Now Reading
[Video] Berkat Untung Jual Tiara Candy, Achey Beli Van Jenazah

[Video] Berkat Untung Jual Tiara Candy, Achey Beli Van Jenazah

Sebelum ini, anak perempuan Achey, Tiara berjaya menjual sebanyak 3,000 pek dalam masa dua jam ketika bersiaran secara langsung di TikTok Shop bapanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Anak pelawak Achey iaitu Tiara sering menjadi tumpuan ramai kerana gelagatnya yang mencuit hati.

Malah kanak-kanak ini juga turut mendapat sokongan yang hebat di kalangan orang ramai apabila berjaya menjual 3,000 pek gula-gula ketika berniaga buat pertama kali di TikTok Shop milik bapanya pada Ogos lalu.

Hasil daripada sokongan orang ramai dan sambutan yang menggalakkan perniagaan itu kemudian diteruskan sehinggan kini.

Achey beli van jenazah hasil keuntungan Tiara jual gula-gula

Susulan daripada kejayaan menjual gula-gula itu, Achey kemudian telah membeli sebuah MPV yang dijadikan sebagai van jenazah hasil daripada keuntungan perniagaan anaknya itu.

Menurutnya van jenazah itu adalah percuma kerana ia adalah hasil sumbangan orang ramai yang telah membeli gula-gula yang dijual oleh Tiara.

Dia walau bagaimanapun memohon maaf sekiranya van jenazah itu dilihat kurang memuaskan kerana ia bukanlah kenderaan baharu.

“Maaf sekiranya van jenazah ini kurang memuaskan, yang diharapkan dapat memudahakan kerana ianya percuma. Kepada waris yang kurang berkemampuan kami sediakan juga set kain kafan percuma,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.

Minta orang ramai terus doakan agar dapat beli van jenazah lagi

Achey turut meminta orang ramai untuk mendoakan keluarganya agar mereka dapat membeli lagi van jenazah untuk kawasan yang memerlukan.

Dia bagaimanapun memaklumkan van tersebut belum dapat beroperasi memandangkan peti untuk menyimpan mayat belum siap namun akan cuba sedaya upaya menyiapkankannya agar kenderaan itu dapat digunakan dengan segera.

Melihat di ruangan komen, orang ramai turut mendoakan agar perniagaan gula-gula atau ‘Tiara Candy’ akan terus maju dan dilimpahkan rezeki.

Tidak kurang juga ada yang memuji ia adalah satu sumbangan yang baik daripada keluarga Achey.

“Kalau ke jalan inilah yang Tiara Candy lakukan, saya akan terus support beli candy”

“Semoga Tiara Candy semakin laris perniagaannya dan terus jadi anak yang solehah..”

“Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd