Now Reading
GSC Rai Bulan Merdeka Lancar Kempen #Malaysiaku

GSC Rai Bulan Merdeka Lancar Kempen #Malaysiaku

Bagi melengkapkan pengalaman para penonton, GSC turut menyediakan kombo ‘Gemilang’ untuk tempoh terhad di pawagam-pawagam terpilih di seluruh negara.

GSC rai bulan merdeka

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Golden Screen Cinemas (GSC) meraikan aktiviti masa lapang kegemaran rakyat Malaysia dengan kempen #Malaysiaku sempena bulan Merdeka. Penonton akan disajikan dengan makanan istimewa, promosi pawagam dan barangan eksklusif serta tayangan filem yang dinanti-nantikan, MALBATT: Misi Bakara.

Filem MALBATT: Misi Bakara adalah berdasarkan peristiwa sejarah sebenar Pertempuran Mogadishu di Somalia. Ia mengisahkan tentang bakti serta pengorbanan wira negara tidak didendangkan, Batalion Malaysia yang telah berjuang dengan penuh keberanian hingga berjaya menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap dalam serangan nahas helikopter Black Hawk (Black Hawk Down).

Filem menyentuh hati rakyat Malaysia, MALBATT: Misi Bakara adalah filem produksi tempatan pertama ditayangkan di layar IMAX di seluruh negara pada 18 Ogos, manakala semua format lain filem itu akan ditayangkan pada 24 Ogos di seluruh negara.

Kami sentiasa berusaha memberikan pengalaman yang unik kepada semua peminat filem, termasuk tayangan filem produksi tempatan, MALBATT: Misi Bakara yang hadir pada saat yang tepat, serta penawaran barangan eksklusif bertemakan filem sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami yang telah menunjukkan sokongan mereka di sepanjang tempoh yang paling mencabar. Kami tidak sabar untuk mencipta lebih banyak lagi detik yang menggembirakan pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee.

Kombo ‘Gemilang’ Oleh GSC

Bagi melengkapkan pengalaman para penonton, GSC turut menyediakan kombo ‘Gemilang’ untuk tempoh terhad di pawagam-pawagam terpilih di seluruh negara.

Sempena bulan Merdeka ini, raikan negara yang kita cintai dengan kotak bertih jagung berinspirasikan Jalur Gemilang, didatangi dengan 1x bertih jagung saiz biasa, 1x minuman So Tinge, 1x air mineral, dan 1x beg tote Spritzer edisi terhad dengan harga RM16.50.

NOTA: NOTA: Kombo ‘Gemilang’ tempoh terhad ini hanya boleh didapati dari 10 Ogos hingga 17 September. Kombo bertih jagung Gemilang boleh didapati di semua pawagam GSC di Semenanjung Malaysia, kecuali Aurum Theatre di The Gardens Mall, KL. (Sementara stok masih ada).


GSC Alamanda Putrajaya Umum Penutupan Pada 14 Ogos 2023

Untuk rekod, GSC Cinemas mengumumkan bahawa mereka bakal menutup cawangan pawagam di Alamanda Putrajaya selepas beroperasi selama 15 tahun. Cawangan itu telahpun menghentikan operasi pada 14 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram mereka (@gsccinemas), cawangan pawagam ini mula bertapak di Alamanda, Putrajaya pada 5 April 2008 dan telah memberi pengalaman yang cukup bermakna kepada para pelanggan.

GSC dalam kenyataan sama menjelaskan pihak mereka menghargai segala sokongan yang diberikan oleh orang ramai sepanjang beroperasi. Tambahan lagi, susulan penutupan cawangan GSC itu, mereka menjemput para pelanggan untuk berkunjung ke cawangan terdekat iaitu di IOI City Mall 1 & 2.

Baca Artikel Berkaitan: GSC Bakal Tutup Cawangan Di Alamanda Putrajaya Ogos Ini

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari www.gsc.com.my atau ikuti media sosial GSC @gscinemas bagi mendapatkan maklumat terkini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd