Now Reading
Tempoyak Tinggi Probiotik, Boleh Cegah Masalah Sembelit – Public Health Malaysia

Tempoyak Tinggi Probiotik, Boleh Cegah Masalah Sembelit – Public Health Malaysia

Probiotik merupakan sejenis bakteria baik yang menghuni pada bahagian usus bagi membantu proses penghadaman makanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang kesihatan, pasti semua di kalangan masyarakat menginginkan tubuh badan yang sihat. Namun sebagai manusia biasa, anda tidak akan lari daripada berdepan dengan masalah kesihatan seperti sakit perut dan sembelit.

Baca Artikel Berkaitan: 10 Hari Sembelit, Wanita Di China Buang Air Besar Seberat 20KG

Tetapi usah risau, banyak sahaja kaedah yang disarankan oleh pakar bagi menangani masalah tersebut.


Probiotik Bantu Usus Manusia Hadam Makanan

Baru-baru ini, Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di laman Facebook telah berkongsi tentang kepentingan pengambilan probiotik dalam pemakanan manusia.

Menurut PHM, probiotik merupakan sejenis bakteria baik yang menghuni pada bahagian usus anda. Jelasnya, ia dapat membantu usus untuk menghadam makanan yang diambil.

Oleh disebabkan itu, anda akan terhindar daripada masalah sembelit, perut kembung dan berangin serta cirit-birit.


Manfaat Lain Pengambilan Probiotik

Pengambilan probiotik yang secukupnya bukan sahaja dapat mengelakkan masalah cirit birit dan sembelit. Terdapat banyak lagi manfaat probiotik lain yang mendorong kepada kesihatan baik seperti:

#1. Mengatasi Masalah Kulit

Pengambilan probiotik yang mencukupi dalam rutin harian dapat melawan bakteria yang menyebabkan kulit muka bermasalah seperti jerawat dan bintik hitam yang degil.

Sumber: Pexels
#2. Tingkatkan Sistem Imun Badan

Kesihatan usus merupakan aspek penting bagi meningkatkan sistem imun badan. Hal ini kerana 70 hingga 80% daripada sel imun kita berada dalam usus. Sekiranya sistem imun menjadi  lemah, anda berisiko terdedah kepada pelbagai penyakit.

Sumber: Pexels
#3. Kurangkan Risiko Alahan

Pengambilan probiotik turut membantu dalam mengurangkan alahan makanan serta gejala intoleransi laktosa.

Ini dibuktikan melalui kajian yang menyatakan bahawa bakteria probiotik dalam produk berasaskan susu boleh digunakan bagi mengurangkan gejala-gejala intoleransi laktosa seperti loya, sakit perut dan sendawa berlebihan.

Sumber: Monash Fodmap

Cencaluk & Tempoyak Kaya Dengan Probiotik

Seperti sering diperkatakan orang ramai, makanan tinggi dengan kandungan probiotik adalah minuman yogurt Yakult yang kaya dengan bakteria baik.

Namun adakah anda tahu makanan tradisional yang anda selalu makan juga boleh memberi manfaat sama? Antara makanan tinggi probiotik yang dikongsikan oleh PHM ialah:

  • Tempe.
  • Tapai Ubi.
  • Tempoyak.
  • Acar Timun.
  • Budu.
  • Cencaluk.
Sumber: Daily Makan/Facebook Mypasar

“Ada sesetengah makanan kita yang kaya dengan probiotik, tak kalah dengan makanan luar seperti kimci, kefir (susu yang difermentasi), sesetengah keju & yogurt,” jelas PHM dalam hantaran sama.


Cara Buat Tempoyak Tak Berkulat & Tahan Lama

Buat mereka yang berminat untuk mengamalkan pengambilan makanan tradisional seperti di atas, di sini kami kongsikan cara untuk membuat tempoyak tidak berkulat dan tahan lama.

Sumber: Pexels

Dua bahan sahaja yang diperlukan iaitu buah durian dan garam.

Cara-cara penyediaannya:

  1. Mengasingkan buah durian daripada biji (tempoyak jenis masam). Buat mereka yang mahukan tempoyak yang kurang masam, anda haruslah asingkan biji buah kemudian terus simpan dalam bekas dan meletakkannya dalam peti sejuk buat sementera waktu.
  2. Kemudian masukkan di dalam penapis dan toskan.
  3. Selepas itu biarkan durian tersebut selama dua malam dengan suhu bilik.
  4. Cukup sahaja dua hari durian itu ditapai, anda perlu masukkan garam dan gaulnya dengan rata.
  5. Akhir sekali, sebatian durian perlu dimasukkan ke dalam balang. Jika mahu isi hingga balang penuh pun boleh kerana gas yang terdapat dalam buah itu telah keluar semasa proses membuat tempoyak tersebut.

Resepi Acar Timun Mentah

Seperti yang dimaklumkan oleh PHM, acar timun juga tersenarai dalam makanan tradisional yang tinggi kandungan probiotik. Selalunya anda akan makan hidangan bersama nasi minyak di kenduri kahwin, tetapi apa salahnya kali ini anda cuba buat sendiri di rumah.

Di sini kami sertakan juga resepi Acar Timun Mentah daripada content creator masakan, Che Nom.

Sumber: Resepi Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji nanas.
  • 2-3 biji timun, bergantung kepada saiz.
  • 2 biji bawang besar.
  • 2 biji cili merah.
  • 8 sudu besar cuka.
  • 4 sudu besar gula.
  • Sedikit garam.

Cara-cara penyediaannya:

  1. Bersihkan nanas dan buang kulit, kemudian hiris nipis.
  2. Bersihkan timun, buang kulit dan cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang kemudian hiris secara nipis.
  3. Hiris nipis bawang merah dan juga cili merah.
  4. Gaulkan semua bahan bersama cuka, gula dan sedikit garam sehingga sekata dan ia siap untuk dihidang.

Selamat mencuba semua!

Baca Artikel Berkaitan: Perut Kejang Waktu Jogging? Jom Ketahui Punca & Cara Untuk Atasinya

Baca Artikel Berkaitan: Kekejangan Perut Tapi Bukan Dalam Haid? Mungkin Ini Beberapa Puncanya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd