Now Reading
“What Do You Wanna Hear KL?” – Yuna Beri Bayangan Bakal Buat Konsert Di Malaysia

“What Do You Wanna Hear KL?” – Yuna Beri Bayangan Bakal Buat Konsert Di Malaysia

Difahamkan kali terakhir Yuna membuat persembahan secara ‘live’ di Malaysia adalah ketika Good Vibes Festival 2019.

Yuna Beri Bayangan Bakal Buat Konsert Di KL, Siap Tanya Peminat Mahu Lagu Apa Dinyanyikan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tempatan kerana telah banyak mengharumkan nama Malaysia di luar negara.

Penyanyi dan penulis lagu kelahiran Malaysia yang semakin dikenali di Amerika Syarikat (AS) ini pernah mencipta sejarah apabila menghiasi muka hadapan majalah fesyen terkenal Singapura, Vogue Singapore.

Bukan itu sahaja, wajah Yuna juga pernah terpampang di papan iklan gergasi di Times Square New York selepas dipilih menghiasi wajah bagi seluruh Asia untuk aplikasi muzik Spotify sempena kempen bulan Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.

Artikel Berkaitan: Syabas! Yuna Jadi Artis Muka Depan Majalah Vogue Singapore

Artikel Berkaitan: “Ini Berkat Doa Ibu”- Yuna Luah Rasa Teruja Wajah Terpampang Di Kota New York Lagi

Sumber: Instagram @yuna

Yuna Bakal Buat Konsert Di Kuala Lumpur!

Meskipun kebanyakan lagu dari Yuna dihasilkan di Amerika Syarikat, namun ia turut menarik minat pendengar di Malaysia yang sentiasa menyokongnya dari permulaan karier sebagai penyanyi.

Baru-baru ini, Yuna memuat naik hantaran di laman Instagram (@yuna) yang membuatkan ramai peminat di Malaysia mula melompat teruja kerana memberi bayangan akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

Menerusi ruangan kapsyen hantaran berkenaan, Yuna juga meminta pendapat dari para peminatnya tentang senarai lagu yang mahu dinyanyikan ketika persembahan konsert itu.

Walau bagaimanapun, Yuna tidak memberi makluman lanjut tentang tarikh dan lokasi persembahan itu bakal dilakukan.

Sumber: Instagram @yuna

Ramai Peminat Teruja Beritahu Lagu Yang Diminati Mereka, Diana Danielle Pun Join!

Di ruangan komen hantaran di laman Instagram itu, ramai peminat yang memberikan lagu yang diminati mereka untuk ia dinyanyikan oleh Yuna ketika konsert di Kuala Lumpur.

Antara lagu yang menjadi sebutan ramai adalah:

  • Pantone 17 1330
  • Camaraderie
  • Deeper Conversations
  • Black Marquee
  • Dan Sebenarnya
  • Favourite Thing
  • Cinta Sempurna

Malah, penggiat seni terkenal tanah air seperti Diana Danielle dan Daiyan Trisha juga dilihat teruja dengan khabar gembira dari Yuna. Diana Danielle siap ‘request’ Yuna untuk menanyikan lagu ‘Tiada Akhir’ dari album Rogue.

Selain meminta Yuna untuk menyanyikan lagi pilihan mereka, ada juga peminat yang meminta agar konsert tersebut dilakukan selama tiga jam tanpa henti!

Difahamkan kali terakhir Yuna membuat persembahan secara ‘live’ di Kuala Lumpur adalah ketika Good Vibes Festival 2019. Jadi, tak peliklah kenapa para peminat Yuna di Malaysia betul-betul teruja mahu melihat persembahannya.


Latar Belakang Yuna Sebagai Penyanyi

Yuna merupakan penyanyi dari Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat dan pernah berkolaborasi bersama ramai artis antarabangsa dalam menghasilkan lagu dengan genre Pop, Indie, R&B serta Balada.

Antara artis antarabangsa yang pernah berkolaborasi bersama Yuna adalah:

  • Usher
  • G-Eazy
  • Jay Park
  • Jhené Aiko
  • Epik High
  • KYLE
Sumber: Instagram @yuna

Terbaharu, Yuna mengeluarkan album terkini miliknya berjudul ‘Masih Yuna’ dengan empat lagu iaitu:

  • Masih Sunyi
  • Menanti
  • Asing
  • Camaraderie

Jangan lupa ‘check it out’ lagu-lagu baru Yuna!

Sumber: Instagram Yuna


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd