Now Reading
Tips Untuk ‘Hack’ Hormon Gembira Dalam Tubuh Badan Anda. Jom Try!

Tips Untuk ‘Hack’ Hormon Gembira Dalam Tubuh Badan Anda. Jom Try!

Antara hormon yang memberikan rasa gembira dalam tubuh badan manusia adalah dopamin, serotonin, oksitoksin dan juga endorfin.

Tips Untuk 'Hack' Hormon Gembira Dalam Minda Anda. Jom Try! (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dalam kehidupan ini, ada banyak perkara yang berlaku termasuklah yang memberikan impak negatif serta positif kepada diri kita.

Boleh jadi seseorang itu sudah lama tidak berasa gembira kerana terlalu tertekan dengan masalah dari segi keluarga, kewangan, beban kerja dan sebagainya.

Setiap manusia berhak untuk berasa gembira.

Mungkin ada yang terfiikir, kena beli kereta atau barangan mahal dulu, baru kita dapat mencapai rasa gembira.

Sebenarnya, nak menggembirakan diri sendiri itu tidak memerlukan ‘effort’ yang besar pun. Benda kecil pun sudah cukup memadai untuk mengaktifkan hormon gembira dalam tubuh badan.


Jenis Hormon Gembira Yang Terkandung Dalam Tubuh Badan Manusia

Manusia dicipta dengan pelbagai jenis hormon dan salah satunya adalah hormon yang membuatkan tubuh kita berasa gembira selepas melakukan beberapa perkara.

Antara hormon yang boleh memberikan rasa gembira dalam tubuh badan manusia adalah:

  • Hormon Dopamin
    • Hormon dan neurotransmitter ini adalah bahan yan paling penting di dalam sistem otak kerana ia dikaitkan dengan perasan baik yang menyenangkan.
    • Mereka yang berasa kurang motivasi dan tidak bersemangat berkemungkinan mengalami kekurangan hormon dopamin dalam badan.
  • Hormon Serotonin
    • Hormon ini berfungsi untuk mengawal emosi yang mampu memperbaiki kualiti tidur, mengurangkan rasa ketakutan (anxiety) dan juga meningkatkan rasa gembira dalam diri.
    • Masalah kemurungan yang dialami oleh seseorang boleh disebabkan oleh kekurangan hormon serotonin.
  • Hormon Oksitoksin
    • Hormon ini dikaitkan dengan perasaan cinta, kasih sayang dan emosi yang baik sesama manusia atau haiwan yang disayangi. Oksitoksin ini membuatkan seseorang berasa ‘connected’ dengan individu lain dan menjalin ikatan.
    • Individu yang sedang bercinta dan juga ibu hamil mempunyai hormon oksitoksin yang banyak dalam tubuh mereka.
  • Hormon Endorfin
    • Bertindak sebagai ‘pain killer’, hormon endorfin merupakan hormon yang mempunyai kesan paling kuat terhadap tubuh badan.
    • Ini kerana hormon ini mampu untuk menyembuhkan sebarang emosi negatif yang terperangkap dalam tubuh manusia.

Cara-cara Untuk ‘Boost’ Hormon Gembira Dalam Badan Manusia

Setiap hormon gembira dalam tubuh badan manusia boleh diaktifkan dengan cara yang berbeza mengikut kesesuaian. Antaranya:

1. Cara Untuk Mengaktifkan Hormon Gembira: Hormon Dopamin

  • Mendengar lagu kegemaran
  • Makan makanan manis
  • Mendapatkan tidur yang mencukupi
  • Menyiapkan tugasan yang diberikan

2. Cara Untuk Mengaktifkan Hormon Gembira: Hormon Endorfin

  • Melakukan aktiviti senaman
  • Menghidupkan diffuser bersama bau ‘essential oil’ kegemaran anda
  • Memakan dark chocolate
  • Menonton siri komedi

3. Cara Untuk Mengaktifkan Hormon Gembira: Hormon Oksitoksin

  • Membela haiwan kegemaran di rumah
  • Memeluk seseorang
  • Menyediakan hidangan untuk individu tersayang
  • Memegang tangan seseorang

4. Cara Untuk Mengaktifkan Hormon Gembira: Hormon Serotonin

  • Keluar berjalan kaki untuk mengambil udara segar
  • Bermeditasi
  • Melakukan aktiviti kardio
  • Mendapatkan cahaya matahari di luar rumah

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menaikkan lagi perasaan gembira dalam diri. Kalau bukan kita yang menggembirakan diri kita, siapa lagi kan?

BACA JUGA: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental

BACA JUGA: ‘The Lepak Game’ & 4 Lagi Kad Permainan Versi Malaysia Yang Sesuai Main Waktu Santai

BACA JUGA: Netizen Mula Kongsi Tips Untuk Pastikan ‘Mental Health’ Kekal Stabil

BACA JUGA: Terapis Kongsi Cara Untuk Dapatkan Rawatan Kesihatan Mental Dengan 5 Langkah Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd