Now Reading
Perut Kejang Waktu Jogging? Jom Ketahui Punca & Cara Untuk Atasinya

Perut Kejang Waktu Jogging? Jom Ketahui Punca & Cara Untuk Atasinya

Masalah kekejangan perut ketika berlari dikenali sebagai Exercise Related Transient Abdominal Pain (ETAP) dalam istilah perubatan atau juga disebut ‘side-stich’ yang bersifat sementara.

kenapa sakit perut bila berlari atau jogging

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berlari atau ‘jogging’ merupakan salah satu senaman yang sering dilakukan oleh orang ramai ketika waktu pagi atau petang sebagai cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Tetapi pernah tak perut anda tiba-tiba rasa kejang ketika sedang berlari? Apabila masalah ini terjadi, kita nak teruskan senaman pun agak tidak selesa.

Ketika itu, perut merasa seakan-akan dicucuk dari dalam sehingga menyebabkan rasa agak pedih.

Ini Penjelasan Sebenar Kenapa Perut Boleh Kejang Ketika Berlari

Setiap yang berlaku pasti ada puncanya.

Untuk merungkai persoalan ini, kami kongsikan penjelasan dimuat naik di laman Twitter milik Kurt Kuden yang merupakan seorang pakar kesihatan sukan.

Masalah kekejangan perut ketika berlari dikenali sebagai Exercise Related Transient Abdominal Pain (ETAP) dalam istilah perubatan atau juga disebut ‘side-stich‘ yang bersifat sementara.

Sumber: Medium

Menurutnya, banyak teori yang dibincangkan oleh pakar kesihatan tentang masalah ini dan rata-ratanya bersetuju bahawa ETAP ini berlaku disebabkan oleh geseran pada dinding abdomen ketika beraktiviti.

Dalam teori lain, ada yang berpendapat bahawa masalah ini juga boleh berlaku kerana tekanan ligamen di bawah diafragma, gangguan saluran pencernaan, kekejangan otot dan sebagainya.

Faktor Seseorang Mengalami Kekejangan Perut Ketika Berlari

Macam mana seseorang itu boleh mengalami kekejangan perut ketika berlari? Mesti akan ada punca atau faktor tersendiri.

Antara puncanya adalah seperti:

  • Golongan muda terutamanya mereka yang berada bawah umur 20 tahun.
  • Kurang persediaan fizikal seperti tidak melakukan ‘warm up’ secukupnya.
  • Postur badan membongkok atau juga disebut sebagai Kyphosis.
  • Mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi sebelum memulakan aktiviti senaman.
Sumber: Shutterstock

Cara Nak Elak Perut Kejang Ketika Berlari

Nak bersenam pun rasa tak seronok kalau ada anggota badan kita yang rasa kurang selesa. Jadi bagi mengelakkan masalah ini berlaku kepada anda, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan.

Antaranya:

  • Meningkatan kecergasan fizikal serta menguatkan otot teras badan.
  • Mengamalkan teknik pernafasan yang betul ketika sedang berlari. Caranya adalah dengan menghembus nafas pada setiap dua hingga empat langkah.
  • Jaga pengambilan makanan dan minuman sebelum bersenam.
    • Elakkan dari mengambil makanan berat dalam kuantiti yang terlalu banyak dalam tempoh tiga hingga empat jam sebelum bersenam.
    • Ketika bersenam, minum secara sedikit dan berkala serta elakkan minuman jenis hipertonik yang mempunyai tinggi kandungan gula dan juga karbohidrat.
    • Elak makan makanan berlemak dan tinggi serat. Antara makanan yang rendah lemak yang boleh diambil adalah pisang, energy bar, yogurt, granola dan sebagainya.

Apa Nak Buat Bila Perut Kejang Ketika Sedang Berlari?

Masalah kekejangan perut ini boleh berlaku sekiranya kita tidak mengambil perhatian tentang langkah pencegahan yang betul.

Tetapi sekiranya perut anda tiba-tiba mengalami kekejangan semasa bersenam atau berlari, berikut adalah cara-cara untuk mengatasinya.

  • Berhenti seketika dan rehat buat sementara waktu daripada meneruskan aktiviti senaman tersebut.
  • Lakukan sedikit regangan pada bahagian yang berlaku kekejangan.
  • Bongkokkan sedikit badan anda ke hadapan
  • Amalkan teknik pernafasan yang betul.

Kepada anda di luar sana yang kerap mengalami masalah ini ketika bersenam, boleh simpan artikel ini siap-siap ini di dalam telefon. Senang nak rujuk semula nanti.

BACA JUGA: Kekejangan Perut Tapi Bukan Dalam Haid? Mungkin Ini Beberapa Puncanya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd