Now Reading
‘The Lepak Game’ & 4 Lagi Kad Permainan Versi Malaysia Yang Sesuai Main Waktu Santai

‘The Lepak Game’ & 4 Lagi Kad Permainan Versi Malaysia Yang Sesuai Main Waktu Santai

Siapa kalah main kad permainan lokal ini maksudnya dia kurang jiwa Malaysia ke? Kena cuba main baru tahu!

permainan kad lokal versi kehidupan rakyat Malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Siapa waktu kecil dulu dia suka main kad? Ada banyak jugalah jenis kad permainan yang popular seperti Happy Family, Snap, dan UNO. Kalau main dengan rakan atau ahli keluarga, berjam-jam juga.

Mereka yang lahir pada tahun 90-an mesti teringat nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu bermain kad berkenaan. Seronok ya!

Kemodenan zaman sekarang ini bukan sahaja boleh dilihat dari segi teknologi, malah permainan kad pun dah semakin kreatif. Mana tidaknya, sudah ada versi kehidupan rakyat Malaysia ya. Macam best!

Nak tahu nama permainan kad tersebut? Jom baca perkongsian kami di bawah.

1. The Malaysian Dream

Permainan kad The Malaysian Dream yang dikeluarkan oleh MGAG membolehkan anda bermain pelbagai jenis karakter tipikal rakyat Malaysia seperti berikut:

  • Makcik Bawang
  • Menteri
  • Raja Bomoh
  • Atlet Kebangsaan
  • Raver
  • Ejen MLM

Tengok jenis watak yang dipegang pun cukup menarik. Untuk menang dalam permainan ini, anda perlu menggunakan beberapa kad aksi dan duit yang diberikan bagi mencapai setiap impian karakter masing-masing.

Sebagai contoh bagi watak Makcik Bawang, mereka perlu memenuhi impian untuk memiliki anak bekerja sebagai doktor serta majlis perkahwinan anak yang mewah.

Seronok juga ni kalau nak ajak mak main sekali.

2. Drama Pukul 7

Kalau buka siaran TV3 pukul 7, confirm ada drama Melayu popular yang ramai mak-mak akan tengok seperti 7 Hari Mencintaiku yang dilakonkan oleh Siti Saleha dan Syukri Yahaya.

Siapa sangka ada juga kad yang diinspirasikan daripada drama-drama pukul tujuh ini yang dinamakan sebagai Drama Pukul 7 dihasilkan oleh Haireey Hashnan dan Zamri Mustapha.

Dalam permainan ini, anda boleh pilih nak personaliti sebagai hero atau heroin. Siap ada kad plot twist mak tak berkenan ya. Aduh, kelakar betul!

Bukan itu sahaja, ada juga item tipikal dalam drama seperti rumah banglo besar dan minyak dagu.

Dah boleh berlatih jadi pengarah filem kalau main kad ini setiap hari.

3. Battle of Bomoh

Kad permainan yang dikeluarkan oleh ML Studios ini bertemakan cerita-cerita mistik yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia seperti hantu Volkswagen di Lebuhraya Karak, penanggal, pocong dan sebagainya.

Ada macam-macam kad aksi juga terdapat dalam permainan ini seperti diserbu lembaga hitam gara-gara tak bayar cukai pulut. Lain macam.

Dalam permainan ini, setiap pemain bergelar bomoh dan siapa yang dapat habiskan kad mereka dahulu dikira sebagai pemenang.

4. Nak Makan Apa?

Soalan yang paling susah dalam dunia jatuh kepada ‘nak makan apa?’ dan ‘nak makan di mana?’.

Tak kiralah muda atau tua, soalan ini sampai bila bila-bila agak sukar untuk dijawab. Bukan tak ada tempat makan yang best, cuma kadang kala kita tak tahu nak pilih yang mana satu.

Soalan tipikal ini sekarang sudah jadi salah satu permainan kad yang dinamakan ‘Nak Makan Apa?‘. Kreatif betul!

Sumber: Reddit

Ada macam-macam makanan dalam permainan ini seperti sate, nasi dagang, tomyam seafood, nasi daging utara dan sebagainya. Dari kenyang pun boleh lapar balik kalau main kad ini.

Setiap pemain akan memegang karakter yang mempunyai seleranya tersendiri dan mereka yang berjaya memesan makanan mengikut kehendak watak masing-masing akan memenangi permainan ini.

5. The Lepak Game

Rakyat Malaysia dan budaya lepak memang tak dapat dipisahkan. Kalau tak pernah lepak di kedai mamak sambil minum teh o ais dan tengok bola sepak, tak cukup Malaysia lagi tu.

Budaya melepak ini sudah menjadi kebiasaan sehingga wujudnya kad dikenali sebagai ‘The Lepak Game‘ yang dikeluarkan oleh Rojak Culture.

Sesetengah perkataan dalam kad permainan ini tiada dalam Kamus Dewan Bahasa tetapi boleh difahami oleh rakyat Malaysia. Contohnya seperti muka seposen, potong stim, gostan, cincai dan banyak lagi.

Sumber: Adrian Hoe

Dalam setiap pusingan permainan ini, seorang pemain akan dipilih sebagai juri dan satu kad situasi akan diberikan.

Selepas itu, pemain lain perlu memberi jawapan yang paling ‘kena’ dengan jiwa juri untuk memenangi pusingan tersebut. Siapa yang paling banyak memiliki kad situasi, dialah pemenangnya.


Kalau bosan, bolehlah ajak kawan-kawan atau ahli keluarga main pelbagai jenis kad ini pada waktu santai. Confirm terlupa terus telefon di tepi waktu bermain.

Permainan kad yang moden dan kreatif ini juga sesuai dimain oleh pelbagai peringkat umur. Nak ajak mak ayah main sekali pun boleh sangat.

BACA JUGA: The Real Squid Games Are Also In Our Malaysian Childhood Games


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd