Now Reading
5 Kafe ‘Instagramable’ Yang Anda Patut Cuba Di Sekitar KL & Selangor

5 Kafe ‘Instagramable’ Yang Anda Patut Cuba Di Sekitar KL & Selangor

Antara kafe yang menarik di sekitar KL dan Selangor adalah seperti Mary Jane, If Only dan Foliage Coffee.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila hujung minggu je, mesti ramai yang dah rancang nak keluar beraktiviti.

Takkan la nak pergi mall tiap-tiap minggu kan? Bosan juga.

Kalau anda suka buat aktiviti outdoor, mungkin boleh pergi ke taman tema air untuk bermandi-manda, berkayak, berkhemah dan sebagainya.

BACA JUGA: 4 Taman Tema Air Di Selangor Ini Memang Lejen. Jom Bawa Keluarga!

Untuk mereka yang suka cafe hunting, apa kata anda cuba beberapa kafe menarik di sekitar Lembah Klang.

Banyak tau kafe yang instagramable di Kuala Lumpur dan Selangor. Jom tengok senarai yang kami sediakan di bawah:

1. Vernakular Store, Bangsar

Kredit: Eat Drink KL

Kafe yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar ini mempunyai ciri eksklusif dan minimalis apabila digabung dengan warna putih dan krim.

Vernakular Store menyediakan pelbagai jenis hidangan pastri, kek dan kopi.

Untuk pengetahuan anda, premis ini bukan macam kedai biasa kerana mereka menggabungkan kafe dan juga ruang perpustakaan jam di mana pengunjung boleh melihat pelbagai jenis jam tangan dari seluruh dunia.

Ruang perpustakaan jam itu digelar The Watch Library.

Kredit: Eat Drink KL

Vernakular Store adalah satu-satunya premis yang menawarkan perkhidmatan dua dalam satu. Unik kan?

  • Alamat: Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Isnin – Ahad (7.30AM -8.00PM)

2. If Only, Jalan U-Thant

Kredit: Eat Drink KL

Kalau anda suka bergambar, kafe ini memang tempat sesuai kerana mempunyai dekorasi yang sangat cantik.

Kredit: Eat Drink KL

Bukan itu sahaja, terdapat variasi makanan termasuklah pillihan untuk individu ‘vegetarian’.

Kredit; The Yum List

Salah satu menu yang popular di kafe ini adalah Kaya Balls yang berharga RM15.

Kredit: The Yum List

Menu ini digemari ramai disebabkan resepi yang agak unik iaitu campuran jus pandan, telur itik, santan dan gula melaka.

Siapa yang terliur tu baik pergi cuba cepat.

  • Alamat: Ground Floor Regal House, 1 Jalan U-Thant, Taman U-Thant, 55000 Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.30AM – 5.00PM)

3. White Sand Cafe, Empire Damansara

Kredit: Eat Drink KL

Kafe ini juga mempunyai dua jenis ruang dengan hiasan yang berbeza. Anda boleh memilih untuk makan di meja luar sambil menghirup udara segar atau menikmati hidangan di ruang berhawa dingin.

Kredit: Eatigo
Kredit: EmoBananaBoy

Hiasan dinding berbatu-bata membuatkan kafe ini kelihatan elegan dengan cara tersendiri.

Memang cantik sangat kalau nak bergambar di sini.

  • Alamat: Heritage Lane, Ground Floor, Empire Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Isnin – Ahad ( 9AM – 9 PM)

4. Mary Jane, Petaling Street

Kredit: The Food Bunny

Sekali tengok memang terpukau mata. Mana tidaknya, dinding kafe ini dihiasi dengan bunga-bunga yang sangat cantik.

Boleh dikatakan hampir kesemua dekorasi di dalam kafe ini berwarna merah jambu.

Untuk anda yang suka bergambar, tempat ini memang sesuai untuk anda kerana dekorasi dalaman yang sangat indah. Rasa macam dekat taman bunga pun ada.

  • Alamat: 106, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Jumaat – Ahad (12PM – 10 PM)

5. Foliage Coffee, Taman Desa KL

Kredit: Qanvast

Kalau anda sudah bosan dengan suasana di bandar, apa kata anda cuba pergi ke kafe ini yang dipenuhi banyak pohon hijau seakan-akan di taman.

Memang sejuk mata memandang.

Kredit: Qanvast
Kredit: Qanvast
  • Alamat: 9-11, Jalan Desa Utama, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Isnin – Ahad (9AM – 6PM)

Banyak kafe yang best di sekitar Lembah Klang ini kan?

Jomlah hujung minggu ni kita cafe hunting pula. Jangan lupa pakai cantik-cantik untuk bergambar nanti ya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd