Now Reading
Tengah Cari Dessert Buka Puasa? Ini Resepi Matcha Sago Yang Anda Boleh Cuba

Tengah Cari Dessert Buka Puasa? Ini Resepi Matcha Sago Yang Anda Boleh Cuba

Antara bahan yang diperlukan untuk resepi Matcha Sago ini adalah seperti serbuk matcha, air panas, susu sejat dan susu pekat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Benda yang paling menggiurkan ketika mula puasa adalah bunyi ais dikacau dalam jug. Fuh, memang terliur sungguh!

Maklumlah dengan cuaca panas bulan di bulan Ramadan ini, memang tekak rasa bertambah kehausan dan tertunggu-tunggu waktu untuk azan Maghrib berkumandang.

Selain air berais, dapat pencuci mulut yang sejuk pun sedap juga kan? Nak beli boleh, nak buat sendiri pun boleh juga sebab ada banyak video resepi di Internet sebagai panduan.


Resepi Matcha Sago Untuk Berbuka Puasa

Kepada anda yang masih terfikir-fikir untuk mencari menu pencuci mulut bagi juadah berbuka, jom kami kongsikan resepi Matcha Sago dari seorang pengguna di laman Instagram (@nahlahrsl).

Untuk penggemar minuman Matcha, mesti anda akan suka dengan resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Untuk buat susu matcha

  • 12g MATCHAMELIER Classic Matcha
  • 120ml (1/2 cawan) air panas
  • 250ml (1 cawan) susu
  • 120ml (1/2 cawan) susu sejat
  • 150g (1/2 cawan) susu pekat

Untuk buat topping:

  • 90g (1/2 cawan) sago
  • 90g serbuk jelly kristal
  • 500ml air mendidih
  • Tembikai/ Strawberi/ Laici/ Longan
  • Optinal: Nata de coco/ Crystal ball
  • Kiub ais

Cara-caranya adalah seperti berikut:

Untuk buat bahagian topping:

  1. Masak sago di dalam air mendidih sehingga sago bertukar jernih.
  2. Kemudian tapis sago tersebut dan letak di tepi dahulu.
  3. Tuang serbuk jelly kristal di dalam air mendidih dan kacau sehingg larut.
  4. Tuangkan larutan jelly ke dalam bekas pilihan anda sebelum disejukkan di dalam peti sejuk.
  5. Potong buah-buahan pilihan anda.
Sumber: Instagram @nahlahrsl

Cara buat susu matcha:

  1. Masukkan serbuk matcha ke dalam air panas dan ‘whisk’ sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan susu dan susu sejat ke dalam air tersebut.
  3. Gaulkan sebatian itu sehingga larut.
Sumber: Instagram @nahlahrsl

Cara untuk menghasilkan matcha sago:

  1. Masukkan kesemua topping di dalam mangkuk.
  2. Tuangkan susu pekat di atas topping.
  3. Tuangkan susu matcha yang sudah dibancuh.
  4. Masukkan ketulan ais kiub ke dalam mangkuk yang sama.

Siap untuk dihidangkan dan dinikmati ketika berbuka puasa!

Sumber: Instagram @nahlahrsl

Kalau anda mahu melihat sendiri bagaimana resepi ini dilakukan, boleh tonton video di bawah.


Resepi Air Untuk Berbuka Puasa Oleh Khairul Aming

Bagi mereka yang mahu mempelbagaikan minuman ketika berbuka puasa, berikut kami kongsikan empat jenis resepi minuman berais oleh influencer Khairul Aming.

Memang senang betul nak buat. Bahan pun tak banyak.

Antaranya:

#1. Tembikai Ais Krim Soda

Bahan-bahan:

  • Zapple FN
  • 2-3 biji limau kasturi
  • Asam boi
  • Buah longan atau laici
#2. Zapple Kasturi

Bahan-bahan:

  • Zapple FN
  • 2-3 biji limau kasturi
  • Asam boi
  • Buah longan atau laici
#3. Keladi Float

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan air panas
  • 1/4 cawan kordial keladi
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Aiskrim vanilla
  • Tuang susu cair sedikit diatas.
#4. Air Sirap Laici Selasih

Bahan-bahan:

  • 2 tin air laici
  • 1 sudu sirap ros
  • Lemon
  • 2 batang serai sudah diketuk
  • Daun pudina
  • Asam boi
  • Biji selasih

Tak sabarnya nak cuba buat pelbagai resepi ini. Yang penting, jangan membazir pula ya sehingga tidak habis kesemua minuman yang disediakan ketika berbuka.

Lebih baik jika kita bersederhana. Apa-apa pun, selamat berpuasa semua!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi 4 Jenis Resepi Air Untuk Berbuka Puasa. Semua Nampak Sedap!

Baca Artikel Berkaitan: 9 Resepi Lauk Berbuka Puasa Untuk Orang ‘Single’. Senang, Simple & Cepat!

Baca Artikel Berkaitan: Che Sayang Kitchen Raih Perhatian Ramai, Resepi Simple Semudah ABC!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd