Now Reading
Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi ‘Lautan Hijau’ Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil

Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi ‘Lautan Hijau’ Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil

Konsert NCT Dream Tour ‘The DREAM SHOW 2: In A DREAM’ buat pertama kalinya dilakukan di Malaysia bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 20 Mei lalu.

nct dream live in kl

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Para peminat kumpulan K-Pop dari Korea Selatan iaitu NCT DREAM cukup teruja pada Sabtu lalu (20 Mei) apabila artis kegemaran mereka buat pertama kalinya membuat konsert solo di Malaysia bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

BACA JUGA: Konsert NCT DREAM Live Di Kuala Lumpur 20 Mei Ini. Tak Sabar!

Team TRP juga diberi peluang untuk melihat sendiri konsert dari kumpulan NCT DREAM ini secara langsung.

Konsert siri jelajah dunia NCT Dream Tour ‘The DREAM SHOW 2: In A DREAM’ di Kuala Lumpur ini bukan sahaja menggegarkan ruangan di dalam Axiata Arena, malah perkarangan luar lokasi itu juga dipenuhi dengan ramai peminat.

Sebelum memasuki ruangan dalam Axiata Arena, kami sempat bersiar-siar di sekitar perkarangan luar Axiata Arena untuk melihat sambutan dari para peminat. Memang ramai orang dan cukup meriah ya!

Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi 'Lautan Hijau' Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi 'Lautan Hijau' Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Jika anda ke konsert mana-mana kumpulan K-Pop, para peminat mereka mempunyai budaya untuk memberikan cenderahati percuma atau disebut sebagai ‘freebies’ kepada sesiapa sahaja di sekitar lokasi konsert.

Kami pun teruja ketika diberi ‘freebies’ itu juga. Maklumlah, pertama kali sertai konsert kumpulan K-Pop. Excited!

Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi 'Lautan Hijau' Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Antara ‘freebies’ yang diberikan oleh para peminat. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Konsert NCT DREAM Gegarkan Axiata Arena Dengan ‘Lautan Hijau’ Dari Para Peminat

Setibanya di ruangan tempat duduk di dalam Axiata Arena, agak terkejut jugalah apabila lokasi kami berada berhampiran dengan pentas. Memang confirm boleh tengok muka ahli NCT DREAM dengan sangat jelas.

Susunan pentas mereka disusun mengikut bentuk huruf Y dan membolehkan ahli NCT DREAM untuk bergerak menghampiri peminat mereka.

Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi 'Lautan Hijau' Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Konsert yang bermula sekitar jam 5:00 petang itu dimulakan dengan lagu persembahan pembukaan bertajuk Glitch Mode diikuti lagu-lagu lain seperti:

  • Stronger
  • Dreaming
  • My First and Last
  • Love Again
  • Sorry, Heart
  • Dive Into You
  • Saturday Drip
  • Quiet Down
  • Better Than Gold

Selain melihat persembahan dari kumpulan NCT DREAM, kami juga terpesona dengan suasana di dalam Axiata Arena yang dipenuhi sinaran ‘light stick’ berwarna hijau dan merah dibawa oleh peminat digelar ‘Czennie‘.

Bukan setakat ahli NCT DREAM sahaja bersemangat membuat persembahan mereka di atas pentas, para Czennie juga cukup bertenaga menyanyikan lagu-lagu yang dipersembahkan.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi 'Lautan Hijau' Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Antara lagu yang menjadi kegemaran ramai ketika persembahan konsert itu adalah sewaktu nyanyian lagu:

  • We Go Up
  • Trigger The Fever
  • Hot Sauce
  • Hello Future

Persembahan penutup atau ‘encore’ juga menjadi kegemaran ramai ketika tiga buah lagu terakhir dinyanyikan sambil ahli kumpulan NCT DREAM berinteraksi dengan lebih dekat bersama para peminat.

Tiga buah lagu yang menutup tirai persembahan konsert NCT DREAM adalah:

  • Beatbox
  • My Youth
  • Walk You Home
Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi 'Lautan Hijau' Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi 'Lautan Hijau' Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Hasil tinjauan kami ketika konsert NCT Dream Tour ‘The DREAM SHOW 2: In A DREAM’ ini, semangat para peminat dari awal sehingga akhir konsert memang cukup mengagumkan!

Kami juga sempat merasai pengalaman menjadi salah seorang ‘Czennie’ dengan mengambil gambar secara dekat beberapa ahli kumpulan NCT DREAM seperti Mark, Jeno dan Jaemin.

Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi 'Lautan Hijau' Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Ahli NCT DREAM, Mark. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)
Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi 'Lautan Hijau' Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Ahli NCT DREAM, Jeno. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)
Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi 'Lautan Hijau' Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Ahli NCT DREAM, Jaemin. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Ketika persembahan itu juga, salah seorang ahli NCT DREAM, Mark mengumumkan satu berita gembira yang membuatkan Axiata Arena bingit dengan jeritan para peminat.

Mark memberitahu bahawa mereka merancang untuk kembali semula ke Malaysia dan ingin melakukan konsert selama dua hari atau di lokasi lebih besar dalam waktu terdekat ini.

Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi 'Lautan Hijau' Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi 'Lautan Hijau' Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Pengalaman Di Konsert NCT DREAM Tour ‘The DREAM SHOW 2: In A DREAM’ Memang Sangat Menyeronokkan

Secara keseluruhannya, konsert NCT DREAM Tour ‘The DREAM SHOW 2: In A DREAM’ ini cukup bertenaga, seronok dan menghiburkan kerana ahli kumpulan K-Pop ini pandai berinteraksi dengan para peminat mereka atau Czennie.

Pengalaman di konsert NCT DREAM yang dianjurkan oleh Star Planet dan ‘presenter’ dari YES 5G pastinya akan diingati oleh para penonton semua.

Semoga kita berjumpa lagi, NCT DREAM!


Kumpulan K-Pop NCT DREAM

NCT DREAM terdiri daripada tujuh orang ahli iaitu:

  • Jeno
  • Mark
  • Renjun
  • Haechan
  • Jaemin
  • Chenle
  • Jisung
Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi 'Lautan Hijau' Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil
Tujuh ahli kumpulan NCT DREAM. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Untuk pengetahuan anda, NCT DREAM ini adalah kumpulan K-Pop dari Korea Selatan yang merupakan sub-unit daripada 23 ahli keseluruhan NCT yang ditubuhkan pada Januari 2016.

Sub-unit NCT yang lain adalah:

  • NCT U
  • NCT127
  • WayV
  • NCT DoJaeJung

NCT DREAM merupakan kumpulan K-Pop yang berada di bawah naungan SM Entertainment yang juga mewakili kumpulan SUPER JUNIOR dan EXO.


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd