Now Reading
MBO Kini Kembali!

MBO Kini Kembali!

MBO telah dibuka secara rasmi di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


MBO Cinemas sebelum ini telah dianggap ‘hilang’ buat selamanya selepas mereka menutup semua cawangan dan sebahagian besar aset mereka telah diperoleh oleh GSC awal tahun ini. Tetapi mereka kini kembali dan berada di bawah pengurusan baru.

Bagi meraikan kebangkitan ini, MBO telah dibuka secara rasmi di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya selepas menawarkan tayangan percuma pada 24 hingga 26 Disember.

Tiket boleh dibeli melalui kios tiket yang terletak di sana atau menerusi aplikasi MBO Cinemas baharu yang hanya tersedia di Google Play Store. Anda juga masih boleh menggunakan aplikasi iOS lama jika anda masih mempunyai aplikasi itu pada peranti anda.

Pihak pengurusan baharu juga sedang memperkenalkan program keahlian baharu dan menggesa pelanggan untuk menyimpan kad keahlian lama kerana mereka sedang cuba mendapatkan akses kepada sistem points lama untuk memindahkan points kepada yang baharu.

Sementara itu, MBO Cinemas mengumumkan akan membuka semula beberapa lokasi secara berperingkat termasuk MBO Elements Mall, MBO Brem Mall, MBO Space U8, MBO Taiping Sentral Mall, MBO Teluk Intan, MBO Melaka Mall dan MBO U-Mall Skudai.

Nak tahu bila? Dapatkan maklumat lanjut di akaun media sosial MBO.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd