[Video] Tular Klip Kereta Terbakar Di Genting Highlands. Sampai Berundur Ke Bawah!
Kenderaan yang terbakar itu juga dilihat telah berundur dengan sangat laju sebelum merempuh sebuah kereta jenis Toyota Vellfire.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sekitar beberapa jam yang lalu, satu klip telah tular di media sosial di mana menunjukkan sebuah kereta berwarna putih yang terbakar di kawasan berbukit untuk menaiki Genting Highlands.
Lebih parah, kereta tersebut juga secara tiba-tiba berundur begitu laju dengan sendiri ketika masih terbakar. Namun, sebuah kereta putih jenis Toyota Vellfire dilihat menyelamatkan keadaan apabila kereta terbakar itu berjaya diberhentikan setelah merempuh Vellfire berkenaan.
Mujur, kalau berundur sampai ke bawah, naya juga.
Kejadian tersebut turut menyebabkan aliran trafik untuk ke Genting Highlands terganggu kerana rata-rata pengguna jalan raya tidak berani untuk melepasi kawasan tersebut sebelum api dipadamkan sepenuhnya.
Tapi ada juga pengguna yang selamba lalu di tepi kerana jalan masih besar dan kereta terbakar berkenaan sememangnya tidak berada di tengah-tengah jalan pada ketika itu.
Netizen beri reaksi pelbagai
Kejadian ini turut meraih perhatian netizen yang meninggalkan beberapa komen tentang kejadian ini. Ada yang panggil Vellfire itu sebagai ‘peti ais berguna’.
Ada juga yang memberi nasihat supaya sentiasa memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang baik sebelum ke mana-mana.
Semoga pemilik kenderaan dan pihak lain yang terlibat dapat menyelesaikan masalah ini dengan mudah.
Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) buat pengguna kenderaan yang lain, pastikan kenderaan anda sudah diselenggara dan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik sebelum ke mana-mana terutamanya perjalanan jauh, berbukit, masuk ke kawasan pendalaman atau hutan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.