Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Panduan Sebelum Mendaki Gunung Kinabalu

Lelaki Ini Kongsi Panduan Sebelum Mendaki Gunung Kinabalu

Kata lelaki itu, dia bersama rakannya perlu mendaftarkan diri dahulu di Kinabalu Park bagi mendapatkan kad ID serta mendengar taklimat daripada pihak pengurusan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Borneo dan Malaysia.

Gunung itu bukan sahaja menjadi lokasi tumpuan pelancong asing, malah warga tempatan juga teruja untuk menawan gunung setinggi 4,095 meter.

Namun begitu, mendaki gunung tersebut bukanlah sesuatu perkara mudah dan agak mencabar buat mereka yang tidak ‘fit’.


Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Daki Gunung Kinabalu

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Sarawak menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@dbstory_oe), telah berkongsi pengalamannya mendaki Gunung Kinabalu, Sabah bersama rakan-rakan.

Khas buat anda yang berhasrat untuk mendaki gunung tersebut, lelaki itu telah berkongsi beberapa petua dan perkara yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan ekspedisi.

#1. Daftarkan Diri Kaunter Kinabalu Park

Pertama sekali, anda perlu menuju ke kaunter pendaftaran setibanya di Kinabalu Park untuk mendaftarkan diri serta berjumpa dengan ‘guide’.

Di sana, pihak mereka juga ada menyediakan servis porter iaitu individu yang ditugaskan untuk bantu mengangkat barang-barangan dibawa oleh para hikers.

Caj yang bakal dikenakan untuk mengangkat barangan itu adalah sebanyak RM14 untuk satu kilogram. Lelaki itu sangat menggalakkan pendaki untuk mengambil servis tersebut sekiranya mampu kerana ia dapat menjimatkan tenaga.

Mesti anda fikir boleh angkat barang sahaja kan? Kalau anda nak tahu porter tersebut turut menawarkan servis mengangkat pendaki. Kebiasaaanya servis itu akan digunakan buat mereka yang mengalami kecederaan sepanjang expedisi mendaki.

Untuk harga pula, bayaran dikenakan adalah sebanyak RM500/km untuk setiap individu yang mempunyai berat sekitar 40 ke 50kg.

Sumber: TikTok (@dbstory_oe)
#2. Ambil Kad ID Di Kaunter Pendaftaran

Selepas sahaja selesai urusan pendaftaran, anda akan diberikan satu kad ID yang perlu dipakai sepanjang perjalanan hinggalah tamat pendakian.

Kad ID itu juga digunakan untuk ‘check-in’ di setiap check point tersedia sepanjang ekspedisi itu.

Sebelum memulakan perjalanan, anda akan mendengar taklimat daripada pihak pengurusan di sana tentang syarat dan pantang larang ketika mendaki.

Sumber: TikTok (@dbstory_oe)
#3. Daki Sepanjang 6KM Ke Rumah Tetamu

Untuk hari pertama, lelaki tersebut bersama rakannya perlu mendaki sepanjang 6km ke rumah tetamu. Dalam perjalanan ke sana, anda akan terserempak dengan tujuh pondok berserta tandas yang boleh digunakan oleh para pengunjung.

Pada hari yang sama juga, anda akan terserempak dengan satu satu sahaja anak tangga yang menuju ke bawah manakala tangga-tangga seterusnya adalah menghala ke atas.

Jalan pendakian akan dipenuhi anak tangga ke atas sehinggalah tiba ke lokasi untuk makan tengahari yang dipanggil sebagai Layang-layang Shelter.

Selepas selesai sahaja makan di sana, laluan pendakian pun berubah kepada yang lebih mencabar berbanding tangga iaitu anda perlu mendaki melalui batu-batu dan kawasan curam.

Beberapa jam kemudian, akhirnya lelaki itu tiba di rumah tetamu dikenali sebagai Panalaban.

Sumber: TikTok (@dbstory_oe)
#4. Sambung Pendakian Pada Jam 1 Pagi

Bagi meneruskan ekspedisi untuk melihat pemandangan indah di puncak, sekumpulan rakan itu memulakan semula perjalanan pada jam 1 pagi.

Untuk 6 ke 7km yang pertama, anda akan mendaki menggunakan tangga cerun yang disediakan. Manakala pada kilometer terakhir, anda akan mendaki di kawasan yang kurang curam. Namun begitu perjalanan tersebut juga agak mencabar kerana angin yang sangat kuat sepanjang 7 ke 8.5km ke puncak.

Selesai sahaja menempuh semua rintangan, lelaki itu akhirnya tiba ke puncak Gunung Kinabalu dengan pemandangan langit dan gunung yang mempesonakan.

Di akhir perkongsian, lelaki berkenaan ada menjelaskan bahawa dia bersama kumpulannya tidak melakukan sebarang latihan pendakian sebelum ekpedisi namun masih berjaya menamatkan perjalanan itu.

Sumber: TikTok (@dbstory_oe)

Jika dilihat daripada pengalaman lelaki berkenaan, memang ekspedisi tersebut kelihatan syok dan menarik. Dapat pula menikmati pemandangan alam semula jadi di puncak.

Buat mereka yang merancang untuk mendaki gunung itu, anda perlu ‘take note’ bahawa pendakian itu akan mengambil masa selama dua hari. Good luck hikers!

https://www.tiktok.com/@dbstory_oe/video/7324634556273790215?_r=1&_t=8j5opxp07YQ

Baca Artikel Berkaitan: Hiking Sambil Healing Di KL East Park, Boleh Nampak Pemandangan KL! [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Hobi Baru? Wanita Ini Kongsi Pengalaman ‘Trekking’ Dalam Hutan Simpan

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Kalau Anda Sesat Dalam Hutan Seorang Diri?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd