Now Reading
Tak Tahu Nak Buat Apa Di Genting Highland? Jom Singgah 4 Lokasi Menarik Ini

Tak Tahu Nak Buat Apa Di Genting Highland? Jom Singgah 4 Lokasi Menarik Ini

Ramai orang ingat dekat Genting Highland cuma ada Skytropolis Indoor Theme Park.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Selepas kerajaan membenarkan rakyat membuat perjalanan rentas negeri, ramai yang tidak sabar untuk pergi bercuti.

Ada yang dah siap-siap tempah tiket ke Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan sebagainya.

Genting Highland yang terletak di Pahang turut menjadi lokasi tumpuan orang ramai.

Ada yang suka pergi ke sana sekadar untuk mengambil angin sejuk sahaja. Maklumlah, cuaca di Malaysia ni boleh tahan panas juga.

Bila pergi Genting Highland je mesti orang akan tertumpu pada Skytropolis Indoor Theme Park sahaja.

Sebenarnya, ramai tak tahu yang Genting Highland ada banyak lagi tempat yang menarik.

Nak tahu dekat mana? Jom baca perkongsian kami di bawah.

1. Strawberry Leisure Farm

Kredit: Big Kuala Lumpur

Ingat dekat Cameron Highland je ada ladang buah strawberi? Genting Highland pun ada.

Untuk pengetahuan anda, biji benih buah stawberi di ladang ini diimport daripada California tau. Dah boleh bayang betapa sedapnya buah stawberi di sini.

Selain itu, ada juga ladang bunga lavender dan pelbagai bunga lain.

Kredit: TripAdvisor

Tiket masuk ke tempat ini pun murah sahaja iaitu RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

2. Happy Bee Farm & Insect World

Kredit: Hotels.com

Untuk penggemar madu pula, anda boleh datang ke lokasi ini dan belajar mengenai cara madu diproses.

Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat kawasan di mana anda boleh jumpa pelbagai jenis serangga yang jarang ditemui.

Sambil-sambil berjalan berlatarbelakangkan kabus-kabus sejuk, anda boleh belajar benda baru. Betul tak?

3. GLAMZ Genting

Kredit: Glamz

Selain menginap di hotel, apa kata anda cuba menginap di GLAMZ Genting pula.

GLAMZ Genting ini ala-ala berkhemah tetapi kawasannya lebih besar, cantik dan selesa.

Tapi di sini tidak dipanggil khemah, ia disebut ‘dome’ yang bermaksud kubah.

Ada pelbagai jenis dome disediakan seperti Dome Room, Family Dome, Bell Tent dan VIP Dome yang dilengkapi jakuzi persendirian.

Kredit: Glamz

Bila waktu malam, anda boleh menikmati melihat bintang-bintang di langit yang sangat cantik. Memang best!

4. Bona Cinemas

Kredit: Resort World Genting

Panggung wayang yang terletak di Sky Avenue Genting Highland ini mempunyai empat hall.

Yang paling best, panggung wayang ini mempunyai tiga jenis tempat duduk iaitu:

  • Standard (RM16)
  • Executive (RM17)
  • Premium (RM22)

Panggung wayang ini juga menggunakan Dolby Atmos. Jadi, boleh bayangkan tak betapa sedapnya bunyi dalam wayang nanti?

Kredit: TripAdvisor

Memang kena pergi ni.


Mungkin tak ramai yang tahu mengenai lokasi-lokasi yang dikongsikan ini.

Kami pun baru tahu.

Jadi apa kata hujung minggu ini anda ajak kawan-kawan atau ahli keluarga pergi ke sana.

Bolehlah berjalan-jalan sambil menikmati cuaca sejuk di Genting Highland.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd