Now Reading
Jepun Bakal Buka Sempadan Buat Para Pelancong Pada Jun Ini

Jepun Bakal Buka Sempadan Buat Para Pelancong Pada Jun Ini

Kishida menambah bahawa Jepun akan mengkaji semula protokol Covid-19 secara ‘berperingkat’, dengan nasihat daripada pakar kesihatan awam sebelum sempadan dibuka sepenuhnya buat para pelancong.

jepun buka sempadan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jepun merupakan negara yang sering berada di carta teratas sebagai pilihan lokasi pelancongan.

Negara Jepun adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian hujung timur benua Asia. Dikelilingi oleh laut dan bentuk muka buminya adalah memanjang dari Utara ke Selatan.

Jepun terletak di bahagian hujung timur tanah besar Eurasia, dan dipisahkan oleh Laut Jepun. Negara Jepun terdiri daripada gugusan kepulauan Jepun (Hokkaido, Honshu, Shikoku, Kyushu) dan gugusan pulau Izu, Ogasawara dan Nansei yang bersambung dengan jarak sekitar 3300km dari Utara ke Selatan.

Kalau nak dikupaskan tentang sejarah negara ini, memang menarik sebenarnya.

jepun buka sempadan
Sumber: Azamara Cruises

Siapa yang pernah menjejakkan kaki ke Jepun, pasti mengerti lebih mendalam tentang budaya penduduk di sana. Paling sistematik, teratur, sopan dan yang paling penting; bersih.

Antara lokasi yang sering menjadi tarikan di sana adalah:

  • Tokyo Bay.
  • Odaiba’s Ferris Wheel.
  • Tokyo Skytree.
  • Akihabara.
  • Takeshita Street dan banyak lagi.

Jepun bakal buka sempadan buat pelancong asing pada Jun nanti

EXCITED? Kami pun!

jepun buka sempadan
Sumber: Time Out

Memetik laporan Forbes, Jepun berpotensi dibuka semula kepada pelancong antarabangsa menjelang Jun tahun ini. Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Khamis lalu (5 Mei 2022), semasa lawatan ke London.

“Kami akan melonggarkan lagi sekatan supaya pada bulan Jun mungkin kemasukan ke negara ini akan menjadi lancar seperti negara G7 yang lain,” kata Kishida.

Walau bagaimanapun, ianya masih tidak jelas – kerana peraturan kemasukan tidak seragam di seluruh negara G7.

Sebagai contoh, Amerika Syarikat, Kanada dan Jerman memerlukan pengembara asing untuk divaksin sepenuhnya. Manakala Itali, Perancis dan United Kingdom tidak mengenakan peraturan berkenaan.

Secara amnya, negara-negara Asia jauh lebih perlahan untuk membuka semula kepada pelancongan antarabangsa berbanding negara lain di dunia.

Namun dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pelawat asing yang diberi vaksin telah dialu-alukan kembali ke destinasi Asia yang semakin meningkat, termasuk India, Korea Selatan, Filipina dan Malaysia.


Keperluan kemasukan masih belum diumumkan

Walau bagaimanapun, keperluan kemasukan untuk ke negara Jepun masih belum diumumkan.

Asia Nikkei melaporkan bahawa kerajaan Jepun dijangka membuat keputusan muktamad mereka dalam masa dua minggu lagi – selepas mengambil kira jumlah kes yang dikaitkan dengan cuti Golden Week yang telah berakhir pada minggu lalu.

Kishida menambah bahawa Jepun akan mengkaji semula protokol Covid-19 secara ‘berperingkat’, dengan nasihat daripada pakar kesihatan awam.

Pada masa ini, kuota 10,000 orang dibenarkan masuk ke Jepun setiap hari.

Bagaimanapun, kuota ini hanya terhad kepada mereka yang berada di negara ini untuk menjalankan perniagaan, serta untuk pelajar dan pelatih teknikal, lapor Kyodo News.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd