Ini 5 Kedai Serbaneka & Pasar Raya Korea Yang Best Sekitar KL & Selangor. Jom!
Kesemua kedai serbaneka dan pasar raya ini ada menjual hidangan Korea seperti Tteokbokki, Kimchi dan Gimbap.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Drama Korea sekarang ini boleh dikatakan menjadi kegilaan ramai sehingga ada yang sanggup tidur dua tiga pagi semata-mata nak habiskan kesemua episod.
Lama kelamaan bila tengok drama Korea, bolehlah faham sedikit bahasa serta budaya yang diamalkan di sana.
Penggemar drama Korea mesti terliur juga apabila melihat karakter dalam cerita tersebut menghirup kuah sup dan hidangan Tteokbokki yang panas.
Lap dulu air liur tu kerana anda pun sebenarnya boleh mendapat pengalaman yang sama di Malaysia.
Di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini, terdapat beberapa kedai serbaneka dan pasar raya Korea yang anda boleh kunjungi untuk mendapatkan hidangan tersebut. Antaranya:
1. CU Mart
Kedai serbaneka ini menjadi tular apabila mereka menjual pelbagai jenis hidangan street food yang selama ini kita nampak dalam drama Korea.
Antaranya:
- Spicy dan Jajjang Tteokbokki
- Injeolmi Softserve
- K-pop Idol Sandwich
- Kimchi Jjinbbang (Pau)
- Sosej Keju (Cheesy Sausage)
- K-Hot Dak Gan Jeong (Ayam goreng pedas)
Dan macam-macam lagi!
Kedai serbaneka ini juga menjual pelbagai jenis minuman dan snek yang diimport terus dari Korea Selatan.
Bukan sahaja menjual makanan dan minuman, mereka turut menjual barang keperluan harian. Tapi, boleh dikatakan hampir semua yang datang ke sini ingin mencuba street food dari Korea.
Untuk anda yang teringin nak rasa juga, boleh ke beberapa cawangan CU Mart terdekat okey?
Lokasi CU Mart sekitar Lembah Klang:
- Desa Petaling
- Ampang Point
- IOI City Mall
- Rohas Perkasa, KLCC
- Centrepoint Bandar Utama
- Kota Damansara
- Manjalara
- Bandar Puteri, Puchong
- Tasik Puteri, Rawang
- SS15
- 1 Utama
Waktu operasi: Setiap hari (9AM – 8PM)
2. emart24
emart24 juga menjadi perhatian ramai apabila dekorasi kedai serbaneka ini yang cukup memukau mata pelanggan.
Kedai serbaneka ini juga menjual pelbagai jenis hidangan street food seperti Korean Chicken Fries, Bingsu, Cheesy Tteobokki dan macam-macam lagi.
Apa yang best lagi, anda boleh memilih menu tambahan dalam hidangan Ramen yang dipanggil sebagai Cupmyeon. Tetapi hidangan ini hanya ada di cawangan Sunway sahaja.
Anda boleh cepat-cepat datang ke emart24 di cawangan berdekatan anda di beberapa lokasi seperti berikut:
- Setapak
- St.Mary Place
- Ampang Point
- Sentul Point
- Desa Sri Hartamas
- Mid Valley
- The Horizon Bangsar South
- Sri Petaling
- IOI Boulevard Puchong
- Kota Kemuning
- Bandar Sunway
Waktu operasi: Setiap hari (8AM – 11PM)
3. K-Market
Kalau anda gemar masak makanan Korea, K-Market adalah tempat yang sesuai untuk anda beli barang-barang masakan Korea.
Ada macam-macam pilihan barang di sini daripada jenis sayuran, kimchi, mi segera dan pelbagai lagi.
Kalau nak datang lepas sambil buat kerja pun boleh kerana mereka juga ada menyediakan ruang untuk para pelanggan datang nak menikmati hidangan yang dijual di sini.
Lokasi:
- Lot- J-G-10 & Lot- J-G-11 G Floor, Solaris Mont Kiara, Jalan Solaris, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
- GF-02, Ground Floor, Tower 1 @ PFCC, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10AM – 10 PM)
4. Korean Grocer
Untuk pengetahuan anda, Korean Grocer adalah di bawah syarikat Jaya Grocer yang dibuka pada 1 Mac 2021 di pusat beli-belah 1 Utama.
Lokasi ini menjadi tumpuan ramai kerana ada pelbagai jenis pilihan produk yang dijual di pasara raya ini.
Dari makanan ringan sehingga ke pencuci muka dan shampu, semua ada di sini. Memang best!
Wah, boleh feeling macam di Korea lah lepas ni. Sebab semua barang-barang Korea yang dijual di sini.
Dah tak perlu ke Korea lah macam ni.
Alamat: Lot No. G623–G625, City Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor sahaja untuk dapatkan barangan Korea.
Waktu operasi: Setiap hari (10AM – 10 PM)
5. Kim’s Mart
Kim’s Mart adalah kedai runcit Korea yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan Korea di sekitar Lembah Klang.
Kalau anda jenis yang suka beli barangan Korea secara pukal, pasar raya ini memang lokasi yang terbaik untuk anda.
Kimchi, gochujang, nasi segera, tuna dan macam-macam lagi yang boleh didapati di sini. Makanan ringan dan ramen pun ada juga.
Beli barang Korea di pasar raya Korea barulah feel macam dalam drama kan?
Alamat: No. 7 & 9, Jalan Solaris 2, Solaris Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (9.30AM – 10PM)
Dari restoran ke kedai serbaneka serta pasar raya Korea, semuanya sudah ada di Malaysia.
Bukan satu pilihan, macam-macam ada. Rambang juga mata ni.
Kalau macam ni, tak perlulah ke Korea untuk merasa hidangan dan persekitaran di Korea.
BACA JUGA: 5 Tempat BBQ Korea Halal Di Lembah Klang. Ayuh!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.