Now Reading
Konsert NCT DREAM Live Di Kuala Lumpur 20 Mei Ini. Tak Sabar!

Konsert NCT DREAM Live Di Kuala Lumpur 20 Mei Ini. Tak Sabar!

NCT DREAM bakal membuat konsert solo “THE DREAM SHOW 2” World Tour yang pertama di Kuala Lumpur secara langsung pada 20 Mei ini.

nct dream

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kepada para peminat kumpulan K-Pop iaitu NCT DREAM, pastinya anda sangat teruja kerana kumpulan ini akan datang ke Malaysia dan membuat persembahan konsert solo pertama mereka pada 20 Mei ini.

Kumpulan K-Pop NCT DREAM sebelum ini mengumumkan konsert mereka di beberapa buah negara sahaja seperti:

  • Osaka, Jepun.
  • Jakarta, Indonesia.
  • Bangkok, Thailand.
  • Hong Kong, China.

Dalam satu ciapan yang dimuat naik di laman Twitter mereka (NCT DREAM), kumpulan K-Pop ini telah menambah beberapa buah negara lain dalam siri jelajah konsert 2nd World Tour mereka termasuklah Malaysia.

Antara negara lain yang turut tersenarai adalah:

  • London
  • Paris
  • Berlin
  • Newark
  • Chicago
  • Atlanta
  • Houston
  • Boston
  • Dallas
  • Los Angeles
  • Seattle
  • Manila
  • Singapura
  • Macau
  • Kuala Lumpur

Sebelum ini, NCT DREAM telah membuat persembahan konsert “THE DREAM SHOW 2” World Tour di Stadium Olimpik Seoul, Nagoya, Yokohama dan Fukuoka pada tahun 2022.

Kumpulan K-Pop NCT Dream

NCT DREAM merupakan sebuah kumpulan K-Pop dari Korea Selatan yang terdiri daripada tujuh orang ahli kumpulan iaitu:

  • Jeno
  • Mark
  • RENJUN
  • HAECHAN
  • JAEMIN
  • CHENLE
  • JISUNG

NCT DREAM merupakan kumpulan K-Pop yang berada di bawah naungan SM Entertainment yang juga mewakili kumpulan SUPER JUNIOR dan EXO.

Antara lagu NCT DREAM yang mendapat perhatian ramai adalah Hot Sauce, Beatbox, Hello Future, Candy, BOOM dan banyak lagi.

Maklumat lanjut tentang konsert jelajah “THE DREAM SHOW 2” World Tour di Kuala Lumpur pada 20 Mei ini boleh didapati di laman web Star Planet.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd