Now Reading
“Saya Perlu Berehat..” – Justin Bieber Umum Konsert Justice World Tour Tunda Sekali Lagi

“Saya Perlu Berehat..” – Justin Bieber Umum Konsert Justice World Tour Tunda Sekali Lagi

“I love you all passionately!” – Justin Bieber menerusi hantaran di Instagram.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penyanyi pop Justin Bieber mengumumkan di Instagram bahawa dia akan berehat dari Justice World Tour yang dijadualkan semula kerana masalah kesihatan mental dan fizikal.

Pada Jun 2022, Bieber berkongsi dengan peminatnya bahawa dia menghidapi Sindrom Ramsay Hunt yang melumpuhkan separuh mukanya. Dia terpaksa membatalkan beberapa persembahan Justice World Tour di Amerika Utara dan meminta maaf kepada peminatnya.

BACA LANJUT: Justin Bieber Cancels Shows Due To Facial Paralysis, Upcoming Malaysia Concert In Question

Ketika dia berjaya pulih buat seketika dan menyambung semula World Tour berkenaan di Eropah, penyanyi itu menjelaskan bahawa keletihan menyelubungi dirinya selepas melakukan enam persembahan secara langsung di Rock di Rio, Brazil pada hujung minggu lalu.

I realized that I need to make my health the priority right now. So I’m going to take a break from touring for the time being. I’m going to be ok, but I need time to rest and get better.

Justin Bieber menerusi hantaran Instagram.

Dia juga berterima kasih kepada semua peminatnya di atas sokongan dan doa mereka dan mengakhiri tulisan berkenaan dengan, “I love you all passionately!”

Menurut Malay Mail, Bieber tidak menyatakan bila dia mungkin kembali ke pentas, dan pihaknya enggan memberi sebarang komen untuk diulas.

World Tour sebelum ini telah ditangguhkan awal tahun kerana Bieber dan ahli pasukannya disahkan positif Covid-19.

Namun, ia akhirnya dilancarkan pada Mac dengan 70 persembahan yang akan berlangsung sehingga Mac 2023 di Amerika Selatan, Asia, Australia, New Zealand dan Eropah.

BACA LANJUT: Justin Bieber’s Concert In Malaysia Back On Track After Singer’s Facial Paralysis Scare


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd