Now Reading
The Acre by Farm Fresh Jadi Lokasi Tarikan Terbaharu Di Lembah Klang

The Acre by Farm Fresh Jadi Lokasi Tarikan Terbaharu Di Lembah Klang

Ada macam-macam di The Acre by Farm Fresh seperti ladang, restoran, mini zoo dan taman bunga.

The Acre by Farm Fresh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau anda berada di sekitar Lembah Klang, memang banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi selain ke pusat membeli-belah.

Kepada anda yang suka buat aktiviti indoor, ada beberapa lokasi yang sesuai untuk anda pergi seperti District 21 di IOI City Mall, Putrajaya dan juga SuperPark Malaysia di Avenue K.

BACA JUGA: 5 Tempat Menarik Untuk Anda Lakukan Aktiviti ‘Indoor’ Sekitar Lembah Klang

Untuk mereka yang suka cafe hunting pula, ada macam-macam kafe yang instagramable di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk ber-OOTD.

BACA JUGA: 5 Kafe ‘Instagramable’ Yang Anda Patut Cuba Di Sekitar KL & Selangor

The Acre by Farm Fresh

Terdapat satu lagi lokasi menarik yang baru sahaja dibuka di Seri Kembangan, Selangor iaitu The Acre by Farm Fresh. Untuk pengetahuan anda, tempat ini terletak di dalam kampus Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ada apa di The Acre by Farm Fresh? Di sini, anda boleh meluangkan masa di ladang ataupun kafe dengan pemandangan rumput hijau yang menenangkan. Best juga kalau datang sini sebab katanya ada juga taman bunga yang cantik, tasik, mini zoo dan tempat makan.

Sumber: Facebook Negeri Sembilan kini

Kalau anda bercadang nak datang ke sini, berikut adalah maklumat tentang The Acre by Farm Fresh:

Harga tiket masuk ke ladang:

  • Dewasa – RM25
  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas – RM20
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun – RM15
  • Kanak-kanak bawah enam tahun – Percuma
Sumber: Facebook Negeri Sembilan kini

Berdasarkan maklumat terkini yang dimuat naik oleh pihak mereka di laman Facebook rasmi (The Acre by Farm Fresh), kini mereka sedang menawarkan harga promosi bersempena dengan pra-pembukaan.

  • Dewasa berumur 13 tahun ke atas – RM10
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun – RM5
  • Kanak-kanak bawah enam tahun – Percuma

Namun kepada anda yang berhasrat untuk melihat lembu, aktiviti itu tidak dibenarkan buat masa ini. Tetapi haiwan tersebut akan dilepaskan setiap jam 5PM hingga 9PM bergantung kepada cuaca untuk memberi mereka makan.

Sumber: Facebook Negeri Sembilan kini

Jangan risau, ada banyak lagi haiwan lain yang anda boleh lihat seperti ikan, rusa dan arnab.

Waktu operasi untuk lawatan ke ladang Farm Fresh: 10AM – 7PM

Sumber: Facebook Negeri Sembilan kini

Restoran makan

Di sini juga, pengunjung boleh menjamu selera di restoran mereka dengan membuat tempahan awal secara atas talian di laman web mereka [KLIK DI SINI].

Kepada anda yang hanya ingin berkunjung ke restoran mereka tanpa melawati ladang, pembayaran tiket masuk tidak akan dikenakan.

Sumber: Facebook Negeri Sembilan kini

Boleh ke kalau nak walk-in je? Sebenarnya peluang anda untuk menjamu selera di restoran ini masih ada tetapi perlu bertanya kepada kakitangan yang bertugas untuk menyemak sama ada masih terdapat meja kosong atau tidak.

Waktu operasi: 10AM – 10PM (Waktu terakhir menerima pelanggan adalah pada jam 8.30PM).

Sumber: Facebook Negeri Sembilan kini
Sumber: Facebook Negeri Sembilan kini

Kepada anda yang tak tahu nak bawa anak-anak berjalan ke mana sekitar Lembah Klang, bolehlah berkunjung ke The Acre by Farm Fresh untuk menikmati pemandangan rumaput hijau di ladang sambil menjamu selera di restoran mereka.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd