9 Lokasi Kedai Makan Best Di The Exchange TRX Yang Anda Perlu Cuba
Antara kedai makan yang menarik di The Exchange TRX adalah Mil Toast House, Bacha Coffee dan Warung Eropa.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pusat membeli-belah The Exchange TRX yang baru dibuka kini menjadi tumpuan orang ramai kerana menempatkan banyak jenama mewah yang pertama kali bertapak di Malaysia seperti GENTLE MONSTER, Alo Yoga, Drunk Elephant dan juga Seibu.
Selain boleh cuci mata melihat pelbagai jenis barangan, The Exchange TRX ini juga sesuai untuk dijadikan lokasi ‘food hunting’ kerana terdapat variasi makanan makanan baik yang lama mahupun yang baru menapak di Malaysia.
Tak perlu susah payah untuk ke luar negara selepas ini kerana beberapa jenama F&B terkenal di luar negara juga sudah ada di Kuala Lumpur.
9 Lokasi Kedai Makan Di The Exchange TRX Yang Anda Patut Cuba
Untuk korang yang nak ‘food hunting’ di The Exchange TRX, jom kami senaraikan beberapa kedai makan yang korang kena cuba. Antaranya:
#1. Bacha Coffee

Bacha Coffee telah diasaskan pada tempoh agak lama iaitu sekitar tahun 1910 di Marrakech, Maghribi dan mempunyai keistimewaan dalam biji serta minuman kopi mereka yang 100% daripada kopi Arabika.
Sebelum ini Bacha Coffe telah membuka cawangan pertama di Malaysia iaitu di Suria KLCC dan kini mengembangkan sayap dengan membuka cawangan kedua di The Exchange TRX.

Selain minuman kopi, terdapat juga hidangan pastri seperti Croissant dengan inti kopi, coklat dan kaya (RM8-RM19) serta kek (RM8).
Untuk minuman pula, terdapat pelbagai pilihan seperti Lagao Coffee Brazil, Monsoon Secret Coffee dan 1910 Coffee. Harga untuk secawan adalah sekitar RM25.

- Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 10:00pm)
- Lokasi: Ground Floor G.92.0&93.0, The Exchange TRX
- Instagram: @bachacoffeemy
#2. Café Kitsuné

Café Kitsuné terhasil dari jenama Perancis-Jepun iaitu Maison Kitsuné yang sangat popular di Paris, Tokyo, New York dan London. Pada tahun 2013, Maison Kitsuné telah mengembangkan jenama mereka dengan membuka Café Kitsuné pertama di Tokyo, Jepun sebelum membuka kafe-restoran pula di Paris, Perancis pada 2019.
Lokasi ini sesuai untuk anda yang mahu menikmati hidangan pastry dan minuman untuk bersantai dengan rakan-rakan

Dari segi harga, ia agak ‘pricey’ kerana minuman Iced Matcha Latte berharga RM20, Mocha Ais pula berharga RM19 dan jus segar berharga RM15. Antara hidangan yang disajikan adalah Croissant (RM15), tart coklat (RM18) dan Egg Sando (RM24).

- Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 10:00pm)
- Lokasi: Level Concourse, The Exchange TRX
- Instagram: @cafekitsune
#3. Shake Shack

Shake Shack adalah restoran makanan segera yang ditubuhkan pada tahun 2004 di New York, Amerika Syarikat dan kini mempunyai lebih daripada 470 cawangan seluruh dunia termasuklah di Singapura, Hong Kong, Tokyo dan kini mengembangkan perniagaan mereka buat pertama kali di Malaysia.

Restoran ini terkenal dengan hidangan ikonik mereka Shroom Burger bersama cendawan portobello goreng rangup dan juga milkshake serta pencuci mulut kastard beku mereka.
Dari segi harganya pula, hasil carian kami mendapati harga untuk hidangan burger sahaja adalah sekitar RM30.

- Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 10:00pm)
- Lokasi: PL.11.0, The Exchange TRX
- Instagram: @shakeshackmy
4. Meriah by Serai Group

Restoran Meriah ini merupakan salah satu anak syarikat di bawah Serai Group dan The Exchange TRX ini merupakan lokasi cawangan pertama mereka di Malaysia.
Keunikan restoran ini berbanding kedai makan lain yang juga berada di bawah Serai Group adalah restoran ini menyajikan hidangan Nusantara dari beberapa negara seperti Selatan Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Antara menu yang anda boleh cuba di Meriah by Serai Group adalah Nasi Bebek yang dihidangkan dengan gulai telur itik dan juga hidangan Roasted Duck Massaman Curry.

- Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 10:00pm)
- Lokasi: Level 1, The Exchange TRX
- Instagram: @meriah.byseraigroup
#5. Mil Toast House

Mil Toast House adalah salah satu premis makanan yang popular di Seoul selepas ia pertama kali dibuka di Ikseon-dong, Korea Selatan pada tahun 2018. Premis ini dikenali dengan roti mereka yang dibuat secara tradisional mengikut budaya Hanok di Korea Selatan.
Roti mereka ini lain daripada lain kerana mempunyai pelbagai jenis inti seperti:
- Kosong (RM9)
- Sweet Potato (RM11.50)
- Jagung (RM11.50)
- Coklat (RM13)
- Pandan (RM11.50)
- Buah berangan (RM14.50)
Lebih menarik lagi, anda boleh mencampurkan dua jenis perisa dalam empat kepingan roti tersebut dalam satu bekas. Best kan? Boleh rasa pelbagai flavour.

- Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 10:00pm)
- Lokasi: L2.84, The Exchange TRX
- Instagram: @miltoasthousemalaysia
#6. HeyTea

HEYTEA adalah rangkaian teh cara baharu dari Guangdong, China yang ditubuhkan pada tahun 2012.
Sebelum ini, restoran itu telah membuka cawangan luar negara pertama mereka di Singapura pada tahun 2018 sebelum membuka cawangan sulung di Malaysia bertempat di The Exchange TRX.

Antara menu minuman yang dijual di sini adalah seperti:
- Very Grape Crystal (Original)
- Strawberry Mulberry Black
- Regal Aqua Green Jasmine Cheese (Original)
- Refreshing Real Fruit Teas
- Very Grape Cheese (Original)
Harga jualan pula adalah sekitar RM9.90 sehingga RM17.90.

- Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 10:00pm)
- Lokasi: Lot C.07, Level Concourse, The Exchange TRX
- Instagram: @heytea_my
#6. Warung Eropa

Restoran yang berasal dari Kuta Utara, Bali, Indonesia yang mula beroperasi pada tahun 2004 kini buat pertama kalinya turut membuka cawangan pertama mereka di Malaysia.

Antara menu popular di Warung Eropa adalah itik goreng yang rangup iaitu Bebek Goreng Set dan juga sup daging bernama Rawon Malam yang turut dihidangkan dengan nasi putih, keropok, sambal merah dan sambal matah.
Dari segi harga pula, boleh dikatakan ‘pricey’. Untuk menu Bebek Goreng Set adalah berharga RM69.90 manakala hidangan Rawon Malam pula sekitar RM39.90.

- Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 10:00pm)
- Lokasi: Dining Terrace L2.49.A, The Exchange TRX
- Instagram: @warungeropakl
#7. Paolo Paolo Gelato

Walaupun nama Paolo Paolo Gelato bunyi seperti ala-ala di Perancis, tetapi jenama yang ditubuhkan pada tahun 2021 ini dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Miranda Yeoh.
Kalau anda nak tahu, nama premis ini diinspirasikan dari nama kucing founder yang diberi nama Paolo. Comel kan?
Kalau anda datang pertama kali mahu mencuba gelato dari ke Paolo Paolo Gelato, ada beberapa perisa yang kami recommend iaitu:
- Bacio
- Lemon mascarpone
- Peanut Butter Stracciatella
- Pistachio
- Mint Chocolate Chip
Untuk pengetahuan anda Paolo Paolo Gelato juga mempunyai cawangan lain sekitar Kuala Lumpur iaitu di The Five, Bukit Damansara.

- Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 10:00pm)
- Lokasi: Level 2, Lot L2.OS.1, The Exchange TRX
- Instagram: @paolopaologelato
#8. All About Chew

All About Chew telah ditubuhkan oleh seorang ibu kepada tiga orang anak iaitu Yasmin JS yang berusia 37 tahun. Inspirasi di sebalik perniagaan ini adalah apabila Yasmin dikatakan mengidam biskut ‘chewy’ yang pernah dibelinya di London. Namun pada waktu itu dia berada di Malaysia.
Disebabkan lokasi itu terlalu jauh, Yasmin berniat untuk membuat sendiri biskut tersebut dan mula menyedari bahawa terdapat jurang perniagaan dalam industri biskut chewy ini.
Antara menu biskut yang popular di All About Chew adalah:
- Big Ass Matcha Softy
- Big Ass Chocolate Softy
- Big Ass Raspberry Softy
- Walnut Soft Cookies
- Dark Chocolate Soft Cookies
Harga untuk satu biskut adalah RM15.

- Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 10:00pm)
- Lokasi: Lot C.OS.03, Level Concourse, The Exchange TRX
- Instagram: @allabout.chew
#9. Bo The Avocado

Bo The Avocado diasaskan oleh pasangan suami isteri pada tahun 2020 yang menyediakan pelbagai hidangan dengan menggunakan bahan yang sama dalam semua menu mereka iaitu buah avokado.
Dari hidangan piza, roti, cheesecake, smoothie dan waffle, semuanya dibuat daripada avokado. Menarik kan?


Kalau anda penggemar buah avokado, memang wajib datang ke Bo The Avocado.
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:00am – 10:00pm)
- Lokasi: G-10, Level G, The Exchange TRX
- Instagram: @bo.the.avocado
Kalau anda tak tahu nak makan di mana ketika berada di The Exchange TRX, harap perkongsian kami ini boleh membantu.
Selamat ber-food hunting di The Exchange TRX!
Baca Artikel Berkaitan: The Exchange TRX Dibuka Hari Ini (29 November), Banyak Jenama Terkenal Dunia Buka Cawangan Pertama
Baca Artikel Berkaitan: The Exchange TRX Beri Panduan Penggunaan Taman Interaksi Kanak Di TRX City Park
Baca Artikel Berkaitan: Taman Air Kanak-kanak Di The Exchange TRX Kini Tutup Untuk Kerja Membaikpulih
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.