Suria KLCC Sambut Tahun Baru Cina Dengan Hiasan Istana Diraja China Zaman Silam. Menarik!
Anda juga boleh menyaksikan tarian singa tradisional di Centre Court dan tarian Singa Akrobatik di Esplanade KLCC pada setiap hari Sabtu bermula sekarang hingga 30 Januari.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sudah menjadi kezaliman, setiap kali menjelangnya Tahun Baru Cina atau kesemua jenis festival perayaan lain – pastinya pusat membeli-belah akan dihiasi dengan dekorasi menarik sempena sambutan perayaan tersebut.
Hari Raya Aidilfitri, penuh dengan ketupat dan lemang, Tahun Baru Cina, penuh dengan tanglung dan buah limau. Manakala krimas pula dihiasi dengan pokok krismas dan lampu-lampu.
Menarik betul bila tengok dekorasi yang disediakan!

KLCC pun boleh tahan meriah sempena Tahun Baru Cina ini.
Untuk pengetahuan anda, Suria KLCC akan menyambut kehadiran Tahun Baharu Cina dari 7 Januari hingga 13 Februari dengan hiasan Istana Diraja China zaman silam.
Dilhamkan dengan keindahan taman lanskap, Centre Court telah ditransformasi kepada sebuah Istana China zaman silam.

Rekabentuk empayar yang gah itu turut disinambungi hingga ke Aras 1 Ramlee Mall dan kesemua pintu masuk utama yang turut dihiasi mengikut tema bagi menjanjikan peluang berfoto yang strategik.
Rekabentuk istana replika di Centre Court mirip zaman kegemilangan sejarah China yang dikenali dengan kemajuan, inovasi dan mahsyur dengan kegemilangan kebudayaan.

Istana China Kuno ini telah direkabentuk semula dengan teliti dengan setiap perincian diberi penekanan termasuklah ukiran batu berbentuk singa simbolik pengawal empayar, astaka taman bercirikan senibina China, kolam keratai, dan tanglung indah yang bergantungan.
Tidak ketinggalan pepohon Sakura yang ikonik di samping keindahan lanskap yang mampu menjadikan latar belakang yang mengagumkan untuk setiap foto atau video yang diambil.
Photo-booth juga disediakan.
Sudah semestinya pengalaman melalui halaman istana kuno ini mampu membangkitkan semangat perayaan. Di samping itu kesemua sudut yang dihias indah mampu diabadikan dalam instagram turut juga dilengkapkan dengan sebuah photobooth yang disediakan mesin pencetak kepada pelanggan untuk dibawa pulang.
Terdapat juga sajian pancaran visual bunga-bungaan interaktif di dalam Istana yang terletak di Centre Court bagi menggambarkan kedatangan musim bunga di Hemisfera Utara.

Di perkarangan pusat membeli belah pula, replica pagoda tertinggi di Malaysia akan kembali tersergam di Esplanade KLCC. Penampilan terakhirnya pada 2020 telah berjaya meletakkannya dalam Malaysia Book of Records sebagai replica pagoda yang tertinggi. Pelanggan dan pelawat pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar bersama struktur yang berdiri megah ini.Â
Untuk menambahkan lagi keterujaan, pelanggan juga boleh menyaksikan tarian singa tradisional di Centre Court dan tarian Singa Akrobatik di Esplanade KLCC pada setiap hari Sabtu bermula sekarang hingga 30 Januari.
Untuk info lanjut, anda boleh layari Suria KLCC [KLIK SINI].
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.