Now Reading
Nak Pergi Genting SkyWorlds? Take Note 7 Perkara Penting Ini Dulu!

Nak Pergi Genting SkyWorlds? Take Note 7 Perkara Penting Ini Dulu!

Genting SkyWorlds adalah sebuah taman tema yang menggunakan pembayaran tanpa tunai. Jadi, sediakan e-Wallet untuk mode pembayaran.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Anda mungkin sudah mendengar khabar baik bahawa taman tema Asia Tenggara yang dinanti-nantikan – Genting SkyWorlds telah dibuka untuk tempoh pra-pelancaran pada 8 Februari 2022 lalu.

BACA SINI: Ada Plan Nak Pergi Genting Skyworlds? Ini Apa Yang Tersedia Untuk Anda Setakat Ini

Taman tema ini sedang menawarkan diskaun sebanyak 20% ke atas harga tiket penuh bagi tempahan sehingga 31 Mac 2022.

Dalam tempoh pra-pelancaran ini, operasi sesetengah tarikan, permainan, dan tawaran adalah terhad dan ada juga sesetengah tarikan yang masih lagi dalam proses pentauliahan dan tidak tersedia untuk menerima para pengunjung.

Sumber: Malay Mail

Chup!

Sebelum itu, ini 7 perkara yang anda harus ketahui sebelum pergi ke Genting SkyWorlds:


1. Tempah Tiket Lebih Awal

Kapasiti taman Genting SkyWorlds dalam tempoh pra-pelancaran adalah terhad. Maka, para pengunjung dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka terlebih dahulu dan mendapatkan tiket seawal mungkin untuk mengelakkan kekecewaan.

Para pengunjung boleh menempah tiket mereka dengan mudah secara atas talian di laman web rasmi www.gentingskyworlds.com atau melalui aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds (boleh dimuat turun melalui Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery).

Nota: Aplikasi ini hanya boleh dimuat turun di Huawei App Gallery bermula April 2022.

2. Download Aplikasi Mudah Alih Genting SkyWorlds

Aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds adalah  penting untuk kunjungan anda ke taman tema ini. Dengan adanya maklumat masa nyata (real-time), aplikasi ini membolehkan para pengunjung untuk mengemudi dan menikmati tarikan-tarikan di taman ini secara efektif.

Anda juga boleh mengetahui masa menunggu bagi permainan, tarikan dan persembahan, serta menerima tawaran dan baucar promosi.

Selain itu, para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat tentang tempat-tempat makan, membeli-belah, permainan, perkhidmatan foto, dan mencari lokasi kemudahan yang disediakan.

Sumber: Klook

Aplikasi ini juga turut diintegrasikan dengan teknologi Virtual Queue (VQ) – satu perkhidmatan tempahan dan perancangan jadual kunjungan.

Ciri ini membolehkan para pengunjung untuk membuat tempahan bagi tarikan dan permainan terpilih sebelum dan pada masa kunjungan mereka ke Genting SkyWorlds.

Pengalaman VQ juga membolehkan para pengunjung untuk:

  • Membuat pra-tempahan ruang waktu yang diingini untuk permainan dan tarikan.
  • Mencipta dan menyunting kumpulan masuk bersama bagi pemegang tiket berkumpulan.
  • Melihat jadual kunjungan yang dicadangkan berdasarkan pilihan peribadi.
  • Menerima notifikasi masa nyata untuk tempahan dan banyak lagi.

3. Rancang Lawatan Anda

Setelah memperolehi tiket dan memuat turun aplikasi Genting SkyWorlds, tiba masanya untuk merancang kunjungan anda.

Bagi memaksimumkan masa anda di Genting SkyWorlds, gunakan aplikasi itu untuk membiasakan diri dan mengenal pasti permainan dan tarikan yang anda minat.

Sumber: The Malaysian Reserve

Terdapat pelbagai cara untuk anda ke Genting SkyWorlds. Bagi mereka yang datang dari Lembah Klang, cara yang terpantas adalah menaiki kereta.

Anda boleh meletakkan kereta anda di SkyAvenue dan ikuti papan tanda seterusnya untuk ke taman tema. Antara cara-cara mudah yang lain untuk ke pusat peranginan tersebut adalah melalui perkhidmatan bas, e-hailing atau kereta kabel Awana SkyWay dari Genting Highlands Premium Outlets.

Nikmati pemandangan udara taman tema yang menakjubkan dari kereta kabel, satu pengalaman yang tak boleh dilepaskan!

4. Sediakan Barangan Penting

Untuk menikmati Genting SkyWorlds dengan sepenuhnya, para pengunjung harus memakai pakaian yang selesa dan kasut tertutup. Anda dinasihatkan untuk membawa bersama sehelai jaket atau kardigan untuk cuaca sejuk di Genting Highlands.

Anda juga dinasihatkan membawa persalinan tambahan kerana ada permainan yang mungkin menyebabkan anda basah kuyup! Kemudahan tempat simpan barang peribadi yang selamat juga tersedia untuk disewa. 

Sila ambil maklum bahawa makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan di dalam taman tema. Namun begitu, Genting SkyWorlds juga menawarkan beraneka pilihan makanan dan minuman untuk memenuhi pelbagai citarasa, keperluan pemakanan dan bajet.

5. Taman Tema Dengan Pembayaran Tanpa Tunai

Genting SkyWorlds adalah sebuah taman tema yang menggunakan pembayaran tanpa tunai. Maka, sediakan Genting e-Wallet anda untuk membuat sebarang pembelian.

Anda juga boleh menyediakan e-Wallet anda melalui aplikasi mudah alih Resorts World Genting atau gunakan GeMCard untuk membuat pembelian di Genting SkyWorlds.

Kiosk e-Wallet juga disediakan di dalam taman tema untuk pembelian baharu, tambah nilai dan/atau pemulangan wang.

Genting SkyWorlds juga menerima cara pembayaran tanpa sentuh seperti:

  • Kad kredit/Debit
  • Pembayaran QR atau E-wallet yang disediakan oleh TnG, Alipay, WeChat, Maybank, GrabPay dan Boost Pay.

6. Keselamatan Diutamakan

Genting SkyWorlds mengutamakan kesihatan, kesejahteraan, dan keselamatan semua pengunjungnya.

Taman tema ini dibuka untuk pengunjung yang telah mendapat vaksinasi penuh. Pengunjung berumur 12 tahun dan ke bawah yang belum divaksinasi dan daripada keluarga serumah dibenarkan masuk ke taman tema dengan ditemani oleh pengunjung yang telah menerima vaksinasi penuh.

Untuk memastikan kunjungan lancar dan menyeronokkan, para pengunjung harus mematuhi semua peraturan dan SOP seperti memakai pelitup muka sepanjang masa, mengimbas kod QR MySejahtera, menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau tanpa tunai serta mengamalkan penjarakkan fizikal.

7. READY TO HAVE FUN!

Sumber: Genting SkyWorlds

Akhir sekali, ini adalah panduan yang paling penting dan paling mudah untuk diikuti.

Dibina dengan keluasan 26 ekar di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, Genting SkyWorlds bakal membawa anda satu pengalaman yang mengujakan dan melangkaui imaginasi ke sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan oleh filem dan pengembaraan.

Walaupun dalam tempoh pra-pelancaran, masih terdapat banyak tarikan untuk dinikmati di dalam suasana cuaca dingin yang unik ini. Jom bebaskan diri anda dari realiti!


Untuk maklumat lanjut tentang Genting SkyWorlds, [KLIK SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

19 − nine =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd