasangan pengantin, betul tak? Tapi, pening kepala juga nak belikan hadiah apa untuk mereka.
BACA JUGA: Pening Cari Hadiah Untuk Pengantin? Ini Antara Barang Yang ‘Function’
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @JiunEr berkongsi beberapa jenis hadiah yang boleh dibawa sekiranya anda dijemput ke majlis perkahwinan berbangsa Cina.
Antaranya:
1. Set mangkuk merah
2. Set cawan
3. Bantal merah
4. Cadar tilam merah
5. Patung pengantin
6. Ang Pao
Hadiah yang perlu dielakkan
Untuk pengetahuan anda, bukan semua jenis hadiah boleh diberi sekiranya menghadiri majlis perkahwinan kaum Cina.
Mereka ada beberapa pantang larang dalam memberi hadiah perkahwinan.
Antara barang yang tidak sesuai diberi sebagai hadiah adalah seperti berikut:
1. Objek tajam
Sebarang objek tajam seperti pisau dan gunting adalah tidak sesuai kerana membawa maksud kita tidak setuju dengan perkahwinan mereka.
Selain itu, pemberian gunting sebagai hadiah juga bermaksud jodoh pasangan tersebut tidak akan berkekalan.
2. Kasut
Kasut dalam bahasa Kantonis disebut sebagai ‘Hai’.
Hai itu diibaratkan seperti kita mengeluh. Sebab itulah kasut tidak sesuai dijadikan hadiah perkahwinan kaum Cina.
3. Payung
Dalam Bahasa Cina, payung disebut ‘伞San”. Sebutan San itu sama dengan ‘berpisah’.
Jadi, kalau anda bagi payung kepada pasangan pengantin, bermaksud anda berharap mereka cepat-cepat berpisah.
4. Cermin
Cermin mudah pecah. Jadi ibarat hubungan pasangan tersebut juga tidak akan kekal lama.
Walau bagaimanapun, pemilik tweet berkenaan memberitahu bahawa dia hanya memberi cadangan sahaja dan tidak semestinya perlu diikuti.
Okay sekarang baru tahu rupanya ada pantang larang dalam memberi hadiah kepada pasangan kahwin berbangsa Cina.
Setiap bangsa memang akan ada adat dan pantang larang masing-masing, betul tak?
Jadi, apa lagi? Jom pergi beli hadiah siap siap! 😉
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.