Now Reading
Pernah Rasa ‘Emotional Numbness’? Ini Antara Simptom Yang Ramai Tak Perasan

Pernah Rasa ‘Emotional Numbness’? Ini Antara Simptom Yang Ramai Tak Perasan

Individu yang pernah mengalami situasi di mana fikiran berasa kosong adalah dipanggil sebagai ‘Emotional Numbness’ atau mati rasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dapat dinafikan setiap daripada golongan manusia melalui perjalanan dan cabaran yang berbeza. Ada di antara anda yang melalui kehidupan normal dan sentiasa berjaya namun ada juga sebaliknya.

Oleh disebabkan pelbagai detik hitam ditempuhi, ramai di kalangan masyarakat dikatakan stres hingga mereka mudah berputus asa dalam sesuatu perkara.

Lebih kronik adalah seseorang itu merasakan seperti jiwanya sudah mati. Dalam erti kata mudah, rasa kosong.


Rasa Kosong & Tidak Tahu Harus Buat Apa Dalam Kehidupan

Baru-baru ini, seorang Kaunselor Kesihatan Mental dikenali sebagai Mimie telah berkongsi satu keadaan mental menerusi ciapannya di laman X (Twitter @mimierhmn).

Jelasnya, individu yang pernah mengalami situasi di mana fikiran berasa kosong adalah dipanggil sebagai ‘Emotional Numbness’ atau mati rasa. Golongan ini juga sering berdepan dengan masalah memproses perasaan mereka sehingga tidak tahu untuk melakukan apa.

Semua orang hadapi hal ini dengan cara berbeza. Ada yang sekejap, ada yang lama. Dia seolah ada sesuatu berlegar yang tak boleh nak describe. Kita bukan emotionless, kita just numb.

Mimie.

Apa Itu Emotional Numbness?

Memetik Hello Sehat, Emotional Numbness adalah satu jenis keadaan di mana seseorang tidak lagi boleh merasakan, menyatakan atau mengenali perasaannya tersendiri.

Kebiasaannya, golongan sedemikian akan lebih mudah berputus asa selain sering berasa hampa sewaktu menghadapi sebarang masalah dalam kehidupannya. Emotional Numbness bukan sahaja menghapuskan emosi negatif malah ia juga mampu menjejaskan emosi positif seseorang.

Jika kondisi tersebut dibiarkan berlarutan, hubungan individu terlibat bersama manusia lain berkemungkinan terjejas akibat kesihatan mental itu.


Punca Berlaku Emotional Numbness

Buat anda yang kurang tahu tentang fakta mengenai Emotional Numbness, di sini kami kongsikan beberapa punca kepada emotional numbness.

  • Stres melampau.
  • Gangguan stres pasca trauma (PTSD) akibat trauma sejarah lalu.
  • Pengambilan ubat Escitalopram (ubat untuk atasi depresi).
  • Gangguan mental lain seperti Skizofrenia dan Anhedonia.
Sumber: Pexels

Tanda Anda Hidap Masalah Emotional Numbness

Adalah penting bagi setiap individu memeriksa keadaan kesihatan mental masing-masing bagi mencegah daripada Emotional Numbness berlaku.

Di sini kami kongsikan antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan bagi masalah mati rasa. Antaranya:

  • Hilang minat terhadap sesuatu yang anda gemari.
  • Merasakan diri keseorangan.
  • Lebih suka menyendiri daripada bersosial dengan orang lain.
  • Rasa diri terasing dengan kenalan rapat.
  • Tidak mempunyai semangat atau harapan untuk meneruskan hidup.
  • Susah berasa positif.
Sumber: Pexels

Namun kebiasaannya, orang yang mengalami Emotional Numbness tidak akan menyedari keadaan itu dengan sendirinya, namun mula mengetahui kerana ditegur kenalan terdekat.


Cara Atasi Masalah Emotional Numbness

Kepada mereka yang sedang bergelut dengan masalah tersebut, usah risau kerana Emotional Numbness boleh dirawat. Walau bagaimanapun, langkah awal bagi mencegah perkara itu daripada berterusan adalah individu terlibat harus mengakui dirinya mempunyai masalah berkenaan.

Berikut adalah antara langkah mengatasi Emotional Numbness:

#1. Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT)

Terapi tingkah kognitif dapat membantu pesakit memahami dan meluahkan emosi dengan baik. Terapi CBT juga membantu anda untuk mengenal pasti punca sebenar yang mengacau jiwa serta kesihatan mental.

Sumber: Pexels
#2. Dapatkan Sokongan Dari Kenalan Terdekat

Seseorang yang berasa susah untuk meluahkan perasaan juga dinasihatkan untuk mendapatkan sokongan emosi dari kenalan rapat dan orang di sekeliling anda.

Kehadiran rakan dan keluarga boleh membantu anda menyalurkan emosi selain berasa tidak asing.

Sumber: Pexels
#3. Amalkan Teknik Grounding

Grounding adalah teknik untuk menyalurkan emosi negatif dengan bergantung kepada lima deria. Langkah-langkahnya adalah:

  • Lihat lima objek di sekeliling anda contohnya tingkap, batu, lantai, pintu dan siling.
  • Sentuh empat perkara di sekeliling anda misalnya pen, kertas, jari dan pakaian.
  • Dengarkan tiga bunyi di sekeliling seperti titisan hujan, deringan telefon dan penghawa dingin.
  • Sedut dua jenis bau berdekatan sebagai contoh kopi dan losyen.
  • Cuba satu jenis makanan berdekatan anda seperti snek atau susu kegemaran.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Dedah 7 Tanda Seseorang Hidap Anxiety Tanpa Sedar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Macam Mana Nak Tahu Mental Sudah Penat

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Kesihatan Mental Adalah Isu Masyarakat Urban?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd