Now Reading
Alva KL Jadi Spot Terbaharu Untuk Makan Dengan View KLCC! [Review]

Alva KL Jadi Spot Terbaharu Untuk Makan Dengan View KLCC! [Review]

Bertempat di Ascott Star KLCC, Alva KL merupakan sebuah restoran dan bar di Kuala Lumpur yang berada pada tingkat 99.

alva kl

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali mahu memilih lokasi untuk menjamu selera, pasti ramai akan mencari tempat dengan banyak spot ‘Instagramable’ dan mempunyai pemandangan yang cantik.

Kepada anda yang bercadang untuk menyambut ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan sebagainya, jom kami cadangkan satu tempat best di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur iaitu Alva KL.

Antara spot yang Instagramble untuk ber-OOTD di Alva KL.
(Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Alva KL Tawar Pemandangan Berlatar Belakangkan KLCC Dari Tingkat 99

Bertempat di Ascott Star KLCC, Alva KL merupakan sebuah restoran dan bar yang berada pada tingkat 99 dan membolehkan anda hanya menaiki satu lif sahaja tanpa perlu bertukar ke lif lain.

Boleh terus naik ke lif dan tekan butang tingkat 99 untuk terus menuju ke Alva KL. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Selain berhampiran dengan sebuah kolam renang, anda juga boleh melihat pemandangan mendamaikan sekitar Kuala Lumpur sambil menikmati hidangan yang disajikan.

Perkara yang menjadi tumpuan apabila anda berada di sini adalah pemandangan Menara Berkembar Petronas KLCC berketinggian 88 tingkat.

Pemandangan yang cukup memukau dari Alva KL sekitar jam 6:30 petang. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)
Pemandangan KLCC yang boleh dilihat dari tingkat 99 Ascott Star KLCC ketika waktu petang. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Kami cadangkan anda untuk pergi pada waktu petang kerana tidak terlalu panas. Memang just nice!

Selain itu, mereka juga mempunyai ruangan tempat duduk bar yang membolehkan anda melihat sendiri bartender menyediakan minuman.

Tempat duduk bar di Alva KL. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Team TRP Sudah Cuba Sendiri Menu Hidangan Di Alva KL

Baru-baru ini, team TRP telah dijemput ke Alva KL untuk merasai sendiri pengalaman menjamu selera sambil melihat pemandangan KLCC yang cukup cantik terutamanya pada waktu malam.

Suasana ketika menikmati hidangan di Alva KL pada waktu petang sambil melihat pemandangan KLCC yang menenangkan. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Nak tahu hidangan apa yang kami cuba? Jom baca perkongsian di bawah.

Antara menu yang dihidangkan adalah:

#1. Amazing Nachos
Amazing Nachos. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Hidangan pembuka selera ini iaitu Amazing Nachos ini dihidangkan bersama keropok Nachos bersama Beef Chili Con Carne yang melengkapkan rasa keseluruhannya.

Cumanya, keropok Nachos itu akan menjadi layu jika dibiarkan terlalu lama kerana terdedah dengan hidangan daging yang agak moist. Saiz hidangannya juga besar dan sesuai untuk berkongsi bersama dua atau tiga orang.

#2. Seared U.S Scallops
Seared U.S Scallops. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Kepada anda yang gemar dengan hidangan scallop, boleh cuba menu ini. Turut disaji bersama scallop adalah ubi keledek goreng dan sos klasik Perancis iaitu Beurre Blanc.

Setiap elemen dalam hidangan ini perlu dimakan sekali untuk memberi rasa yang agak unik. Paling penting, scallop dia lembut.

Walaupun hanya dihidangkan tiga ketul dalam satu pinggan, tetapi ia boleh membuatkan anda berasa cukup dengan kuantiti tersebut kerana ubi keledek goreng itu memberikan rasa kenyang (untuk sementara waktu).

#3. Garlic Prawn Pasta
Garlic Prawn Pasta. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Ini adalah hidangan paling favourite kami!

Menu pasta ini yang dimasak dengan butter campuran bawang putih dan minyak zaitun membuat rasanya agak light tetapi cukup sempurna. Ditambah pula dengan adanya udang harimau (tiger prawn), memang hidangan ini sesuai dipesan sebagai ‘main dish’ anda.

#4. Atlantic Miso Black Cod
Atlantic Miso Black Cod. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Ikan cod yang dimasak dengan semburan api ini adalah salah satu hidangan yang menjadi kesukaan ramai kerana rasanya yang ‘fresh’, mudah dikunyah dan cair di mulut. Keunikan menu ini adalah ia dihidangkan di atas daun teratai kering yang menjadi makanan ini nampak lebih menonjol.

#5. Above The Cloud Tiramisu
Above The Cloud Tiramisu. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Hidangan tiramisu ini merupakan menu pencuci mulut yang sesuai sebagai penutup dengan krim Mascarpone yang berlemak dan kek almond serta taburan serbuk kopi dan koko gelap (dark cocoa) yang menyeimbangkan rasa pahit.


Minuman

Untuk pilihan minuman pula, Alva KL menyediakan dua jenis minuman iaitu Bubbly Jasmine Breeze dan Bloody Mary.

Kiri: Bubbly Jasmine Breeze. Kanan: Bloody Mary. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Air soft drink pun ada seperti Heaven & Earth Ice Lemon Tea dan Sprite.

Kepada penggemar teh dan kopi juga mempunyai pilihan tersebut tetapi hanya menu ‘basic’ seperti espresso, americano, latte dan teh English Breakfast.

Antara pilihan minuman di Alva KL. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Alva KL

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Alva KL adalah restoran dan bar yang boleh menjadi lokasi pilihan di Kuala Lumpur untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan pencakar langit sekitar ibu kota dan juga Menara Berkembar Petronas KLCC.

  • Lokasi: Level 99, Ascott Star KLCC, 1, Lorong Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: 12:00pm hingga 3:30pm dan 5:00pm hingga 1:00am.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd