Now Reading
Kenapa Perut Selalu Sembelit Di Bulan Ramadan? Mungkin Ini Puncanya

Kenapa Perut Selalu Sembelit Di Bulan Ramadan? Mungkin Ini Puncanya

Menurut seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Aen, orang ramai khususnya ketika bulan puasa akan mengalami masalah makanan tidak dihadam dengan baik sehingga menyebabkan sembelit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (12 Mac), telah bermulanya tempoh berpuasa pada bulan Ramadan bagi umat Islam. Sambutan bulan penuh rahmat ini sememangnya dirasai lebih-lebih lagi apabila orang ramai berkongsi pengalaman mereka meraikan Ramadan menerusi platform media sosial.

Seperti kebiasaannya, orang ramai akan bangun ketika sahur sebagai persediaan berpuasa sepanjang hari selain membekalkan tenaga untuk tubuh badan.

Namun dalam sesetengah kes, ada juga yang masih berasa tidak selesa atau alami rasa sakit di bahagian perut walaupun telah makan dengan secukupnya semasa sahur.


Perut Meragam Ketika Bulan Puasa

Baru-baru ini tular satu perkongsian di laman TikTok (@draensaari) apabila seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Aen berkongsi info mengenai masalah kesihatan yang sering dialami oleh sesetengah individu menjelang bulan Ramadan.

Jelasnya, kadangkala mereka yang berpuasa akan mengalami perut kembung, rasa tidak selesa serta kekejangan pada sepanjang bulan itu. Tegas Dr Aen, situasi itu berlaku bukanlah disebabkan kerana salah makan tetapi berpunca daripada perubahan jadual makan.

Sumber: Freepik

Penjagaan kesihatan perut perlulah dititik beratkan oleh semua lapisan masyarakat bagi mengelakkan organ berkenaan ‘meragam’ iaitu makanan tidak dihadam dengan baik dan tidak lawas sehingga menyebabkan sembelit.


Apa Itu Sembelit?

Menurut MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sembelit boleh ditafsirkan sebagai kesukaran seseorang individu untuk membuang najis. Namun begitu, ia tidak dikategorikan sebagai penyakit tetapi satu gejala.

Tambah MyHealth, gejala sembelit adalah satu masalah normal yang rata-rata pernah dilalui oleh setiap manusia.

Sumber: Freepik

Sekiranya gejala sembelit berpanjangan dalam masih belum pulih, ia berisiko membawa kepada masalah yang lebih serius iaitu buasir.

Hal tersebut terjadi disebabkan kerana seseorang itu menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling dubur). 


Apa Perlu Buat Untuk Elak Sembelit?

Kata Dr Aen, mereka yang sering mempunyai masalah berkenaan boleh cuba mengambil prebiotik dan probiotik untuk membaik pulih persekitaran dalam bahagian perut.

Mengikut pengalaman doktor itu sendiri, dia juga mengambil kedua-duanya sekali pada setiap hari akibat perut yang selalu buat ‘hal’.

@draensaari

I tahu ramai yang masalah lawas. Maybe buah / sayur you tak boleh nak telan. Tak payah consume produk bukan-bukan. Consume BiO-LiFE A.B. Adult Gold instead. Proven yang ini bagus untuk perut so that perut rasa selesa & tak sembelit dah. Especially nak dekat ramadhan ni. Lagilah kena jaga perut. I kena rotavirus teruk gila November last year. Lepastu I gigih consume pre & probiotik hari hari. Please beli BiO-LiFE A.B. Adult Gold Pre & Pro okay? @BiO-LiFE #draenshares #aenshares #aenbebel #draenbebel #biolife #biolifemy #probioticsforlife #probiotics #probiotik #supplement #healthysupplement #prebiotic #prebiotik #digestion #penghadaman #berbukapuasa #ramadan #sahur

♬ original sound – Dr Aen | Let’s Bebel – Dr Aen | Let’s Bebel

Cara Lain Atasi Masalah Sembelit

Bagi mereka yang selalu hidapi masalah sembelit, usah risau kerana keadaan tersebut boleh pulih.

Memetik Hello Doktor, terdapat beberapa perkara atau rutin yang anda boleh lakukan bagi mengatasinya. Sebagai contoh:

  • Minum air secukupnya.
  • Mengambil makanan penuh serat.
  • Elak menahan diri daripada membuang dalam tempoh masa yang lama.
  • Bersenam dengan lebih kerap.
  • Mengambil ubat pelawas mengikut saranan pakar atau doktor.

Bagi rutin yang memerlukan anda untuk makan dan minum, anda boleh lakukan ketika sudah berbuka puasa atau sewaktu sahur sepanjang bulan Ramadan ini.

Sumber: Pexels

Makanan Yang Tinggi Dengan Serat

Kepada anda yang mahu mula mengamalkan diet pemakanan yang kaya dengan serat, jom kami senaraikan antara hidangan yang sesuai seperti:

Sumber: Unsplash/Pexels
  • Nasi beras perang
  • Oat
  • Pisang
  • Barli
  • Buah epal
  • Roti bijiran penuh
  • Buah kurma
  • Buah jambu batu

Baca Artikel Berkaitan: 10 Hari Sembelit, Wanita Di China Buang Air Besar Seberat 20KG

Baca Artikel Berkaitan: Tempoyak Tinggi Probiotik, Boleh Cegah Masalah Sembelit – Public Health Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd