Now Reading
Selalu Rasa ‘Moody’? Ini 6 Tanda Hormon Anda Bermasalah

Selalu Rasa ‘Moody’? Ini 6 Tanda Hormon Anda Bermasalah

Jelas Dr. Raihana, gangguan hormon yang dialami boleh menjadi punca kitaran haid dan tempoh ovulasi para wanita terjejas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan, sebagai seorang manusia yang normal pasti ada masa anda berasa gembira dan ada juga waktu dimana seseorang itu berasa sedih.

Seperti kebiasaannya, segelintir daripada mereka yang sedang sedih tidak akan melakukan sebarang pencegahan dan akan membiarkan perasaan itu berlalu pergi begitu sahaja.

Namun begitu, jangan pula anda normalisasikan perkara tersebut kerana ia melibatkan aspek penjagaan kesihatan.


Pakar Ini Perjelas 6 Tanda Hormon Anda Bermasalah

Baru-baru ini, seorang pakar kesihatan menerusi akaun TikTok miliknya (dr.raihana.ismail) telah memperjelaskan tanda-tanda seseorang itu sedang mengalami masalah hormon. Take note semua!

Antaranya:

#1. Sukar Untuk Tidur

Buat anda yang sering mengalami masalah untuk mendapatkan tidur yang cukup, ini berkemungkinan disebabkan faktor hormon yang tidak stabil. Dalam kes sedemikian, anda perlu mengambil nutrien magnesium yang boleh membantu mengurangkan stres dan memberi ketenangan kepada jiwa.

Jelasnya, magnesium boleh didapati dalam buah avokado. Bagi memastikan pengambilan avokado itu berkesan, anda haruslah makan buah tersebut sebanyak sebiji ketika tiga jam sebelum tidur.

Sumber: Pexels
#2. Tiada Tenaga

Selain itu, mempunyai kurang tenaga bagi melakukan sesuatu kerja juga merupakan tanda kepada hormon yang bermasalah. Ini menandakan bahawa otak mengandungi kurang oksigen yang menyebabkan anda akan mengalami anemia.

Anemia ialah satu keadaan di mana anda tidak mendapat paras hemoglobin yang mencukupi. Antara cara bagi mengatasi masalah tersebut adalah mengambil pemakanan yang mengandungi zat besi tinggi seperti buah delima.

Sumber: Pexels
#3. Cepat Berasa Letih

Sekiranya anda mendapati badan cepat berasa letih dan penat, ia menandakan anda kurang kandungan Zink. Cepat berasa letih itu semestinya akan mengganggu anda melakukan rutin harian seperti biasa.

Oleh disebabkan itu, anda disarankan untuk makan buah mangga atau kekacang seperti badam serta pistachio.

Namun begitu, anda harus mengelakkan pengambilan kacang tanah kerana ia mempunyai aflatoksin yang berisiko menyebabkan usus mengalami keradangan dan jerawat pada bahagian muka.

Sumber: Pexels
#4. Rasa Penat Sejurus Bangun Daripada Tidur

Walaupun ramai di antara kita yang tidur bagi mendapatkan rehat mencukupi, namun ada juga kes di mana sesetengah individu masih berasa kepenatan sejurus selepas bangun.

Itu bermaksud mereka tidak mempunyai kandungan potasium yang cukup untuk tubuh badan.

Antara tips dikongsi oleh doktor itu adalah untuk memasak dengan cara yang betul. Jelasnya, anda perlu meletakkan garam ke dalam masakan panas semasa di pengakhiran proses memasak. Tindakan ini amat penting bagi memastikan keseimbangan sodium dan potasium.

Selain itu, anda juga boleh minum air kelapa.

Sumber: Unsplash/Pexels
#5. Pening Kepala

Walaupun masalah pening kepala sering dilalui oleh semua orang, namun jangan lupa anda mengabaikannya. Kata doktor itu, pening kepala terjadi apabila anda kekurangan sodium.

Oleh disebabkan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak meletakkan penambah perasa (MSG) secara berlebihan ke dalam masakan.

Malah adalah lebih baik untuk mengelak daripada menggunakan sebarang perencah agar kandungan sodium yang diambil seimbang.

Buat mereka yang tertanya-tanya tentang makanan jenis apakah yang anda boleh cuba untuk meningkatkan sodium dalam darah, jawapannya ialah timun.

Sumber: Pexels/Unsplash
#6. Berasa Sedih

‘Mood swing’ amatlah sinonim dalam golongan masyarakat pada ketika ini. Kalau anda nak tahu, mereka yang sering berasa sedih dan murung adalah disebabkan Vitamin D tidak mencukupi.

Bagi mengatasi masalah itu, anda boleh pergi ke luar rumah dan berjemur bawah cahaya matahari. Vitamin D yang diperoleh daripada cahaya matahari itu kemudian akan diserap ke dalam kulit badan.

Untuk info, Vitamin D berfungsi untuk meningkatkan metabolisma badan, menjaga tiroid dan menstabilkan hormon. Jadi buat mereka yang sering moody tu, jangan lupa cuba tips ini.

Sumber: Pexels/Unsplash

Doktor ini turut mengingatkan orang ramai khususnya para wanita untuk ambil cakna tentang petanda yang ditunjukkan oleh badan kerana ia boleh menjadi punca mereka mempunyai masalah kitaran haid dan sukar berovulasi.

Begitu juga dengan kaum Adam di mana tanda awal hormon bermasalah yang diabaikan akan menyebabkan metabolisma badan rendah dan proses menyingkiran toksin dalam badan menjadi sukar.

Baca Artikel Berkaitan: Tips Untuk ‘Hack’ Hormon Gembira Dalam Tubuh Badan Anda. Jom Try!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 4 Punca Hormon Wanita Terganggu & Period Selalu Tak Menentu

Baca Artikel Berkaitan: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd