Now Reading
Ada Plan Nak Pergi Genting Skyworlds? Ini Apa Yang Tersedia Untuk Anda Setakat Ini

Ada Plan Nak Pergi Genting Skyworlds? Ini Apa Yang Tersedia Untuk Anda Setakat Ini

Genting Skyworlds (GSW) kini memberikan nafas baharu kepada setiap pengunjung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selepas penantian selama bertahun-tahun dan tertangguh daripada permasalahan undang-undang, rakyat Malaysia akhirnya akan dapat menjejakkan kaki ke Genting SkyWorlds dan merasai sendiri pengalaman di taman tema langit ini buat sekali lagi.

(Kredit: Anne Dorall/TRP)

Perkara utama tentang Genting SkyWorlds ialah mereka mempunyai ‘dunia’ bertemakan filem dan pengembaraan, daripada Ice Age hingga Night At The Museum dan banyak lagi!

Tetapi adakah pembaharuan taman tema Genting SkyWorlds ini berbaloi dengan masa anda? Jom explore dulu.


The Vibes

Prop dan dekorasi di taman tema ini adalah salah satu peningkatan yang besar. Genting SkyWorlds (GSW) tidak berbelanja untuk menjadikan setiap ‘dunia’ dihuni dengan prop dan latar belakang yang cantik.

(Kredit: Anne Dorall/TRP)

Kalau anda pergi ke sana, anda boleh lihat di sekitar warna-warna terang dijadikan sebagai pilihan untuk meraih perhatian orang ramai.

Ini juga bermakna setiap sudut boleh dijadikan latar belakang yang cantik untuk mengambil gambar, video, dan sebagainya.

(Kredit: Anne Dorall/TRP)

The Rides

Bahagian utama taman tema adalah rides dan tarikan yang disediakan oleh GSW. Terdapat 17 rides secara keseluruhan dengan 2 rides tambahan akan datang tidak lama lagi.

(Kredit: Anne Dorall/TRP)

Dunia seperti Ice Age dan Epic menampilkan rides mesra keluarga yang lebih santai dan tidak membosankan. Dunia Epic menampilkan beberapa rides berasaskan air, jadi jangan terkejut pula kalau tetiba pakaian anda basah, ya!

(Kredit: Anne Dorall/TRP)

Anda yang juga ‘thrill-seekers’ akan menemui lebih banyak rides yang menarik seperti Andromeda Base – dengan rides yang memutar dan melontarkan anda ke udara.

P/S: Kami dengar pun dah dapat rasa pening.

(Kredit: Anne Dorall/TRP)

Walaupun terdapat banyak rides baharu yang menarik dan mendebarkan, pengunjung yang memiliki ‘eagle-eyed’ mungkin akan perasan beberapa rides kegemaran yang kelihatan sangat biasa.

(Kredit: Anne Dorall/TRP)

The Verdict?

Pakar taman tema akan merasakan bahawa Genting SkyWorlds ini hampir sama dengan taman terkenal antarabangsa di luar negara seperti Universal Studios Singapore (FYI, juga dimiliki oleh Genting Group) – daripada susun atur hingga ‘dunia’, suasana yang meriah, props, serta dekorasi.

Jika ingin dibandingkan, Genting SkyWorlds berharga RM189 (kini RM151 untuk promosi pembukaan) untuk tiket dewasa standard; manakala Universal Studios Singapore berharga SGD81 (sekitar RM250) bagi setiap tiket dewasa.

(Kredit: Anne Dorall/TRP)

Buat masa ini, tiada tiket VIP disediakan (di mana membolehkan anda memotong barisan untuk menaiki kesemua rides), walau bagaimanapun setiap tiket Genting SkyWorlds disertakan dengan 6 pas ‘Virtual Queue’ (tersedia menerusi aplikasi taman tema) dan membolehkan anda untuk tidak beratur.

Walau bagaimanapun, tidak semua rides beroperasi setakat ini.

Jadi, sebaiknya anda semak semula rides mana yang dibuka jika anda mempunyai perancangan untuk ke GSW.

Buat rakyat Malaysia yang ingin menghabiskan waktu seharian dengan menikmati udara gunung sejuk dan keseronokan pengalaman di taman tema, Genting SkyWorlds boleh menjadi pertaruhan terbaik anda.

Dapatkan maklumat lanjut dan tempah tiket anda di sini.

(Kredit: Anne Dorall/TRP)

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd