Now Reading
Nak Cuba Hobi Baru? Wanita Ini Kongsi Pengalaman ‘Trekking’ Dalam Hutan Simpan

Nak Cuba Hobi Baru? Wanita Ini Kongsi Pengalaman ‘Trekking’ Dalam Hutan Simpan

Menurut wanita tersebut, ekpedisi hutan simpan dikenali sebagai Hutan Lipur Bukit Pelindung & Teluk Chempedak itu adalah sepanjang 3 kilometer.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sekiranya mempunyai waktu lapang, pasti anda ingin meluangkan masa bersama ahli keluarga atau kenalan terdekat. Ramai di kalangan masyarakat akan singgah ke pusat beli-belah atau kafe ‘hunting’.

Namun jika aktiviti itu dilakukan secara kerap, anda akan mula berasa bosan dan muak untuk pergi ke tempat yang sama.

Menjelang tahun baru ini, tidak salah untuk anda menukar hobi dan menerokai sesuatu yang baru. Sebagai contoh anda boleh sertai ekpedisi trekking atau hiking di dalam hutan atau kawasan berbukit.


Wanita Ini Kongsi Pengalaman Trekking Dalam Hutan Simpan

Baru-baru ini, seorang wanita menerusi bebenang di laman X (Twitter @KlutzyKucing) telah berkongsi pengalaman menyertai aktiviti ‘trekking’ di sebuah hutan simpan iaitu Hutan Lipur Bukit Pelindung & Teluk Chempedak, Kuantan.

Wanita ini difahamkan telah melalui laluan Denai Hutan Persisiran Pantai Berserah dan memasuki jalan masuk di belakang Hotel Hyatt.

Wanita itu berkata, kawasan itu tersedia dengan pelbagai info tentang hal-hal berkaitan hutan. Sambil-sambil berjalan, boleh juga tambahkan ilmu!

Antara maklumat yang dipaparkan sepanjang perjalanan adalah info tentang hidupan di hutan, kebaikan tumbuhan dan faedah seseorang menerokai hutan.

Laluan tersebut juga mesra pengguna termasuk golongan hiker baru kerana mempunyai penanda jejak langkah bagi memudahkan pengunjung mengetahui hala tuju mereka dan mengelakkan diri daripada tersesat.

Sumber: X (@KlutzyKucing)

Trek Semakin Susah Apabila Melepasi 22 Papan Tanda ‘Knowledge’

Selepas selesai sahaja melepasi 22 papan tanda info yang dinyatakan sebelum ini, wanita itu berkata bahawa kawasan trek semakin mencabar dan sesuai buat mereka yang mempunyai pengalaman.

Difahamkan, dia bersama rakannya Fidah telah beberapa kali tergelincir semasa menuruni bukit. Namun situasi tersebut dipercayai berlaku kerana mereka melakukan aktiviti berkenaan ketika cuaca hujan.

Jelasnya, jalan itu juga terlindung dengan banyak pokok-pokok yang sudah tumbang sehingga menyebabkan anda akan berhadapan dengan pelbagai rintangan semasa trekking.

“Ada (pokok) yang melintang atas trek. We either climb over fallen trees, walk around atau walk parallel to the track sampai jumpa balik penanda,” jelasnya.

Sumber: X (@KlutzyKucing)

Ekpedisi Berakhir Apabila Tiba Di Rumah Api

Rintangan dan cabaran yang dihadapi tidak mematahkan semangat dua orang sahabat ini untuk meneruskan perjalanan hingga ke penghujung destinasi.

Kata wanita itu, mereka telah berjalan sehingga menjumpai papan tanda Tandarah Suar Tanjung Tembeling, Jabatan Laut Malaysia di bahagian kiri dan Resort Tembeling di sisi kanan.

Antara penanda lain adalah anda juga akan melihat pemandangan laut biru indah di depan mata.

Untuk keluar daripada kawasan itu, anda perlu turun di tangga disediakan di belakang ‘light house’ berkenaan yang akan berakhir di pantai. Kalau nak tahu, perjalanan trekking dalam hutan simpan itu adalah sejauh 3 kilometer.

Sumber: X (@KlutzyKucing)

Tips Jika Sesat Dalam Hutan Seorang Diri

Apabila berada di dalam hutan, memang kita tidak dapat nak menjangka apa perkara yang akan terjadi. Kadangkala, banyak juga kes sesat dalam hutan yang berlaku dalam kalangan pengunjung yang hiking atau trekking.

Oleh disebabkan itu, di sini kami kongsikan beberapa tips disarankan oleh seorang lelaki menerusi hantaran di TikTok (@tuan_hutan) tentang perkara yang boleh dilakukan sekiranya sesat seorang diri dalam hutan. Antaranya:

  • Kekal tenang dan jangan panik.
  • Buat tanda di kawasan persekitaran sebagai petunjuk bahawa anda sudah sesat.
  • Kira setiap 100 langkah dari tempat anda sesat dan petik sehelai daun sebagai ‘reference’ berapa langkah yang sudah ditempuhi.
  • Cari trek yang digunakan oleh individu lain.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Kalau Anda Sesat Dalam Hutan Seorang Diri?

Baca Artikel Berkaitan: Hiking Sambil Healing Di KL East Park, Boleh Nampak Pemandangan KL! [Review]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dedah Kenapa Tak Boleh Pakai Minyak Wangi Ketika ‘Hiking’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd