CNBLUE Kembali Ke Malaysia Lepas 10 Tahun Dengan Konsert Tour CNBLUENTITY!
Konsert tour CNBLUENTITY, CNBLUE akan bertempat di Mega Star Arena, KL pada 20 April 2024.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
“Goodbye, darling, hey, you, oh, my darling, hey, you..”
Berita baik buat peminat kumpulan pop-rock Korea Selatan CNBLUE, band kegemaran anda akhirnya akan kembali ke Malaysia selepas hampir sepuluh tahun!
Untuk konsert kali ini, band itu akan menggegarkan pentas Mega Star Arena, KL jam 8 malam pada 20 April 2024 anjuran Hit Maker Entertainment dan Lo-Fi Entertainment bersempena tour serata Asia, CNBLUENTITY.

Kalau anda nak tahu Kuala Lumpur telah menjadi pilihan destinasi konsert CNBLUENTITY 2024 bersama lima bandar yang lain seperti:
- Hong Kong, China.
- Bangkok, Thailand.
- Kaohsiung, Taiwan.
- Macau, China.
- Singapore.
Bakal Nyanyikan Lagu Nostalgia Buat Fandom, BOICE
Buat mereka yang kurang mengenali band tersebut, kumpulan CNBLUE dianggotai Younghwa sebagai penyanyi utama dan gitaris, Minhyuk pemain dram serta Jungshin pemain bass.
Difahamkan, CNBLUENTITY merupakan gabungan nama band tersebut dengan ‘identity’ yang melambangkan perwatakan trio berkenaan.
Selepas kali terakhir beraksi di Malaysia pada tahun 2014, sudah pasti para peminat merindui persembahan lagu nostalgia daripada band itu. Antara lagu hit yang bakal dipersembahkan buat fandom CNBLUE iaitu BOICE adalah:
- I’m a Loner.
- I’m Sorry.
- Love.
- Can’t Stop.
CNBLUE Raih Pelbagai Anugerah Berprestij
Sejak berkecimpung dalam kerjaya seni di bawah FNC Entertainment pada 2010, mereka telah menghasilkan pelbagai lagu dengan bahasa yang berbeza seperti Korea, Jepun serta Inggeris dengan memiliki 11 album studio, 14 album mini, 33 lagu single dan tiga album kompilasi.
Walaupun baru sahaja debut pada tahun 2009, namun band bergenre pop dan rock ini tidak terlepas untuk menggapai banyak anugerah penghargaan pada tahun berikutnya (2010) iaitu:
- Rookie of the Month.
- Streaming Award.
- New Style Icon Singer.
- Best Male Rookie.
- Digital Music Bonsang.
- Best Newcomer Award.
- 2010 TOP 10.

Bukan itu sahaja, CNBLUE juga meraih pelbagai anugerah berprestij termasuklah Golden Disk Award, Mnet Asian Music Awards (MAMA) dan Melon Music Awards.
Mungkin ada juga di antara anda yang mengenali trio ini daripada lakonan beberapa K-Drama terkenal iaitu Yonghwa sebagai aktor drama komedi ‘Brain Works’ (2023), Minyuk daripada Celebrity (2023) dan Jungshin dalam drama komedi romantik ‘Shooting Stars’ (2022).

Kategori & Harga Tiket Jelajah Asia CNBLUE 2024
Bagi pembelian tiket konsert CNBLUENTITY, anda boleh dapati menerusi empat kategori dengan harga serendah RM398 sahaja. Berikut kami sertakan jenis kategori bersama harga bagi setiap tiket:
- BOICE: RM798
- THEN: RM698
- NOW: RM598
- FOREVER: RM398
Zon BOICE merupakan satu-satunya tiket ‘standing’ untuk konsert tersebut manakala kategori lain adalah ‘seating’.

Tarikh Jualan Tiket CNBLUENTITY
Pasti ramai di antara anda yang sudah tidak sabar untuk mendapatkan tiket. Buat mereka yang berminat, take note tarikh-tarikh di bawah ini.
- Pra-jualan: 28 Februari 2024 bermula jam 12 tengahari.
- Jualan secara terbuka (general sale): 29 Februari 2024 bermula jam 12:00 tengah hari.
Namun begitu perlu diingatkan pra-jualan tiket hanya terbuka kepada mereka yang sempat membuat pra-pendaftaran di pautan [DI SINI] bermula 23 Februari selama tiga hari.
Pendaftar yang berjaya akan mendapat akses pra-jualan tiket pada 28 Februari berkenaan. Selain itu, anda juga akan menerima lanyard edisi terhad bersama pembelian tiket mereka.

Kepada orang ramai yang membeli tiket BOICE, THEN serta NOW, anda berpeluang menerima faedah lain seperti menyertai sesi sound check, poster sign ahli kumpulan CNBLUE secara percuma dan banyak lagi.
Ingat, kapasiti untuk menerima akses pra-jualan adalah terhad, jadi jangan lupa siap sedia dengan peranti masing-masing ketika 23 Februari nanti okay?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram