Now Reading
Saluran Moonbug Kids Kini Tersedia Di Astro. Boleh Anak-anak Layan CoComelon!

Saluran Moonbug Kids Kini Tersedia Di Astro. Boleh Anak-anak Layan CoComelon!

Moonbug Kids (Saluran 618) akan menggantikan BabyTV bermula dari 1 Februari 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, seiring dengan peredaran zaman yang semakin canggih – sukar untuk dinafikan bahawa anak-anak kecil kini kian terdedah dengan gajet. Baik ketika waktu makan, mahupun tidur atau ketika bersantai bersama keluarga.

Selalunya, skrin mereka akan terpampang kartun CoComelon.

Sumber: Tubefilter.com

Pendek kata, CoComelon merupakan salah satu kartun paling popular saat ini. Bunyi je nursery ryhmes CoComelon – bayi atau kanak-kanak yang nun jauh di sana pun automatik boleh patah balik sebab daya tarikan kartun ini.

Bukan calang-calang.

BACA JUGA: “Tak Semua Mampu Ke Aquaria KLCC” – Lelaki Ini Sanggup Letak Akuarium Luar Rumah Buat Tontonan Kanak-kanak


Saluran popular Moonbug Kids dilancarkan di Astro

Penonton muda Astro boleh menikmati rancangan kesukaan dan  popular seperti CoComelon, Little Baby Bum, Blippi, ARPO, dan lebih lagi di saluran baharu Moonbug Kids melalui TV (Saluran 618), Astro GO dan On Demand dari 1 Februari 2022.

Semua pelanggan juga boleh menikmati tayangan pra-tonton Moonbug Kids melalui TV (Saluran 620) dari sekarang hingga 31 Januari 2022.

Astro gembira menawarkan saluran baharu Moonbug Kids, untuk pelanggan kami terutamanya ibu bapa dan kanak-kanak untuk menikmati  hiburan seisi keluarga yang terbaik. Keluarga-keluarga yang mementingkan pengalaman menonton yang berkualiti tinggi dan selamat untuk seisi keluarga kini boleh mononton siri-siri popular seperti  CoComelon, Blippi, Little Baby Bum dan lebih lagi, yang akan menyertai hiburan kanak-kanak kami di skrin besar dan di alat peranti melalui Astro GO.

Agnes Rozario, Pengarah Kandungan Astro.

Mengikut kandungan yang disegarkan ini, Moonbug Kids (Saluran 618) akan menggantikan BabyTV bermula dari 1 Februari 2022 dan akan tersedia di dalam ‘Kids Pack’ baharu Astro bersama TA-DAA! (Saluran 612), Cartoon Network (Saluran 615), Nickelodeon (Saluran 616), Nick Jr. (Saluran 617) dan Boomerang (Saluran 619).

Untuk maklumat lanjut, ikuti Astro di platform media sosial mereka.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd