Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Melancong Ke 4 Buah Negeri Di India Dengan Kereta Api
Lelaki warga Indonesia ini mengambil masa 11 hari untuk mengembara ke empat buah negeri iaitu Delhi, Udaipur, Agra dan Jaipur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Selepas beberapa negara seluruh dunia membuka pintu sempadan mereka, ramai yang mengambil peluang untuk kembali melancong selepas dua tahun ‘terkurung’ di dalam negara masing-masing.
Antara negara yang telah membuka pintu sempadan mereka adalah seperti Korea, Thailand, United Kingdom dan banyak lagi.
Bercakap tentang pergi bercuti, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah tentang bajet dan lokasi menarik yang ingin dituju.
BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Itinerari Trip Bajet Ke Turki. RM3,600 Je Seorang!
Jom ke India!
Bila pergi bercuti, lokasi yang sering menjadi tumpuan mesti negara-negara Eropah yang sejuk. Apa kata kita ke negara sekitar pula seperti India? Teringin juga nak tahu ada apa di sana.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter (Jak) yang merupakan warga Indonesia telah berkongsi pengalamannya ke beberapa negeri di India seperti Delhi, Agra, Jaipur dan Udaipur dengan menaiki kereta api.
Jom baca perkongsiannya di bawah:
Sebelum tiba di India.
Bila kita nak tinggal di negara asing dalam beberapa tempoh, beberapa persediaan seperti tempat penginapan, kemudahan berkomunikasi serta pengangkutan perlu diteliti terlebih dahulu untuk memudahkan urusan.
Kad sim untuk telefon
Untuk pengembara ke India, ada dua jenis yang boleh digunakan sama ada menggunakan kad sim India seperti Airtel atau chip roaming Felxiroam yang berbentuk pelekat dan hanya ditampal di belakang kad sim telefon anda.
Penerbangan
Lelaki ini memilih untuk menaiki syarikat penerbangan Thai Airways untuk ke India dari Indonesia. Sudah pastinya perlu transit di Thailand apabila menaiki penerbangan dari negara tersebut.
Antara pengalaman pahit yang dikongsikan adalah apabila minyak wanginya yang baru dibeli dibuang ke dalam tong sampah oleh pihak penerbangan di Thailand ketika transit.
Keesokan harinya, penerbangan ke Delhi tiba pada jam 10.35 pagi. Zon waktu di India adalah UTC+5.30. Kalau anda lihat lapangan terbang di India, boleh tahan cantik juga.
Tiba di India.
Selepas tiba di lapangan terbang, masa untuk mencari stesen kereta api bagi memulakan pengembaraan di India.
Menurut lelaki itu, cuaca di sana agak panas iaitu 37 darjah celcius tetapi bahangnya seperti 42 darjah celcius. Tidak peliklah banyak berita tentang gelombang haba di India.
Disebabkan tiada kereta persendirian, lelaki ini banyak menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Ola. Nak naik beca elektrik pun ada ya. Tapi kalau anda nak sewa kereta pun tiada masalah.
Pengembaraan sekitar India bermula.
Lelaki ini mengambil kereta api dari Delhi dan tiba ke bandar Agra tiga jam kemudiannya.
Suasana di dalam kereta api ini agak sempit dan dipenuhi dengan katil tiga tingkat di kiri dan kanan. Bayangkan cuaca agak bahang, pendingin hawa pun tiada. Memang masak oi!
Setibanya di Agra, lelaki berkenaan menaiki teksi ke tempat penginapan untuk berehat.
Antara lokasi yang dituju oleh pengembara ini ketika India adalah seperi berikut:
- Agra – Taj Mahal
- Jaipur – Amber Fort, Jal Mahal, Hawa Mahal, Pink City dan Panchvati Circle
- Udaipur – Monsoon Palace dan City Palace
- Delhi – Jama Masjid, Connaught Place
Banyak sebenarnya budaya dan warisan masyarakat India yang kita boleh belajar bila berada di negara tersebut. Menarik juga kalau dapat pelajari dengan lebih mendalam.
Kalau anda nak tahu perjalanan penuh 11 hari lelaki ini ketika di India, boleh klik [DI SINI] untuk membaca perkongsian penuh.
Solo Traveling ke Negeri Bollywood, India 🇮🇳
— Jak (@zqhr) June 8, 2022
Negara yang biasanya diledekin karena street foodnya, ternyata masih banyak makanan yang enak dan bersih.
(A thread) pic.twitter.com/XZLiQzDHxq
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.