Now Reading
Masih Ditidurkan Di ICU, Ina Naim Dedah Suhaimi Saad Hidap Jangkitan Kuman Di Paru-Paru

Masih Ditidurkan Di ICU, Ina Naim Dedah Suhaimi Saad Hidap Jangkitan Kuman Di Paru-Paru

Menurut Ina Naim, suaminya itu sebelum ini mengalami batuk dan menjadi semakin teruk sehingga sesak nafas sebelum cirit-birit hingga turun berat badan sebanyak 20 kg.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 13 November lalu, media melaporkan bekas ahli kumpulan In-Team iaitu Suhaimi Saad telah dimasukkan ke hospital besar Johor.

Malah penyanyi itu juga dilaporkan telah ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Berita mengenai penyanyi terbabit telah diberitahu oleh sepupunya menerusi hantaran di akaun Facebook, Ayu Wahyu.

Menerusi muat naik itu, individu berkenaan meminta orang ramai untuk mendoakan Suhaimi Saad.

Alami muntah-muntah dan berat berkurangan

Penyanyi itu difahamkan turut mengalami muntah-muntah setiap kali makan serta berat badan semakin berkurangan.

Menurut rakannya yang juga ketua kumpulan In-Team iaitu Syah atau nama penuhnya, Mohd Syahril Abdul Khalid keadaan kesihatan penyanyi itu telah merosot sejak beberapa bulan yang lalu.

Dipercayai alami jangkitan kuman pada paru-paru

Terbaharu, media melaporkan penyanyi yang telah menerima rawatan selama lima hari di hospital berkenaan dipercayai menghidap jangkitan kuman pada paru-paru atau turut dikenali sebagai pneumonia.

Isteri kepada penyanyi terbabit iaitu Nordiana Mohd Naim atau lebih mesra dipanggil Ina Naim turut memaklumkan Suhaimi masih lagi ditidurkan.

Ujarnya suaminya itu bebas dari penyakit tibi atau tuberculosis.

“Setakat ini doktor maklumkan suami alami jangkitan kuman pada paru-paru dan bebas tuberculosis (tibi) selepas melakukan hasil ujian pertama.

“Namun, untuk mengesahkan lagi hal itu, doktor akan lakukan ujian kedua dan kami menunggu keputusannya,” ujarnya dipetik Kosmo.

Yakin suami akan sembuh minta orang ramai terus berdoa

Ina dalam pada itu, yakin bahawa Suhaimi akan sembuh dan turut meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatannya.

“Suami masih ditidurkan dalam keadaannya kritikal tetapi semalam oksigen berada pada tahap normal, cuma jantungnya masih lagi laju sekitar 130.

“Saya yakin suami akan sembuh. Saya juga mohon doa orang ramai dapat bersama mendoakan Suhaimi,” katanya lagi.

Hilang 20 kg sejak sebulan yang lalu kerana cirit-birit

Menurut Ina, berat badan suaminya itu turun secara drastik iaitu sebanyak 20 kilogram (Kg) sejak sebulan yang lepas.

Malah dia turut menyifatkan suaminya sebelum ini mengalami batuk dan ia menjadi semakin teruk sehingga sesak nafas.

“Selepas batuk semakin pulih, dia cirit-birit pula sehingga tak sanggup nak makan dan sebab itulah berat badannya tinggal 43 kg.

“Kami sudah melakukan ikhtiar sehingga dia sendiri minta dihantar ke hosiptal yang dianggap sebagai usaha terakhir.”

Turut difahamkan penyanyi yang berusia 43 tahun itu sudah berpindah ke Kelantan dan menghidap penyakit kronik. Walau bagaimanapun, pemilik akaun yang memaklumkan tidak memberitahu mengenai perkara itu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd