Now Reading
Kenapa Kentut Bau Busuk? Ini 6 Sebabnya

Kenapa Kentut Bau Busuk? Ini 6 Sebabnya

Masalah kentut berbau busuk boleh berlaku disebabkan pengambilan makan tinggi serat serta pembiakan bakteria dan kuman dalam usus.

Kenapa Kentut Bau Busuk? Ini 6 Sebabnya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Siapa je yang tak pernah kentut, betul tak? Jangan risau, ianya adalah perkara normal dan merupakan salah satu daripada proses pencernaan dan juga tindak balas aktiviti bakteria dalam saluran pencernaan.

Kentut ini macam-macam jenis seperti tidak berbunyi, berbunyi kuat, tidak berbau dan berbau busuk.

Bagaimana kentut boleh terhasil?

Kentut atau dalam bahasa saintifiknya ‘flatulence‘ merupakan keadaan di mana gas yang terbentuk daripada pencernaan makanan dibebaskan keluar melalui dubur.

Selain gas dari dalam usus, gas tersebut juga boleh masuk menerusi udara yang kita tertelan dari pernafasan semasa mengunyah atau minuman berkarbonat.

Sekiranya gas keluar dari dubur anda berbau busuk, mungkin ianya berlaku disebabkan beberapa faktor melibatkan pengambilan makanan, ubatan atau masalah penghadaman.

BACA JUGA: Lelaki Saman Gerai Makan, Dakwa Alami Masalah Kentut Tidak Henti Selama Lima Tahun Selepas Makan Sandwic

6 Faktor Menyebabkan Kentut Berbau Busuk

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh pakar perubatan, Dr Khairul Hafidz, yang juga pengasas MedTweetMY, beliau telah mendedahkan beberapa faktor yang menyebabkan kentut seseorang berbau busuk.

Antaranya adalah:

1. Mengambil makanan yang tinggi serat

Kebanyakan makanan yang kaya dengan serat mengambil masa agak lama untuk dicerna sehingga menapai. Kalau anda perasan, sesetengah makanan tinggi serat juga berbau dan ia boleh menjadi faktor kentut kita juga berbau busuk.

Selain itu, kandungan sulfur di dalam makanan juga menjadi punca kentut berbau busuk.

2. Masalah intoleransi terhadap sesetengah makanan

Sebagai contoh, mereka yang mengalami masalah intoleransi laktosa kebiasaannya akan menghasilkan tindak balas kurang senang ketika proses pencernaan apabila mengambil makanan produk berasaskan tenusu seperti susu dan keju.

Tindak balas tersebut yang agak sensitif kepada penghadaman akan menyebabkan kesukaran untuk memecahkan laktosa gula ketika proses pencernaan.

Maka, laktosa tersebut akan ditapai oleh bakteria dalam usus dan menghasilkan gas berbau busuk.

3. Ubat-ubatan

Faktor ini jarang berlaku dalam kalangan masyarakat tetapi tidak dinafikan ia juga boleh menyumbang kepada berlakunya masalah kentut berbau busuk.

Kandungan antibiotik di dalam ubat yang berfungsi untuk membunuh patogen dalam badan juga berpotensi untuk menghapuskan bakteria baik yang membantu proses penghadaman.

Kalau anda nak tahu, bakteria baik inilah yang menghalang kentut daripada berbau busuk.

4. Sembelit

Masalah sembelit ini berlaku apabila kekerapan seseorang membuang air besar semakin berkurang dan mengalami kesukaran untuk melakukannya.

Masalah sembelit ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh amalan pemakanan yang kurang berkhasiat dan tidak cukup nutrien.

Keadaan ini akan menyebabkan najis terkumpul di bahagian kolon dan mengakibatkan bakteria membiak lalu menghasilkan bau kentut yang busuk.

5. Pembiakan bakteria dan jangkitan kuman

Jangkitan bakteria dan kuman pada bahagian usus serta saluran pencernaan boleh menyebabkan isipadu gas bertambah dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

6. Kanser kolon

Satu lagi faktor yang jarang berlaku adalah kerana kanser kolon.

Kanser kolon akan menyebabkan tumbuhnya polip atau tumor dalam salur pencernaan dan menghalang separa ruang di dalam usus.

Keadaan ini akan menyebabkan ruang pencernaan semakin sempit dan mengakibatkan pembentukan gas dan perut kembung.

Kenapa kentut kuat tak berbau, tetapi yang ‘diam-diam’ berbau?

Perasan tak kalau kentut yang berbunyi kuat kebiasaanya tidak berbau, tetapi yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi pula menghasilkan bau agak busuk?

Kenapa macam itu ya?

Dr Khairul Hafidz menjelaskan kentut berbunyi kuat jarang berbau kerana mengandungi jumlah gas seperti nitrogen, oksigen, hidorgen, karbon dioksida dan metana yang tinggi.

Manakala kentut yang tiada bunyi pula kebanyakan mempunyai jumlah gas yang rendah dan mengandungi gas hidrogen sulfida.

Makanan berkarbohidrat berpotensi menyebabkan kandungan gas yang tinggi berbanding protein dan juga lemak.

Doktor ini juga menjelaskan menerusi pembacaannya bahawa purata manusia kentut secara normal dalam sehari adalah sebanyak lima hingga 25 kali.

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan dan juga kesihatan seseorang.

BACA JUGA: Kekejangan Perut Tapi Bukan Dalam Haid? Mungkin Ini Beberapa Puncanya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd