Now Reading
10 Hari Sembelit, Wanita Di China Buang Air Besar Seberat 20KG

10 Hari Sembelit, Wanita Di China Buang Air Besar Seberat 20KG

Hasil pemeriksaan doktor mendapati wanita itu perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan najis seberat 20 kilogram berbentuk ular sawa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dari segi kesihatan, pemakanan yang kaya dengan serat boleh membantu manusia untuk melancarkan proses penghadaman.

Bukan sahaja boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, malah makanan penuh serat juga mampu mengelakkan seseorang mendapat sembelit.

Berbicara tentang masalah penghadaman, terdapat satu kes yang berlaku kepada seorang wanita berusia 53 tahun di China apabila dia dikatakan mengalami masalah kesihatan yang agak teruk.


Najis Wanita Seberat 20KG Selepas 10 Hari Alami Sembelit

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Weibo, wanita warga China itu dikatakan telah mengalami masalah sembelit agak teruk sejak empat hingga lima tahun lalu.

Lebih membimbangkan lagi, dia mula merasa kembung perut, sesak dada, dan sesak nafas kerana jarang membuang air besar.

Jika dilihat keadaan badannya yang agak kurus, situasi menjadi lebih jelas apabila bahagian bawah perutnya telah mula membengkak.

Sumber: Weibo

Disebabkan risau dengan tahap kesihatannya, ahli keluarga wanita berkenaan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan doktor agak mengejutkan kerana wanita itu terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan najis berbentuk ular sawa seberat 20 kilogram.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa punca yang menyebabkan situasi ini berlaku kepada wanita berkenaan?

Sumber: Weibo

Dia dipercayai menghidap penyakit Hirschsprung selepas mengalami kecacatan semasa kelahiran kerana kehilangan sel saraf dalam usus besarnya.

Oleh itu, situasi ini menyebabkan ususnya tidak mempunyai keupayaan untuk menggerakkan najis sehingga mengakibatkan perut tersumbat. Difahamkan, keadaan wanita terbabit kini telah semakin pulih selepas menjalani pembedahan.

Jadi buat anda di luar sana, jangan lupa untuk mengamalkan pemakanan yang sihat terutamanya hidangan kaya dengan serat untuk membantu kesihatan.


Jenis Makanan Yang Tinggi Dengan Serat

Kepada anda yang mahu mula mengamalkan diet pemakanan yang kaya dengan serat, jom kami senaraikan antara hidangan yang sesuai seperti:

  • Nasi beras perang
  • Oat
  • Pisang
  • Barli
  • Buah epal
  • Roti bijiran penuh
  • Buah kurma
  • Buah jambu batu

Artikel Berkaitan: Kerap Bersenam, Banyak Minum Air & 7 Lagi Tips Sihat Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah

Artikel Berkaitan: Kenapa Kentut Bau Busuk? Ini 6 Sebabnya

Sumber: Weibo | Root Of Science


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd