Justin Bieber Tangguh Konsert Di Malaysia. Boleh ‘Refund’ Tiket Mulai Hari Ini, 7 Oktober
Selepas konsert Justin Bieber: Justice World Tour umum ditangguhkan di Malaysia, pemegang tiket dibenarkan untuk memohon pembayaran semula wang mereka.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Penyanyi terkenal Justin Bieber sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal selepas disahkan menghidap Sindrom Ramsay Hunt yang melumpuhkan separuh mukanya.
Atas faktor kesihatan yang tidak stabil, beberapa konsert jelajah Justice World Tour di Amerika Utara terpaksa dibatalkan.
Namun selepas sindrom tersebut kembali pulih, Bieber menyambung semula beberapa konsert jelajahnya di Eropah tetapi sekali lagi terpaksa ditangguhkan bagi mendapatkan rehat secukupnya.
BACA JUGA: “Saya Perlu Berehat..” – Justin Bieber Umum Konsert Justice World Tour Tunda Sekali Lagi
Menurut Malay Mail, Bieber tidak memberitahu tarikh jelas bila dia akan kembali ke pentas dan pihaknya juga enggan memberi sebarang komen.

Konsert Justin Bieber Di Malaysia Ditangguhkan
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram GoLive Asia (@goliveasia), konsert Justin Bieber di Malaysia yang dijadualkan pada 22 Oktober ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil telah ditangguhkan.
Menurut pihak AEG Presents dan PR Worldwide, tarikh baharu untuk konsert jelajah Justice World Tour di Malaysia akan dimaklumkan kelak.

Peminat Boleh ‘Refund’ Tiket Atau Kekalkan Hingga Ada Tarikh Baharu
Bermula hari ini (7 Oktober) sehingga 20 Oktober 2022, pemegang tiket boleh menghantar permohonan sama ada ingin mengekalkan tiket atau memohon pembayaran semula wang mereka menerusi ‘Request Form’ yang akan dihantar melalui e-mel berdaftar.
Jika Anda Ingin Mengekalkan Tiket Tanpa Memohon Pembayaran Semula Wang
Kepada mereka yang ingin mengekalkan tiket tersebut, anda masih boleh menghadiri konsert pada tarikh baharu kelak tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.
Tiket baharu juga akan diberikan melalui e-mel selepas konsert jelajah berkenaan telah dijadualkan semula di Malaysia.
Cara Untuk Memohon Pembayaran Semula Wang Pembelian Tiket
Pembayaran semula perlu dibuat menggunakan kad yang digunakan ketika melakukan pembelian tiket dan prosesnya boleh mengambil masa lebih dari 30 hari bergantung kepada pihak bank.
Pihak GoLive juga akan menghubungi anda sekiranya terdapat sebarang masalah berlaku melibatkan kad tersebut.
Jika anda tidak menerima sebarang amaun pembayaran balik sehingga 21 November 2022, sila hantarkan e-mel kepada refund_exchange@mindful-tech.com.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.